4 Undang-Undang Pelik Di Amerika Syarikat

Sembang

Setiap negara mempunyai undang-undang mereka tersendiri. Kadangkala undang-undang yang terdapat pada setiap negara dibuat berdasarkan sejarah dan political environment dalam membuat keputusan apa yang bagus dan tidak bagus bagi masyarakat yang tinggal di negara tersebut.

via GIPHY

Namun terdapat beberapa undang-undang yang boleh dikatakan agak pelik dan sangat tak masuk akal contohnya undang-undang yang terdapat di Amerika Syarikat. Kalau korang ada perancangan nak pergi bercuti diAmerika Syarikat, aku syorkan untuk korang baca article ini sebab takut tak pasal-pasal korang kena masuk lokap dekat Amerika Syarikat pula nanti!

HIP-HOP CONCERT

Korang penggemar music HipHop dan Rap? Kalau korang sukakan genre lagu macam ini, Las Vegas bukanlah tempat yang korang nak pergi. Concert yang membawa genre music seperti ini telah di banned di Las Vegas, Nevada. Pada tahun 2005, Las Vegas Police telah mengeluarkan peraturan kepada pemilik-pemilik kasino yang mereka akan dipertanggungjawabkan andai kata berlaku apa-apa kerosakan dan violent crime yang berlaku pada concert Rap dan juga HipHop.

Selain ban concert HipHop dan juga Rap, Las Vegas juga terkenal dengan satu lagi undang-undang pelik mereka iaitu orang ramai dilarang sama-sekali memberikan makanan kepada orang-orang homeless. Jadi kalau korang minat HipHop dan suka bagi orang homeless makanan, jangan pergi bercuti dekat Las Vegas!

BUKU KANAK-KANAK

Pada tahun 2008, US Congress telah meluluskan satu undang-undang yang dipanggil Consumer Product Safety Improvement Act yang mana mengetatkan penggunaan plumbum ataupun lead pada barang kanak-kanak dibawah umur 12 tahun. Ini termasuklah barang-barang seperti permainan, basikal dan juga buku-buku bacaan.

Ini kerana buku-buku bacaan kanak-kanak yang dicetak pada tahun sebelum 1985 berkemungkinan dicetak dengan dakwat yang mempunyai plumbum. Disebabkan plumbum sangat berbahaya kepada kanak-kanak, segala percubaan untuk menjual buku-buku bacaan ini boleh membuatkan penjual tersebut dipenjara dan juga didenda sebanyak USD100,000!

DILARANG MENYANYI!

Di Honolulu, Hawaii masyarakat dan pelancong dilarang sama sekali untuk menyanyi selepas terbenamnya matahari. Sebaik saja matahari terbenam, tiada nyanyian yang korang boleh dengar disekitar pantai pilihan ramai pelancong ini.

Jadi kalau korang ada angan-angan nak pergi bercuti di Hawaii dan korang yang suka menyanyi, aku cadangkan korang tengok jam dahulu sebelum korang nak sumbangkan suara korang kepada masyarakat setempat sebab kalau kena tangkap nanti hancurlah holiday impian korang!

KINDER EGG

Salah satu product makanan yang telah diharamkan untuk dijual di Amerika Syarikat dan sampai hari ini aku masih lagi pelik dengan undang-undang ini. Kalau korang nak tahu, undang-undang untuk mengharamkan penjualan Kinder Egg ini telah dicipta sejak tahun 1930!

Kinder Egg ini tidak boleh dijual di Amerika Syarikat kerana dikatakan melanggar undang-undang yang tersenarai pada CPSC (U.S Consumer Product Safety Commission) dan juga FDA (U.S Food and Drugs Administration). Lebih daripada 60,000 Kinder Egg telah disita dan dirampas oleh US Customs and Border Protection pada tahun 2011. Kesian Amerika Syarikat tak dapat makan coklat sedap hahaha!

KATALAKI: Undang-undang pelik negara mana pula yang korang nak aku tulis lepas ini?

Last modified: 10 June 2019