4 PUBG Pro Player Kena Banned!

Game, Tech

Kalau korang ingat lagi beberapa bulan yang lepas seorang pro player CS:GO iaitu Nikhil “forsaken” Kumawat telah di banned disebabkan telah menipu dan menggunakan hack semasa tournament Extremesland Zowie Asia CS:GO 2018.

Forsaken telah di banned selama 5 tahun dari join mana-mana esport team dan apa-apa esport tournament. Team dia sendiri iaitu OpTic India, terpaksa dibubarkan disebabkan apa yang telah terjadi kepada Forsaken.

Baru-baru ini pulak, 4 pro player PUBG telah di banned kerana di dakwa menggunakan third party software semasa dalam NPL (National PUBG League) Online Qualifiers.

4 orang pro player tersebut adalah Christian “Cuhris” Narvaez, Liam “Liammm” Tran, Tyler “DevowR” Sti, dan Mark “Tefl0n” Formaro. Keempat-empat player ini telah dikenakan 3 tahun banned dari join National PUBG League (NPL) dan “permanent ingame bans

Team yang playerplayer ni join pun terpaksa menanggung akibat jugak. Team-team dorang telah disqualified dari pada National PUBG League (NPL). 4 team yang di disqualified adalah Reapers, Totality, Death Row dan Almost. Kesemua 4 team ni akan digantikan dengan 4 team selepas mereka untuk bertanding dalam NPL qualifiers.

 

Wakil dari PUBG esport telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi di Twitter semalam. Dalam kenyataan tersebut mereka menyatakan yang pada masa hadapan, mana-mana players yang disabitkan kesalahan menggunakan mana-mana third party software tanpa kebenaran akan di banned selama minimum 3 tahun ataupun maksimum seumur hidup dari join mana-mana tournament PUBG.

NPL Pre-season yang sedang berlangsung akan diteruskan sehingga 13 Jan 2019. Sebanyak 16 team dari preseason team akan memasuki first official phase tournament tersebut yang mana akan berlangsung pada lewat January sehingga awal March 2019. 

KATALAKI: Aku tak pahamlah dorang ni. Masuk tournament besar lepas tu guna hack. Dah lah bawak title “Pro Player”. Memalukan betul dorang ni.

Last modified: 2 January 2019