5 Penjenayah Wanita Terkenal Zaman Silam

Sembang, ZAP, ZeKool

Penyamun, perompak, gangster, pembunuh mahupun lanun. Setiap jenis perlakuan jenayah selalunya sering sekali dikaitkan dengan kaum lelaki, namun tahukah bahawa wanita juga tidak kurang hebatnya dalam melakukan pelbagai jenis jenayah. Senang cerita, kriteria untuk seseorang melakukan jenayah samaada kes yang berat atau pun juga yang ringan tidak tergantung pada jenis jantina.

Sepanjang sejarah wanita juga boleh dikatakan sedikit sebanyak terlibat juga dalam kes-kes jenayah yang berprofil tinggi. Harini kami nak share dengan korang 5 penjenayah wanita yang terkenal sepanjang zaman dari zaman tujuh belas hingga awal abad ke dua puluh, wanita-wanita ini dikenali kerana berat tampil melakukan pelbagai jenis jenayah.

BELLE STARR

Dilahirkan dengan nama Myra Belle Shirley atau lebih kenali dengan nama Belle Starr, pada zaman abad ke-19 beliau merupakan Texas outlaw atau seorang yang sering melanggar undang-undang. Belle Starr menjalankan hidup sebagai seorang penjenayah yang sering kali bersekutu dengan penjenayah-penjenayah yang digenuri ramai seperti Jesse James.

Belle Starr dan suaminya yang merupakan seorang berbangsa Cherokee Indian bernama Sam Sarr dikenali sebagai penjenayah yang memecah masuk kawasan perumahan di wilayah Indian Oklahoma, mereka juga ini sering kali mengacau dan merompak pelancong dan juga cowboys yang melalui kawasan yang dijaga oleh mereka.

Belle Starr dan suaminya telah disabitkan kesalahan dengan mencuri kuda pada tahun 1883 dan ditahan di penjara persekutuan. Belle Starr juga telah didakwa atas beberapa kes jenayah sebelum ditembak mati di ladangnya pada tahun 1889. Namun pembunuh yang menempak Belle Starr itu tidak pernah dikenal pasti.

ANNE BONNY

Pada abad ke lapan belas, Anne Bonny merupakan seorang Irish pirate atau lanun berbangsa Irish yang berlayar di lautan Caribbean bersama seorang lanun Jack “Calico Jack” Rackham. Anne Bonny bersama kru anak kapal layar juga berjaya kapal dagang. Apabila mereka kesemuanya telah ditangkap pada tahun 1720, namun nasib baik menyebelahi Anne Bonny kerana beliau pada ketika itu sedang mengandung. Selepas beberapa tahun apa bila dilepaskan daripada tahanan, Anne Bonny menjalankan hidup yang normal di South Carolina.

CHARLOTTE CORDAY

Image via: https://allthatsinteresting.com/

Pada usia seawal 25 tahun, Charlotte Corday telah menjadi pembunuh upahan. Beliau merupakan anak perempuan kepada seorang bangsawan Perancis. Charlotte Corday merupakan penyokong setia ahli politik republikan Perancis ketika zaman Revolusi Perancis. Akibat terlalu mengikutkan hati, Charlotte Corday telah merancang untuk membunuh ketua Revolusi Perancis; Jean-Paul Marat. Charlotte Corday telah menyelinap masuk dan berjumpa dengan Jean-Paul Marat, kemudian beliau menikam ketua dan musuhnya itu hingga mati di dalam bathtub pada 13 Julai 1793.

MARY SURRATT

Mary Surratt adalah pengusaha kedai kopi yang dijalankan bersama suaminya yang terletak di Maryland. Di kedai kopi ini, mereka sering didatangi oleh tentera gabungan ketika zaman peperangan Civil War. Apabila suaminya meninggal dunia, Mary Surratt berpindah ke Washington D.C, disini beliau membuka sebuah asrama. Asrama Mary Surratt menjadi tempat berjumpaan John Wilkes Booth dan ahli konspirasi jenayah beliau. Lalu secara tidak langsung, Mary Surrat menjadi salah seorang ahli kumpulan konspirasi John Wilkes Booth serta berminat dalam plot untuk membunuh dan menjatuhkan President Amerika Syarikat iaitu Abraham Lincoln. Mary Surratt dikatakan telah membantu menyembunyikan senjata yang digunakan untuk pelan pembunuhan tersebut di kedai kopi milikinya di Maryland. Apabila berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa, Mary Surratt telah dibicarakan dan didapati bersalah atas pengilbatan beliau dalam konspirasi pembunuhan tersebut. Secara tidak langsung, Mary Surrat menjadi wanita pertama yang dijatuhi hukuman mati oleh Amerika Syarikat. Mary Surratt digantung pada 7 Julai 1865.

BONNIE PARKER

Bonnie Parker adalah salah seorang penjenayah lagenda yang dikenali sebagai Bonnie & Clyde. Bonnie Parker mengenali Clyde Barrow pada tahun 1930, apabila Clyde diberkas oleh pihak berkuasa dan dihantarkan ke penjara atas kesalahan merompak, Bonnie telah menyeludup senapang yang digunakan Clyde untuk melarikan diri. Kedua-dua mereka telah melakukan pelbagai jenis jenayah seperti merompak, mencuri kereta, merompak bank, dan restaurant di serata Texas, Oklahoma dan New Mexico serta Missouri. Bonnie dan Clyde berjaya mengusir pihak berkuasa dan FBI sehingga 1934 dimana proses membebaskan lima tahanan dari Eastham State Prison di Texas. Mereka telah membunuh tiga pegawai polis dan menculik seorang ketua polis. Namun pencaturan Bonnie dan Clyde berakhir apabila mereka berdua ditangkap dan dibunuh oleh pihak polis di Louisiana ketika seorang kawan mendedahkan lokasi persembunyian mereka.

KATALAKI: Gila gila berani mati wanita zaman dulu-dulu…

Last modified: 20 March 2020