5 Smartphone Untuk Orang Marhaen

Tech

Dengan lambakan smartphone yang terdapat pada pasaran sekarang, mesti korang keliru smartphone mana yang sesuai dengan diri korang. Tidak cukup dengan speksifikasi yang pelbagai, harga juga memainkan peranan besar dalam pemilihan smartphone.

Semua orang nak smartphone yang terbaik tapi kalau boleh mesti nak harga paling murah, jadi hari ni kitorang akan berkongsikan dengan korang 5 Android Smartphone terbaik yang korang boleh dapatkan pada harga bawah RM1,000.

 

1. SMARTPHONE TERBAIK UNTUK KAKI SELFIE!

Bagi korang yang kaki selfie, OPPO F5 boleh dikatakan antara smartphone android kelas pertengahan yang terbaik untuk selfie. Dengan 20megapixel untuk kamera hadapan dan 16megapixel untuk kamera utama, selfie korang memang akan nampak lebih WOW!.

Kamera hadapan juga didatangkan dengan pilihan Effect Bokeh walaupun cuma mempunyai 1 kamera hadapan saja. OPPO F5 boleh dikatakan smartphone android terbaik untuk kaki selfie macam korang.

 

2SMARTPHONE UNTUK PENGGUNAAN BERAT!

Korang jenis bukak 10 aplikasi dalam masa serentak?. HAH, smartphone ni memang sesuai dengan korang. smartphone Lenovo K8 Note ni memang direka untuk penggunaan berat.

Didatangkan dengan bateri berkapisiti 4000mAh yang dikatakan mampu bertahan selama lebih 4jam untuk penggunaan berterusan & Processor dari Helio X23 untuk memastikan penggunaan yang lancar walaupun korang tengah bukak banyak aplikasi dalam satu-satu masa, Lenovo K8 Note ni memang sesuai dengan korang.

 

3. PREMIUM SMARTPHONE TAPI HARGA MARHAEN?

Kali pertama tengok smartphone ni, kitorang sendiri pun tak percaya yang harga dia bawah RM1000. Didatangkan dengan 4 kamera (2 kamera utama & 2 kamera hadapan) dan kerangka yang diperbuat dari besi manakala bahagian depan & belakang phone diperbuat dari kaca.

Terdapat 2 warna yang korang boleh pilih iaitu warna Glacier Grey (kelabu) dan juga Sapphire Blue (biru). Jadi kalau korang jenis nak nampak bergaya tapi taknak keluar duit yang banyak, Honor 9 Lite ni memang khas untuk korang.

 

4. SMARTPHONE UNTUK MEREKA YANG SUKA MERAKAM VIDEO

Bagi korang yang gemar merakam video menggunakan smartphone, mesti tertanya-tanya smartphone apa yang sesuai untuk guna rakam video kan?. Nah ini dia Xiaomi Redmi S2.

Didatangkan dengan dwi kamera (12MP + 5MP) untuk kamera utama dan boleh merakam video dengan saiz resolusi 1080p. Apa yang bagusnya lagi, kamera untuk Redmi S2 jugak didatangkan dengan sistem perstabilan GYRO bagi mengurangkan gegaran pada rakaman video korang bila sedang bergerak.

 

5.  SMARTPHONE UNTUK KAKI TENGOK VIDEO

Pernah dengar tentang OMELED DISPLAY?. Pernah tengok macam mana kualiti video yang dipertontonkan dekat Screen Omeled?. Mesti korang akan rasa WOW! Tapi bila tengok harga smartphone dan tengok duit simpanan, sedih je rasakan?.

Hah!, sekarang ni dengan harga bawah RM1000 korang boleh dapatkan smartphone Samsung J6 dengan Omeled Display. Paparan gambar ataupun video pada Screen Omeled ni sangatlah lawa. Bagi yang nak layan movie, Samsung J6 ni didatangkan dengan 3000mAh bateri so setakat 2-3 movie memang takda hal lah!.

Ps: Harga yang dipaparkan adalah harga yang terdapat pada E-Store rasmi setiap jenama selepas SST dilaksanakan.

KATALAKI: So yang mana satu smartphone pilihan korang?

Last modified: 24 October 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *