4 Superpower Shazam! Yang Korang Kena Tahu!

Sembang

Selepas kejayaan movie Aquaman, mesti ramai peminat movie DC tak sabar nak tengok movie Shazam! pula selepas ini. Shazam! akan mula ditayangkan pada 5 April dan aku dapat jangkakan movie ini mungkin akan jadi movie terbaik daripada DC.

via GIPHY

Shazam! mengisahkan tentang seorang kanak-kanak bernama Billy Batson yang dikurniakan superpower oleh seorang ahli sihir. Dengan menyebut nama SHAZAM! Billy akan bertukar menjadi orang dewasa dan dikurniakan beberapa superpower untuk melawan musuh.

Kalau mengikutkan trailer yang dorang keluarkan sebelum ini, terdapat beberapa superpower yang diberikan kepada Billy bila dia bertukar menjadi SHAZAM. So hari ini aku nak share dengan korang beberapa superpower yang ada pada SHAZAM dan kenapa dia dikatakan antara superhero terhebat dalam dunia DC.

SUPER STRENGTH

via GIPHY

Didalam trailer Shazam! kita dapat melihat SHAZAM beberapa kali menunjukan kekuatannya. Antaranya dia mampu untuk memecahkan tembok batu, bulletproof, dan mampu menangkap bas yang yang terjatuh daripada jambatan.

ELECTRICITY MANIPULATION

via GIPHY

SHAZAM juga dilihat mampu mengeluarkan tenaga elektrik daripada tubuh badannya. Ini dapat dilihat bila dia mampu untuk charge smartphone orang di sekelilingnya dan mampu menggodam mesin ATM untuk mengeluarkan duit.

HYPER SPEED

via GIPHY

SHAZAM juga mampu bergerak dengan pantas seperti Superman dan Flash. Boleh dikatakan Superman dan SHAZAM mempunyai kepantasan yang sama. Agak-agak kalau Superman, Flash dan SHAZAM berlumba, siapakah yang akan menang eh?

FLY

via GIPHY

Seperti Superman, SHAZAM juga mampu untuk terbang dan melompat dengan tinggi. Didalam trailer Shazam! kita boleh lihat SHAZAM dan Dr. Siva yang merupakan watak jahat dalam movie ini berlawan sambil terbang. Bila tengok balik scene ini, ia saling tidak tumpah seperti scene Superman dan General Zod berlawan dalam movie Man of Steel!

via GIPHY

Berikut adalah superpower yang terdapat pada SHAZAM. Didalam movie ini Billy masih dalam peringkat belajar tentang superpower yang terdapat pada SHAZAM. Mungkin selepas ini kita dapat tengok lebih banyak superpower yang boleh dilakukan oleh SHAZAM.

Shazam! akan mula ditayangkan pada 5 April ini. So bagi korang yang berminat untuk tengok movie ini, jangan lupa book awal-awal bila tiket Shazam! bila dia dah keluar nanti. Takut korang kena tunggu lama pula nak tengok sebab tiket dah habis kena book dengan orang lain hahaha!

KATALAKI: Ok SHAZAM dah ada movie, bila pula dorang nak remake balik movie Green Lantern?

Last modified: 3 April 2019