5 + 1 Filem Bertemakan Politik Yang Korang Boleh Layan

Sembang, ZAP, ZeKool

Sejak dari awal bulan lagi, meski pun kita baru je masuk bulan kedua tahun 2020. Kita dah disajikan dengan bermacam-macam jenis berita yang mengejut dan mengemparkan. Dari dunia industri hiburan yang tak pernah berhenti dengan berita hangat diperkatakan.

Kini masa untuk kita layan pulak berita-berita yang lebih serius tentang kejadian di negara kita ni. Seperti biasa, kami di Thelaki tak nak sentuh sangat tapi kami tahu kebanyakkan daripada kita memang tengah dok scroll timeline Twitter, share-share berita artikel tentang apa yang sedang berkembang di dunia politik tempatan.

Dikesempatan ini, kami nak sajikan kat korang, filem-filem yang korang boleh layan kalau nak lebih dekatkan lagi diri dengan dunia politik. Mungkin sedikit sebanyak filem-filem ini dapat membantu korang untuk lebih mendalami isu-isu politik dan semoga filem-filem ini memberikan kita inspirasi untuk lebih berjuang untuk bangsa dan negara kita, betul tak?

DARKEST HOUR

Ini adalah antara filem berunsur politik yang terbaik dalam liganya yang tersendiri. Antaranya sebab filem ini mempunyai nilai produksi yang tinggi apabila mereka berjaya mengenakan makeup yang realistik yang membuatkan pelakon utama Gary Oldman nampak seakan sama dengan watak sebenar perdana menteri United Kingdom; Winston Churchill. Filem ini mengisahkan tentang bagaimana perdana menteri yang ke-29 (dan yang ke-33) United Kingdom dan perjalanan politik Winston Churchill ketika bermulanya perang dunia kedua. Dalam filem ini juga menggambarkan pelaksanaan “Operation Dynamo”, sebuah operasi yang berjaya menyelamatkan beratus-ratus ribu tentera.

THE CAMPAIGN

Kalau nak layan filem politik tapi ada unsur-unsur komedi. Korang boleh layan The Campaign. Korang dah boleh bayangkan tahap komedi filem ini macam mana bila ianya dibintangi oleh Will Ferrell dan Zach Galifianakis sebagai watak ahli kongres di North Carolina yang cuba untuk menjatuhkan antara sama lain di arena politik. Dalam filem ini terdapat plot-plot yang dirancang oleh Will Ferrell dan Zach Galifianakis untuk memenangi kempen pilihan raya. Walaupun mengunakan sentimen politik, tapi komedi yang disampaikan dalam filem ini memang pecah.

ARGO

Filem yang diadaptasi daripada kisah benar ini bukan saja dibintangi oleh Ben Affleck, tetapi ianya juga diarahkan oleh Ben Affleck. Pada akhir 70-an, ketika Revolusi Iran sedang berlaku, 60 anggota kakitangan Kedutaan Amerika Syarikat di Teheran sempat melarikan diri daripada menjadi tebusan. Cuma mereka perlukan cara untuk keluar dari negara tersebut tanpa diketahui. Maka seorang operative CIA Tony Mendez telah merancang untuk membuat sebuah filem sci-fi yang lengkap dengan pengarah dan team produksi fake untuk memastikan pelarian-pelarian kedutaan AS itu berjaya diseludup keluar negara.

Image via: https://sg.style.yahoo.com/

DICK

Bila filem berunsur politik dicampurkan pula dengan elemen-elemen komedi. Sudah pasti filem tu menjadi filem yang best untuk ditonton. Salah satu daripada filem komedi politik yang boleh kita layan adalah filem berjudul Dick. Filem ini mengisahkan tentang dua gadis berusia 15 tahun yang merungkai skandal Watergate yang menamatkan zaman pemerintahan Presiden Richard (“Tricky Dick”) Nixon. Filem ini menampilkan Kisten Dunst dan Michelle Williams, dua gadis yang cun yang secara tidak sengaja mengancam presiden Amerika Syarikat.

THE IDES OF MARCH

Filem ini menggambarkan bagaimana kesusahan yang kepayahan dan dunia kotor yang berlaku dalam arena dunia politik. Filem ini diarahkan oleh pelakon veteran terkenal Geogre Clooney dan dibintangi oleh Ryan Gosling yang memegang watak sebagai Stephen Meyers, seorang pengurus kempen untuk seorang calon Presiden dibawah tiket parti Demokratik di Ohio. Perjalanan mereka didalam arena politik bercampur baur plot-plot dan unsur unsur yang merosakkan calon politik. Filem ini memaparkan the ugly truth of politics.

ALL THE PRESIDENT’S MEN

Filem berunsur politik yang terbaik tentunya juga filem dengan penceritaan yang melibatkan konspirasi skandal Watergate pada zaman pemerintahan Presiden Richard Nixon. Di dalam filem ini mengisahkan tentang Carl Bernstein dan Bob Woodward yang merupakan dua wartawan Washington Post dalam percubaan untuk mendedahkan kebenaran yang membawa kepada penerbitan cerita yang menjatuhkan Presiden Nixon.

KATALAKI: Ingatkan drama ngan plot twist kat dalam akasia TV3 je hiks…

Last modified: 26 February 2020