4 Siri TV Wajib Tonton Kat Netflix

Sembang

Dah nak hujung tahun ni, baru korang sedar ada banyak lagi cuti korang yang tak pakai kan? Nak travel sana sini dompet tak tebal lak. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Apa guna internet quota yang banyak tu. Sila la apply cuti korang sekarang untuk layan series kat Netflix yang kami senarai kan ni. Serius berbaloi untuk korang tengok.

The Haunting of Hill House

Untuk yang dahagakan cerita seram, The Haunting of Hill House kami sarankan untuk korang tengok. Tak ramai yang berani tengok series ni sorang-sorang waktu malam. Kisah pasal keluarga yang dihantui oleh makhluk-makhluk yang sentiasa mengganggu dorang. Series ni diinspirasikan daripada sebuah novel seram pada tahun 1959, The Haunting of Hill House.

Ozark

Lain orang lain citarasa. Kalau korang nak relax sikit, tak nak cerita seram boleh layan Ozark yang sekarang dah masuk season ke-2. Cerita yang Jason Bateman berlakon selalunya mesti best. Series ni mengenai seorang suami dan bapa yang bekerja sebagai penasihat kewangan yang terlibat dengan drug cartel dalam jenayah money laundering. Kalau korang minat series pasal jenayah dan drama, ni pilihan yang tepat.

Mindhunter

Dah ditayangkan kat Netflix sejak Oktober 2017. Kot-kot kalau korang tak perasan series ni ada kat Netflix. Untuk korang yang memang layan series pasal jenayah dan FBI, Mindhunter ni ngam. Series ni pasal dua orang FBI dan seorang pakar psikologi yang bersungguh selesai kes jenayah besar antaranya pembunuhan bersiri. Dalam series ni dorang cuba untuk faham kenapa pembunuh suka membunuh. Mindhunter ni berdasarkan daripada sebuah buku kisah benar jenayah pada tahun 1995, Mindhunter: Inside the FBI’s Elite Serial Crime Unit.

Narcos : Mexico

Yang pernah layan series Narcos sebelum ni mesti dah faham macam mana cerita Narcos ni. Diinspirasikan daripada kisah benar penjenayah dadah. Kalau season sebelum ni Narcos pasal Pablo Escobar dan Cali Cartel, untuk musim ke-3 ni Narcos menceritakan mengenai Guadalajara Cartel yang diketuai oleh Felix Gallardo. Macam mana cerita sebenar Felix Gallardo tu bina empayar dadah yang berjaya ada dalam series ni. Layan jangan tak layan.

KATALAKI: Kalau bos tak approve cuti, ajak bos tengok sekali.

Last modified: 1 December 2018