4 Sebab Kenapa Kita Kena Update Apps

Gadget, Tech

Ada sebab kenapa korang selalu dapat notification untuk update aplikasi yang ada kat dalam smartphone korang. Tapi ramai yang suka melengah-lengahkan untuk update apps disebabkan nak jimat data atau pun malas nak tunggu download update tu, betul? Sebenarnya ada sebab-sebab penting kenapa korang wajib update apps termasuk lah game kat dalam smartphone korang.

Keselamatan 

Ni lah sebab yang paling penting sekali kenapa korang kena update apps. Hacker akan sentiasa cuba untuk hack smartphone korang tanpa korang perasan melalui apps yang outdated. Sebab tu apps atau operating system sama ada ios atau android, sentiasa sediakan update yang terkini untuk korang install. Pemilik apps tersebut akan cuba melindungi penggunanya daripada digodam oleh hacker yang liar.

Betapa bahayanya hacker ni, dorang boleh curi maklumat-maklumat peribadi korang tanpa korang sedar pun. Sekarang pun dalam smartphone macam-macam maklumat pasal diri korang dah tersimpan. Termasuk lah nombor akaun bank, nombor kad kredit, nombor kad pengenalan, alamat rumah dan macam-macam lagi lah. So, apa yang korang kena buat untuk jaga keselamatan korang dan smartphone korang? Selalu update apps!

I Hate You, Bug

Setiap aplikasi yang kita download dalam smartphone, mesti akan ada beberapa masalah yang pengguna alami contohnya macam apps crash bila korang tengah guna dan macam-macam lagi. Ini mungkin berpunca daripada bug yang ada dalam aplikasi tersebut.

Kalau korang perasan ada butang report atau feedback dalam setiap aplikasi. Tujuan butang report tu ialah untuk dapatkan feedback orang ramai kalau ada apa-apa masalah yang timbul bila gunakan aplikasi tersebut. Bila developer aplikasi tersebut dapat tahu yang apps dorang ada masalah, dorang akan keluarkan update terbaru untuk repair apa yang tak kena dengan apps yang korang guna. Kalau korang rasa apps korang tu macam ada masalah je, rajin-rajin la tengok dan check kot-kot ada update yang terbaru.

Performance

Korang boleh bersabar ke kalau apps atau game yang korang guna tu slow macam siput babi? Boleh baran weh. Update apps pun boleh membantu untuk melancarkan lagi aplikasi yang ada dalam smartphone korang sebenarnya.

Satu lagi tips yang korang boleh guna, utamakan apps yang korang selalu guna. Apps yang dah lama tak usik tu boleh delete je. Banyak sangat apps memerlukan storage yang banyak kat smartphone dan boleh buat smartphone korang jadi slow.

Features Baru

Update yang baru selalunya disertakan sekali dengan features yang baru. Sebab tu jangan cepat sangat mengamuk bila apps korang lain daripada apps member korang. Member korang dah ada features baru tapi korang punya takde.

Check dulu apps korang dah update belum. Kang chinggey nak pinjam phone pakai filter telinga kucing takde, dah tak pasal-pasal bertekak.

KATALAKI: Kadang-kadang ada gak apps yang cari gaduh, nak kena pakai phone paling baru baru boleh support.

Last modified: 4 March 2019