5 Amalan Yang Ditelan Zaman

Sembang, ZAP, ZeKool

Dalam kehidupan yang serba canggih ni, banyak amalan-amalan lama yang dah pupus atau tidak dilakukan lagi dalam mana-mana masyarakat. Mungkin amalan-amalan ni dilihat tidak relevant lagi untuk zaman sekarang, atau dianggap sebagai mencabul hak asasi manusia. Kalau di Malaysia, mungkin banyak amalan-amalan syirik yang nenek moyang kita buat dulu tapi dah kena banned. Nama pun syirik, tak kan kita nak kena amalkan lagi kan. Aku bukan nak cerita amalan-amalan yang syirik, tapi lebih kepada perkara yang dianggap biasa pada waktu dahulu tapi tidak dilakukan lagi sekarang. So jom kita tengok apakah amalan-amalan itu.

1. HUKUMAN MATI PENGGAL KEPALA

Hukuman memenggal kepala menggunakan Guillotine mula diperkenal dan digunapakai semasa Raja Perancis, Louis XVI pada tahun 1792. Ironinya beliau turut dihukum menggunakan alat yang sama pada 1793. Hukuman mati dengan memenggal kepala bukan lah dicipta pada tahun yang sama, tapi telah diamalkan beratus tahun sebelumnya dalam masyarakat terdahulu. Cuma jenis alat dan cara yang berbeza je.

Penjenayah terakhir yang dijatuhkan hukuman mati menggunakan Guillotine ni adalah Hamida Djandoubi, warga Tunisia. Dia dijatuhkan hukuman mati paa tahun 1977 kerana membunuh teman wanitanya. Kira lepas Malaysia merdeka, hukuman ni masih digunapakai lah. Selepas itu, amalan ini diharamkan sepenuhnya pada tahun 1981 kerana dianggap kejam.

2. TENTERA BERKUDA SEMASA PERANG

Perang zaman dulu-dulu memang tentera berkuda antara yang popular digunakan. Dari zaman kebangkitan tamadun Islam, sehingga lah ke zaman kejatuhan empayar Rom. Rasa macam amalan tentera berkuda ni untuk kurun ke 18 je kan? Sepatutnya selepas meriam dan pistol dicipta, dah tak ada lagi lah tentera berkuda. Sebenarnya selepas perang dunia pertama dan semasa pertengahan perang dunia kedua, tentera berkuda masih digunakan lagi. Kali terakhir tentera berkuda digunakan adalah pada tahun 1942. Waktu tu sebanyak 600 pasukan berkuda Soviet yang dilengkapi sepenuhnya dengan senjata moden digunakan untuk berperang dengan tentera Itali dan Jerman.

3. SISTEM BARTER

Jangan terkejut kalau sistem barter yang korang belajar masa kelas perdagangan dulu masih digunakan sampai sekarang. Sistem ini masih digunakan di satu daerah di India, yang bernama Assam. Tapi diorang tak guna sistem ni hari-hari. Ia hanya digunakan semasa perayaan Joonbeel Mela, sebuah perayaan komuniti Assam. Perayaan itu disambut selama tiga hari dan diadakan pada pertengahan bulan Januari. Ini merupakan salah satu cara bagi masyarakat disitu menghidupkan amalan pembelian barang menggunakan sistem barter.

Tradisi ini telah wujud selama 600 tahun dan banyak suku kaum di daerah lain yang datang memeriahkan lagi perayaan tersebut. Kalau korang nak rasa macam mana beli barang menggunakan sistem barter, boleh lah booked cuti korang untuk pergi ke Assam tahun depan. Kalau tak ada bajet nak gerak jauh-jauh, cuba main tukar-tukar barang dengan member korang.

4. UNDANG-UNDANG PENAMPILAN JELIK

Banyak bandar-bandar di Amerika pernah menggunakan undang-undang ini untuk menyekat golongan yang buruk penampilannya atau berwajah jelik dari muncul di tempat awam. Kedengaran pelik? Ini lah undang-undang yang diperkenalkan di San Francisco pada tahun 1867. Pada ketika itu populasi penduduk sudah mula mengembang di bandar-bandar. Dalam masa yang sama bilangan gelandangan dan orang yang mengemis juga bertambah. Jadi bagi menyekat golongan miskin ini berkeliaran di bandar-bandar, undang-undang ini diwujudkan. Pihak polis ketika itu sentiasa dalam tekanan sebab nak kena halau golongan gelandangan dari berada di jalan-jalan bandar. Nampaknya lebih mudah untuk diorang menghilangkan golongan miskin ni dari pandangan mata daripada membantu mereka. Undang-undang ini dimansuhkan pada tahun 1970-an.

5. PENGHAMBAAN

Amalan yang sepatutnya tidak diamalkan berkurun lama ini sebenarnya masih diamalkan sehingga lewat 1950-an. Di Tibet, lebih kurang setengah abad yang lalu, kira-kira 98 peratus daripada penduduk di sana telah diperhambakan dan dijadikan pekerja kelas bawahan. Dalai Lama yang terkenal sebagai biarawan juga secara terbuka terlibat dan menggalakkan amalan tersebut. Ia menjadi amalan kelas atasan di sana. Amalan ini mula dihapuskan sepenuhnya pada tahun 1981 selepas Mauritania, sebuah Negara di benua Afrika, mengharamkan amalan penghambaan.

KATALAKI: Macam-macam amalan yang pernah digunakan oleh masyarakat dulu. Kalau sistem barter masih digunakan macam mana lah agaknya..

Last modified: 10 April 2020