4 tahun Sekali, Benda Menarik Yang Pernah Berlaku Pada 29 Februari

Sembang

Happy birthday in advance untuk korang yang lahir pada 29 Februari, berlaku 4 tahun sekali yang juga dikenali sebagai tahun lompat. Korang sedar tak tahun 2020 ni merupakan tahun lompat? Korang dah betul-betul faham apa yang dimaksudkan dengan tahun lompat?

Secara mudahnya untuk korang faham, tahun lompat berlaku disebabkan pergerakan bumi yang mengelilingi matahari sebenarnya mengambil masa 365 hari dan 6 jam. 6 jam yang lebih tu dikumpulkan sehingga 4 tahun untuk dijadikan satu hari (24 jam) dan hari tersebut ditetapkan pada 29 Februari. Sebab tu lah wujudnya tahun lompat yang berlaku setiap 4 tahun.

Tanpa kita sedar, sebenarnya ada banyak gak benda-benda menarik yang berlaku pada 29 Februari. Apa sejarah yang korang masih lagi boleh ingat, berlaku pada 29 Februari? Mari kita tengok benda menarik yang pernah berlaku pada 29 Februari, 4 tahun sekali.

SELEBRITI LAHIR PADA 29 FEBRUARI

Bila cakap pasal tarikh, benda pertama sekali yang kita terfikir dah tentu sekali mengenai tarikh hari lahir. Ada gak selebriti popular yang lahir pada 29 Februari antaranya Ja Rule pada tahun 1976, Mark Foster pada tahun 1984 (vokalis Foster the People) dan pemain bola sepak dari Jerman, Benedikt Höwedes pada tahun 1988.

 

View this post on Instagram

 

They laugh at me cause I’m not like them… I laugh at them cause they’re all the same…

A post shared by JaRule (@jarule) on

PESAWAT TERHEMPAS

Pada tahun 1966, sebuah pesawat dikenali sebagai Faucett Flight 251 yang berlepas dari Lima, Peru terhempas di kawasan pergunungan Andes mengorbankan semua penumpang dan anak kapal seramai 123 orang. Sehingga kini, kejadian yang berlaku kepada Faucett Flight 251 merupakan kemalangan terburuk yang pernah terjadi di Peru.

KELUARGA LOMPAT

Sebuah keluarga yang berasal dari Norway, disenaraikan dalam Guinness World Records selepas 3 orang anak kepada pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Karin dan Henry Henriksen, semuanya dilahirkan pada 29 Februari. Anak pertama, Heidi lahir pada tahun 1960, Olav lahir pada tahun 1964 dan Leif-Martin lahir pada tahun 1968. Keluarga Henriksen memegang rekod Most Siblings Born on Leap Day.

KATALAKI: Korang dah fikir ke sejarah apa yang korang nak cipta pada 29 Februari 2020? 4 tahun akan datang korang boleh la throwback balik sejarah korang tu.

Last modified: 9 January 2020