4 Step: Hasilkan Sticker WhatsApp Yang Awesome

Tech

Mesti korang pelik macam mana member-member korang boleh send sticker muka dorang sendiri dekat WhatsApp kan? Jangan risau sebab hari ni kitorang akan share cara paling mudah untuk korang hasilkan sticker menggunakan gambar korang sendiri untuk WhatsApp Sticker.

Sebelum tu kitorang nak bagitahu yang step ini hanya boleh digunakan kepada Android sahaja. So kalau korang guna Iphone, minta tolong lah member korang yang pakai Android tolong buatkan ye.

1. Download Dua App Percuma Ini

Ok first sekali apa yang korang perlu buat adalah pergi ke PlayStore dan download app yang diperlukan. App yang korang perlu download adalah Background Eraser dan juga Personal Sticker for WhatsApp.

2. Crop Gambar – Guna App Backround Eraser 

Lepas dah download, first sekali korang buka app Background Eraser dan pilih Load a Photo. Pilih gambar yang korang nak jadikan sticker. Dia akan keluar bahagian Crop. Kalau korang taknak crop korang just tekan Done sahaja.

Ok dekat sini korang kene fokus sikit sebab korang perlu delete background yang terdapat pada gambar yang korang pilih tadi. Dekat bahagian bawah dia ada beberapa pilihan yang korang boleh pilih. Antaranya Extract, Auto, Magic, Manual, Repair dan jugak Zoom.

Untuk hilangkan background korang boleh pilih untuk gunakan Auto, Magic ataupun Manual. Tapi kalau korang jenis tangan tergetar-getar aku nasihatkan guna Magic sebab dia lebih mudah dan nampak lebih kemas.

Selepas dah berpuas hati, korang pilih Done, akan keluar bahagian Smooth Edge. korang pilih kadar smooth yang korang nak. korang boleh pilih antara 0 hinggalah 5.

3. Import Ke App – Personal Sticker for WhatsApp

Dah selesai korang pilih Save dan pilih Finish. Sekarang korang bukak pulak App Personal Sticker for WhatsApp. Korang akan nampak satu bahagian dengan nama Eraser. Gambar yang korang dah buang background dia tadi akan terus ade dekat bahagian Eraser ni.

Untuk masukkan dia dalam WhatsApp korang just pilih Add sahaja dan dia akan terus masuk dekat WhatsApp korang. Korang perlu ade 3 sticker untuk pastikan dia boleh masukan dekat WhatsApp. So korang buatlah lagi 2 sticker baru tekan button Add tu.

4. Hantar Sticker Dekat WhatsApp

Dah siap buat sticker sekarang cara nak send sticker pulak dekat WhatsApp. Dekat chat WhatsApp korang, Tekan Icon Smiley yang dekat bahagian kiri bawah tu. Kemudian dekat bahagian tengah bawah korang akan nampak 3 icon. Ade icon Smiley, Gif, dan jugak Sticker. Pilih icon Sticker.

Bila dah pilih icon sticker tu tadi, akan keluarlah segala sticker yang korang dah buat tadi. pilih sticker yang korang nak send dan startlah berlawan dengan member korang sticker siapa lagi cool!

KATALAKI :  Korang jangan buat sticker yang merepek pulak kang ade yang kene report polis nanti!

Last modified: 30 November 2018