5 Agama Yang Turut Mempunyai Amalan Berpuasa

Sembang

Bulan Ramadan memang dah di khususkan kepada umat Islam sebagai bulan untuk menjalani ibadah berpuasa. Kalau waktu kecil-kecil dulu kita ingat orang Islam je yang ada ibadah berpuasa ni. Tapi sebenarnya terdapat agama-agama lain yang mempunyai amalan berpuasa tersendiri. Cumanya cara dan waktu diorang berpuasa tu tak sama lah dengan umat Islam. So jom kita explore agama lain yang mempunyai amalan berpuasa.

1. HINDU

Agama Hindu kalau di Malaysia paling ramai dianuti oleh masyarakat India. Dalam agama Hindu, amalan berpuasa mereka dikenali sebagai Upavasa. ‘Upa’ bermaksud dekat, dan ‘Vasa’ merupakan istilah dewa. Jadi amalan berpuasa agama Hindu lebih kepada amalan mendekatkan diri dengan dewa-dewa mereka.

Dalam Upavasa ada yang wajib dan ada juga yang tidak wajib. Upavasa yang wajib adalah Upavasa Siwa Ratri di mana penganut Hindu tidak boleh makan dan minum daripada terbit sehingga lah terbenamnya matahari. Puasa yang tidak wajib pula adalah puasa selama tiga hari bagi tujuan penembusan dosa-dosa.

Penganut agama Hindu bebas memilih hari di mana mereka akan berpuasa, tidak seperti umat Islam yang diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan. Kaedah berpuasa juga mengikut keraian dan waktu tertentu. Ada masa mereka berpuasa penuh, dan ada masa mereka puasa daripada makan sahaja.

2. BUDDHA

Uposatha merupakan istilah yang digunakan oleh penganut Buddha untuk amalan berpuasa mereka. Mereka yang berpuasa tidak dibenarkan makan, tapi masih boleh minum. Selain itu, semasa berpuasa terdapat pantang larang yang mereka harus patuhi seperti tidak boleh membunuh, mencuri, bersetubuh dan melakukan perkara buruk yang lain. Tujuan berpuasa dalam agama Buddha juga bagi tujuan penyucian dan kebaikan.

3. YAHUDI

Satu agama yang hampir tak kelihatan di Malaysia, tapi penganutnya juga mempunyai amalan berpuasa yang tersendiri. Agama Yahudi mempunyai dua bahagian puasa, iaitu pada hari besar (Yom Kippur dan Tisha B’Av) dan hari kecil seperti puasa Esther dan puasa Gedalia.

Semasa hari puasa Yom Kippur, mereka wajib menahan lapar dan dahaga. Pada hari tersebut mereka juga dilarang untuk bersetubuh, memakai kasut kulit dan melakukan hal-hal lain yang ditegah dalam agama Yahudi. Selain itu, mereka juga tidak dibenarkan untuk menggosok gigi. Bagi tahun 2020, hari Yom Kippur jatuh pada tanggal 27 September.

4. SIKH

Agama Sikh merupakan agama yang mempunyai definisi puasa yang berbeza. Kalau agama lain semua puasa daripada makan dan minum, agama Sikh melihat puasa daripada makan dan minum sebagai satu amalan yang tidak membawa kebaikan dari segi spiritual. Mereka hanya berpuasa jika perlu sahaja, seperti yang melibatkan masalah kesihatan. Puasa dalam agama Sikh lebih kepada berpuasa daripada melakukan perkara-perkara yang jelik seperti berbohong, mencuri dan pergi ke tempat yang tidak baik.

5. KATOLIK

Penganut Kristian Katolik mengamalkan puasa 40 hari sempena musim Lent. Amalan berpuasa 40 hari ini adalah sempena memperingati pengorbanan yang dilalui oleh Jesus Christ semasa perjalanan di padang pasir. Catatan Bible The Temptation  of Christ’ menjadi asas kepada amalan ini. Penganut yang sudah berumur 18 tahun diwajibkan untuk berpuasa. Semasa berpuasa, mereka hanya dibenarkan makan dengan kenyang sekali sehari sahaja. Selain itu, mereka juga perlu berpantang daripada melakukan perkara yang disukai seperti makan daging, minum arak atau merokok. Terdapat juga amalan puasa sepenuhnya yang digelar ‘Black Fasting’ di mana pengamalnya akan menghindari makan dan minum sehingga terbenam matahari serta tidak memakan makanan segar seperti daging, telur dan susu.

KATALAKI: Tak kira agama mana pun, tujuan berpuasa adalah untuk menjadikan diri lebih baik…

Last modified: 14 May 2020