4 Pembunuhan Kejam Yang Masih Belum Selesai!

Sembang

Setiap hari berpuluh mahupun beratus kes pembunuhan yang berlaku seluruh negara. Bagi mangsa dan keluarga mangsa, sudah tentunya mereka mahukan orang yang bertanggungjawab atas apa yang terjadi kepada keluarga dorang dibawa ke muka pengadilan.

Namun ada kes-kes pembunuhan yang sehingga hari ini masih belum selesai. Ada kes yang dah hampir berpuluh tahun masih tiada petunjuk seperti motif dan siapa yang yang bertanggungjawab ke atas kes-kes tersebut. So hari ini aku nak share dengan korang 5 kes pembunuhan yang masih belum dapat diselesaikan sehingga hari ini.

CLEVELAND TORSO MURDERER

Korang dengar nama kes ini pun mesti korang dah boleh bayangkan macam mana seramnya kes ini. The Cleveland Torso Murderer mendapat nama ini disebabkan cara dia membunuh mangsa-mangsa. The Cleveland Torso Murderer akan membunuh mangsa dorang dan kemudiannya memotong anggota badan mangsa.

Kes ini bermula pada tahun 1930 di Cleveland, Ohio dan jumlah sebenar mangsa tidak dapat disahkan namun dianggarkan sebanyak 12 ke 20 orang mangsa. The Cleveland Torso Murderer sangat pandai mencari mangsa. Untuk mengelakan dia dikesan oleh polis, semua mangsa-mangsa dia adalah orang-orang gelandangan yang tidak mempunyai keluarga mahupun ID. Ini membuatkan pihak polis sukar untuk mengenal pasti mangsa-mangsa The Cleveland Torso Murderer.

RACHAEL RUNYAN

Seperti kanak-kanak lain, Rachael Runyan dibenarkan bermain di taman permainan bersama kawan-kawan dia yang lain. Namun satu hari ahli keluarga Rachael telah menyesal membenarkan anak perempuan mereka keluar bermain kerana hari itu merupakan hari terakhir mereka melihat anak mereka. Rachael Runyan yang baru sahaja berusia tiga tahun ketika kejadian ini berlaku.

Dia dikatakan telah diculik oleh seorang lelaki pada 26 August 1982 dan mayatnya telah dijumpai 24 hari selepas itu dalam keadaan tidak berpakaian dan telah diikat dan dicampak didalam sungai. Kes Rachael Runyan telah dikaitkan dengan kumpulan ajaran sesat dan satu-satunya klu yang polis jumpa adalah satu pesanan yang telah ditulis pada toilet tidak jauh daripada tempat Racheal diculik. Pesanan itu berbunyi

Beware im still at large, I killed the little runyan girl! Remember beware!

Terdapat symbol 666 dan symbol cross terbalik yang sering dikaitkan dengan pemujaan syaitan.

ANGIE HOUSMAN

Kes Angie Housman ini telah berusia lebih dua dekad namun masih tidak dapat diselesaikan sehingga hari ini. Kanak-kanak yang berusia sembilan tahun ini telah dibunuh dengan sangat kejam dan sehingga kini pembunuhnya masih tidak dapat dikenal pasti.

Angie Housman yang sedang pulang daripada sekolah pada 18 November 1993 ketika dia dilaporkan tidak pulang ke rumah. Mayat Angie cuma dijumpai sembilan hari selepas kes kehilangannya dilaporkan. Dua hari sebelum mayat Angie dijumpai, seorang remaja lelaki yang cuma dikenali sebagai David telah menghadiri majlis Thanksgiving dikawasan perumahannya dan dia telah terlihat iklan memberitahu tentang kehilangan Angie. Selepas melihat iklan tersebut, David telah memberitahu orang-orang di majlis tersebut yang dia tahu dimana lokasi Angie.

Dia memberitahu mereka yang dia telah bermimpi dan dalam mimpi tersebut dia telah melihat Angie dikawasan Busch Wildlife yang mana Angie telah diikat pada sebatang pokok. Namun tiada seorang pun mempercayai apa yang David katakan. Dua hari selepas itu, seorang pemburu telah memasuki kawasan Busch Wildlife dan dia telah menjumpai satu mayat yang diikat pada pokok sama seperti apa yang David katakan. Setelah bedah siasat, pihak polis mengesahkan yang mayat tersebut adalah mayat Angie Housman.

David dan beberapa orang lain telah disoal siasat namun tiada satu bukti pun yang dapat link kes Angie dengan suspek. Ahli keluarga David memberitahu yang ahli keluarga mereka memang mempunyai satu kelebihan untuk predict melalui mimpi. Hasil bedah siasat menunjukan yang Angie telah dirogol, didera dan dibiarkan kelaparan sebelum dia diikat dipokok dan dibiarkan mati.

BLAIR ADAMS

Salah satu kes yang paling pelik adalah kes Blair Adams. Blair yang berusia 31 tahun daripada Canada mula berkelakuan pelik beberapa hari sebelum bencana yang terjadi pada dirinya. Dia dikatakan mula bersikap paranoid dan memberitahu ada orang mengekori dan cuba membunuh dia.

Pada 5 July 1996, Blair telah mengeluarkan semua duit simpanannya dan juga barang-barang berharganya dan cuba untuk memandu keluar daripada sempadan Canada. Namun dia tidak dibenarkan keluar daripada Canada kerana membawa duit yang banyak dan pegawai border mengesyaki dia cuba menyeludup dadah ke USA.

Pada keesokannya, Blair telah pergi ke tempat kerjanya dan meletak jawatan secara mengejut. Dia kemudiannya membeli tiket pergi balik ke German namun mengambil keputusan untuk refund balik tiket tersebut. Sejurus itu dia menyewa satu kereta sewa dan cuba untuk memandu keluar daripada Canada sekali lagi dan dia akhirnya berjaya.

Sampai sahaja di US, dia membeli tiket pergi balik ke Washington DC dan menyewa satu motel disana. 12 jam selepas itu, mayat Blair telah dijumpai dalam keadaan tidak berseluar dan bajunya telah koyak. Sekitar tubuh badan dia terdapat luka menandakan dia telah diserang. Yang membuatkan polis keliru adalah semua duitnya yang bernilai USD4,000 dan barang-barang berharga dia berselerak di sekitar tubuh badannya. Sehingga hari ini, kes ini masih menjadi kes paling pelik dan tidak dapat diselesaikan. 

KATALAKI: Semoga satu hari nanti semua mangsa-mangsa ini akan terbela nasib dorang 🙁

Last modified: 7 March 2019