4 Tips Mudah Persiapan Raya!

Collab, Sembang

*Artikel ini dibawakan dengan kerjasama Giant

Pejam celik, pejam celik. Dah nak masuk minggu ke-2 kita semua selamat berpuasa di bulan yang mulia ni. Dan lagi kurang lebih 2 minggu je settle dah puasa kita ni dan masa untuk menyambut pula bulan Syawal di mana kita semua nantikan. Bila dah nak masuk raya, mesti ramai bro-bro yang biasanya tak ambik port atau tak tahu langsung apa yang perlu kita siapkan masa nak raya nanti. Betul tak?

Harini Thelaki nak kongsikan dengan bro-bro sekalian 4 tips yang penting untuk korang bersiap sedia menjelang raya nanti. 4 tips ni mudah dan simple, tak perlu perah otak atau rumitkan keadaan. Apa kata korang baca je terus…

Baju Raya!

Benda pertama yang kita terfikir menjelang nak masuk raya ni confirmlah baju raya kan? Ada yang selalunya akan beli baju raya baru setahun sekali ataupun sejenis yang akan beli baju raya secara banyak, kira buat stock untuk pakai sebulan terus. Kalau korang jenis yang tak tau nak beli baju raya baru ke tak tahun ni. Apa kata tahun ni korang set tema dulu, contoh macam tema berwarna atau tema baju raya dengan pattern yang sama. Kalau satu family ikut tema korang, cantik ah. Kalau tak, set la dengan girlfriend korang pun cantik dah. Tapi kejap, baju raya yang lama-lama dulu macam mana pulak? Kalau baju raya tu dah tak muat lagi tapi masih elok, apa kata korang sumbangkan ke rumah anak yatim atau kepada mereka yang memerlukan. Bukan saja pahala dapat, tapi dapat jugak tengok orang lain bergembira dihari raya.

Kuih Raya

Ahhaa perkara asas yang paling penting bila menyambut raya ni tentulah juga kuih raya. Ada Elmond London, Tart Nanas, Chocolate Chip, biskut bermacam-macam perisa ada, Biskut Cornflakes, Mazola, Kuih Kapit. Eh kalau kitorang listkan kat sini, memang sampai esok pun tak habis lah. Kalau korang tak nak pening kepala tak tau mana nak beli semua-semua ni?, kacang je. Korang beli je kat Giant Hypermarket.   

Dekorasi Raya

Ingat lagi tak dulu-dulu beraya zaman 90an, ingat lagi tak? Semua rumah akan gantung kad-kad raya, nak lagi best kad raya tu memang kad raya yang dikirim siap dengan ucapan dan tanda tangan lagi. Salah satu cara nak bagi rumah nampak meriah la katakan. Masuk zaman ni macam mana pulak? Apa kata kita relive balik zaman raya retro macam ni. Selain gantung kad raya tu, korang boleh jugak hiaskan rumah dengan langsir raya baru, prop-prop raya macam buluh dan panjut, ketupat palas dan tak ketinggalan lampu lip-lap gais. Nak buat rumah nampak lagi menarik, korang boleh letak setting photobooth, so tetamu yang datang ada port untuk ambil gambar.      

Hamper Dan Gift

Tips yang terakhir ni senang citer boleh naikkan ranking raya korang. Kalau korang selalu pergi beraya kat rumah saudara-mara atau beraya kat rumah girlfriend. Kami sarankan, ce beli hamper ataupun gift raya dan hadiahkan kat tuan rumah. Confirm tuan rumah (atau family bakal mertua tu) akan sayang korang lebih, percaya lah. Dengan hamper, korang boleh letak macam-macam jenis cokelat, biskut dan macam-macam lagi produk mahupun cenderahati. Nak cari hamper, cari yang ada banyak produk-produk yang ternama. Apa yang penting, dengan pemberian hamper, apa yang korang berikan akan nampak EKSKLUSIF.

Jangan risau, kalau tak tau nak beli hamper ataupun gift raya ni kat mana, korang boleh juga cari kat Giant Hypermarket. Kat situ ada macam-macam jenis hamper/gift yang korang boleh dapatkan dengan harga mengikut kemampuan korang juga!

KATALAKI: Paling penting sekali, solat raya nanti jangan tertinggal pulak.

Last modified: 31 May 2019