4 Watak Terbaik Robert Downey Jr. Selain Iron Man

Sembang

Tahun 2019 ni, Robert Downey Jr. berumur 53 tahun dan dah buat penampilan dalam filem-filem Marvel Cinematic Universe (MCU) sebelum ni sebanyak 10 filem termasuk The Incredible Hulk pada tahun 2008. Ramai yang tak perasan Robert Downey Jr. pernah buat cameo dalam filem The Incredible Hulk. Masa ni Mark Ruffalo belum lagi dipilih untuk gantikan Edward Norton sebagai Bruce Banner dan Hulk.

The Incredible Hulk (2008). Image Via : imdb.com

Untuk info, dari tahun 2015 sehingga tahun 2019, Robert Downey Jr. takde langsung buat penampilan dalam filem lain kecuali filem-filem MCU. Memandangkan filem Avengers: Endgame nanti ada kemungkinan yang Robert Downey Jr. kali terakhir muncul sebagai Tony Stark dan Iron Man, jom kita tengok watak-watak boek yang pernah dilakonkan oleh Robert Downey Jr. sebelum terkenal sebagai Tony Stark.

Paul Avery, Zodiac (2007)

Image Via : film-bunker.com

Robert Downey Jr. berlakon sebagai wartawan dalam filem kisah benar pembunuh bersiri Zodiac yang ditayangkan pada tahun 2007. Robert Downey Jr. bergandingan dengan Mark Ruffalo dan Jake Gyllenhaal untuk selesaikan kes pembunuh bersiri yang digelar Zodiac, sampai sekarang ni tak terjawab lagi siapa Zodiac ni.

Harry Lockhart, Kiss Kiss Bang Bang (2005)

Image Via : imdb.com

Dalam filem ni, Robert Downey Jr. pegang watak sebagai seorang penjenayah tapi secara tidak sengaja menjadi pelakon, dalam masa yang sama menyamar sebagai seorang detektif. Haa pening la tu? Tu yang menariknya filem ni. Filem ni juga dikatakan lakonan terbaik Robert Downey Jr. sepanjang kariernya sebagai pelakon. Michelle Monaghan dalam filem ni masa ni hot gila bhai. Nah belanja sikit.

Image Via : imdb.com

Jerry Renfro, Bowfinger (1999)

Scene lakonan Robert Downey Jr. dalam filem ni tak banyak pun disebabkan masalah peribadi Robert Downey Jr. di luar dunia lakonan. Tapi scene Robert Downey Jr. dengan Steve Martin dalam filem ni dikatakan scene paling lawak yang ada dalam filem Bowfinger ni.

James Barris, A Scanner Darkly (2006)

Image Via : inverse.com

Robert Downey Jr. berlakon sebagai seorang penagih dadah yang menyediakan maklumat kepada polis mengenai dadah baru yang muncul kat U.S. Filem ni lain daripada lain disebabkan lakonan pelakon-pelakon dalam filem ni dikartunkan. Lakonan Robert Downey Jr. dalam filem ni dipuji disebabkan Robert Downey Jr. betul-betul menjiwai watak sebagai seorang penagih dadah. Dalam dunia realiti, Robert Downey Jr. memang pernah berdepan dengan masalah dadah.

KATALAKI: Korang dah ready ke Tony Stark tanpa Robert Downey Jr.? Huhuhu.

Last modified: 19 April 2019