5 Banduan Paling Famous di Alcatraz

Sembang, ZAP, ZeKool

Sudah hampir 30 tahun, dalam banyak-banyak penjara di muka bumi ini. Penjara Alcatraz adalah destinasi utama bagi kebanyakkan penjahat yang paling merbahaya dan bijaksana di Amerika Syarikat. Penghuni-penghuninya adalah terdiri daripada banduan yang tidak terkawal di institusi jenayah lain dan akhirnya dibawa ke penjara Alcatraz dimana ianya menjadi salah satu penjara yang berjaya menempatkan banduan-banduan ini untuk menghabiskan sisa-sisa hidup mereka.

Walaupun terdapat beberapa penghuni penjara yang sudah biasa memecah keluar membebaskan diri dari penjara-penjara lain akhirnya ditawan dan ditempatkan di penjara Alcatraz yang sudah tentunya menamatkan misi hidup mereka untuk bebas dari tahanan. Hampir 40 banduan telah cuba untuk memecah keluar dari Alcatraz tetapi tiada satu pun yang berjaya meloloskan diri dari benteng besi yang terletak di atas batu di teluk dimana terdiri teguhnya penjara Alcatraz.

Zaman sekarang, kewujudan penjara Alcatraz hanyalah sebagai tarikkan pelancong yang teringin melawat kawasan yang menempatkan banduan-banduan yang terdiri daripada penjahat dan penjenayah terkenal. Pada zaman kegemilangannya dahulu, Alcatraz adalah rumah bagi penjenayah-penjayah hebat dimana harini kita nak senaraikan beberapa daripada mereka yang pernah menghuni di kamar besi Alcatraz.

AL ‘SCARFACE’ CAPONE’

Tahu tak filem ‘Scarface’? ini adalah penjenayah sebenar filem tersebut. Banduan bernama Alphonse Gabriel Capone atau nama gelaran yang dikenali sebagai Al Capone atau Scarface ini merupakan salah seorang penjenayah yang ditempatkan selepas 10 hari pembukaan penjara Alcatraz pada 22 Ogos 1934.

Dijatuhkan hukuman atas pengelakkan cukai, ketika Al Capone ditahan, beliau berada di puncak kariernya sebagai ketua jenayah terkenal. Pada awalnya Al Capone dijatuhkan hukuman selama 11 tahun pada tahun 1931, dibawa ke penjara Atlanta tetapi disebabkan terdapat unsur-unsur pilih kasih atau favoritism daripada penghuni dan pekerja penjara tersebut yang menyebabkan Al Capone terpaksa dipindahkan ke Alcatraz.

Saat tibanya Al Capone di penjara Alcatraz, beliau berada dalam keadaan yang sangat lemah kerana terpaksa menahan diri daripada kecanduan kokain dan penyakit kelamin yang tidak dirawat ketika beliau bekerja sebagai seorang bouncer di sebuah rumah pelacuran di Chicago.

GEORGE ‘MACHINE GUN’ KELLY

Penghuni terkenal dengan nombor banduan #117 ini adalah antara banduan yang dibesarkan oleh keluarga yang mewah dan George Kelly Barnes Jr. pernah menyambung pelajaran beliau ke peringkat yang lebih tinggi. Namun atas pengaruh daripada isterinya yang merupakan penjenayah berpengalaman yang menyebabkan beliau terjerumus ke alam penjenayahan. Kalau korang nak baca cerita penuh jenayah-jenayah yang pernah dilakukan oleh Machine Gun Kelly, korang baca DISINI.

Secara ringkasnya. Pada awal ketika Machine Gun Kelly berjaya diberkas oleh pihak berkuasa. Beliau dihantarkan ke Leavenworth Prison, namun Machine Gun Kelly mengugut bahawa penjara Leavenworth Prison tidak dapat menahannya. Pegawai-pegawai disana menjadi cemas dan segera menghantarnya ke Alcatraz.

Yang peliknya, apabila di penjara Alcatraz, Machine Gun Kelly menghabiskan waktu tahanannya dengan tenang sekali. Dia berperilaku begitu baik sehingga penghuni lain mula mengelarkannya sebagai “Pop” iaitu nama singkatan untuk “Pop gun” instead of “Machine Gun”. Di penjara Alcatraz juga Machine Gun Kelly bekerja di pejabat sebagai altar boy dan dilaporan menyesali kehidupannya sebagai penjenayah. Ketika beliau meninggalkan penjara Alcatraz pada tahun 1951, Machine Gun Kelly dihantar semua ke Leavenworth Prison dan meninggal dunia pada tahun 1954.

ALVIN ‘CREEPY’ KARPIS

Sama kes jenayah seperti Machine Gun Kelly. Albin Francis Karpowicz melihat penculikkan sebagai cara yang mudah untuk mendapatkan wang daripada merompak. Dikenali sebagai ‘Creepy’ dikalangan gang beliau, Alvin Karpis ini juga dikenali sebagai salah seorang ahli untuk group elit penjenayah yang terkenal; Public Enemies.

Apabila diberkas oleh pihak berkuasa dan dihantar untuk menetap di penjara Alcatraz. Alvin Karpis diperli sebagai penghuni paling lama yang menetap di penjara Alcatraz kerana menjalani hukuman penjara seumur hidup, bahkan hukuman penjara Alvin Karpis lebih lama daripada penjara Alcatraz yang menamatkan operasi pada tahun 1963. Selepas penutupan penjara Alcatraz, Alvin Karpis dihantar pulang ke Kanada pada tahun 1969. Beliau menulis dua buku tentang kehidupannya sebagai seorang penjenayah sebelum meninggal dunia pada usia 72, kematian beliau disebabkan pengambilan sleeping pills yang keterlaluan  pada tahun 1979.

ROBERT ‘BIRDMAN’ STROUD

Penghuni penjara Alcatraz paling famous dalam sejarah penjara tersebut tentunya jatuh kepada Robert ‘Birdman’ Stroud atau dengan nama gelaran yang dikenali sebagai “Birdman of Alcatraz”. Nama gelaran tersebut diberikan selepas kejayaan sebuah filem yang dikeluarkan pada tahun 1962 tentang dirinya sendiri.

Disebabkan Robert Stroud ni dikenali dengan kes-kes menikam dan menyerang penghuni dan penjaga penjara di McNeil Island dan Leavenworth Prison. Penjara Alcatraz adalah penjara yang mampu menempatkan Robert Stroud dan mengasingkannya daripada banduan lain serta membenarkannya meneruskan minatnya dalam menjaga dan memelihara burung. Namun pada 1959, Robert Stroud di hantarkan ke penjara yang berlainan dan meninggal dunia pada tahun 1963.

ROY GARDNER

Image via: https://listverse.com/

Penjara Alcatraz diubah daripada penjara tentera kepada penjara persekutuan am pada tahun 1933 dan ianya khas untuk menempatkan penghuni penjara seperti Roy G. Gardner, penjenayah dengan nicknamed “King of the Escape Artists.”.

Mendapat hukuman selama 25 tahun dipenjarakan di McNeil Island Federal Penitentiary, Washington Amerika Syarikat pada tahun 1921. Roy Gardner ini memang dikenali sebagai banduan yang sering kali meloloskan diri dari tahanan. Alcatraz pula adalah destinasi yang sangat sukar untuk escape artist seperti Roy Gardner untuk melepaskan diri. Pada tahun 1936, Roy Gardner diberikan pengampunan dan dibebaskan. Sejurus selepas dibebaskan, Roy Gardner menerbit sebuah buku tentang penjara Alcatraz berjudul “Hellcatraz: The Rock of Despair”, hasil catatan buku tersebut ditulis ketika beliau masih lagi menginap di dalam penjara Alcatraz. Mungkin kehidupan selepas hukuman penjara di Alcatraz tidak semudah yang disangka yang membuatkan Roy Gardner membuat keputusan untuk membunuh diri pada tahun 1940.

KATALAKI: 2 daripada 5 dah ada filem diorang sendiri. Fuhhh…

Last modified: 24 February 2020