5 Bapak Kepada Superhero Komik Terhebat

Sembang, ZAP

Bapa adalah seorang tokoh yang paling besar dalam hidup setiap insan, walaupun penglibatan seorang bapa itu sendiri mungkin dianggap kecil mahupun besar. Namun setiap yang bergelar bapa sudah tentu main peranan yang penting dalam hidup kita semua. Tak kisah sama ada seorang bapa itu sendiri adalah dianggap daripada secara biologi atau seseorang yang kita semua look up to as a father figure.

Bercerita mengenai bapa, tentunya kita semua mempunyai bapa atau ayah yang secara tidak langsung boleh dikatakan jatuh dalam kategori hero kita semua. Tapi harini Thelaki nak share kepada korang tokoh bapa ataupun seorang ayah kepada superhero-superhero yang kita kenali.

Mungkin buat pembaca atau peminat komik sendiri, mungkin sudah sedikit sebanyak tahu mengenai bapa-bapa hero yang kami listkan dibawah ini. Dibawah ini kami senaraikan juga info yang dapat kami huraikan dengan secara ringkas. Ayuh baca…

JOR-EL

Jor-El atau pada asalnya dikenali sebagai Jor-L merupakan bapa kandung kepada watak Clark Kent atau superhero yang dikenali ramai sebagai Superman. Watak Jor-El ini diciptakan oleh penulis Jerry Siegel dan pelukis Joe Shuster. Jor-El muncul buat kali pertama dalam terbitan komik pendek Superman dalam surat khabar pada tahun 1939.

Watak Jor-El ini merupakan watak yang penting dalam perjalanan hidup Superman, kalau kita kaji daripada backstory untuk komik Superman. Jor-El adalah bapa biologi kepada Superman, seorang suami kepada Lara Lor-Van. Jor-El juga merupakan seorang saintis terkemuka di planet Krypton sebelum planet tersebut menghadapi zaman kehancurannya.

Menurut dalam komik Superman, Jor-El dapat meramalkan kehancuran yang dihadapi oleh planet Krypton, namun Jor-El tidak dapat meyakinkan pihak high coucil planet Krypton untuk menyelamatkan penduduknya.

Disebabkan itu, Jor-El hanya dapat membina sebuah roket yang cukup besar untuk anaknya, Kal-El, untuk melarikan diri dan dihantar ke Bumi dimana Kar-El dijumpai oleh sepasang suami dan isteri bernama Jonathan dan Martha Kent. Kar-El membesar dengan jayanya menjadi superhero yang dikenali ramai sebagai Superman atau Clark Kent.

THOMAS WAYNE

Kalau Jor-El tadi mungkin ramai yang tidak berapa tahu. Tapi ini pula mungkin adalah bapa yang ramai tahu. Thomas Wayne merupakan bapa kepada antara superhero terkaya, iaitu Bruce Wayne dan juga suami tercinta kepada Martha Wayne.

Watak Thomas Wayne ini mula diperkenalkan menerusi komik Detective Comics #33 yang diterbitkan pada bulan November tahun 1939, komik yang memaparkan kisah asal usul watak superhero terkenal; Batman. Walaupun kita tahu watak Batman atau Bruce Wayne ini kaya gila, tapi sebenarnya Bruce Wayne merupakan pewaris kepada harta bapanya, Thomas Wayne yang merupakan seorang pakar bedah yang berbakat serta antara orang kaya bangsawan terkenal di Gotham City.

Pada tahun 2011, watak Thomas Wayne pernah dihidupkan kembali dalam sebuah komik hasil karya Geoff John berjudul Flashpoint. Didalam komik yang berkonsepkan alternate timeline tersebut, Thomas Wayne merupakan watak utama sebagai Batman versi kebal dimana jalan cerita diubah apabila anaknya Bruce Wayne dan isterinya Martha Wayne yang mati dibunuh, berlainan daripada cerita Batman dimana beliau dan isterinya yang dibunuh.

RICHARD PARKER

“I have to disappear. I have to get as far away from here as I can. But as a father, it means I may not see my boy again.” Itu adalah ayat yang diungkapkan oleh Dr. Richard Parker yang merupakan bapa kandung kepada Peter Parker atau superhero paling friendly iaitu Spider Man.

Kalau didalam filem-filem Spider Man, watak Richard Parker ini tidak dijelaskan. Namun menurut cerita menerusi komik-komik Spider Man, Richard Parker merupakan seorang saintis yang terkemuka dan beliau telah menemui kejayaan dalam sebuah penyelidikan cross species genetics digelarkan sebagai Araneus Oscorpeus yang merupakan sejenis labah-labah yang diubahsuai secara genetik.

Hasil spesis labah-labah ciptaan Dr. Richard Parker ini yang mengigit Peter Parker dan memberikan beliau kuasa labah-labah sekaligus bergelar superhero terkenal yang dikenali sebagai Spider Man. Namun disebabkan penyelidikkan tersebut menjadi semakin rumit dan digesa oleh pihak syarikat, Richard Parker terpaksa melarikan diri bersama isterinya demi menyelamatkan keluarga mereka, terutama sekali demi keselamatan Peter Parker yang ditanggalkan dan dijaga oleh bersama abangnya, Ben Parker.

HOWARD STARK

Dalam ramai-ramai bapa superhero, Howard Stark ini mungkin seorang bapa yang memang ada banyak sejarah serta penglibatan beliau bukan sahaja pada pembentukkan Iron Man, namun superhero-superhero yang lain seperti Captain America dan sebagainya.

Howard Anthony Walter Stark adalah seorang pencipta, saintis, jurutera, ahli perniagaan dan pengarah filem dan paling penting sekali beliau juga adalah bapa kandung kepada Iron Man aka Tony Stark.

Howard Stark juga merupakan pengasas kepada syarikat Stark Industries, beliau juga terlibat dalam mengusahakan pelbagai projek kerajaan semasa terjadinya world war II, termasuk Manhattan Project dan Project Rebirth yang juga merupakan projek terakhir mengakibatkan penggunaan Super Soldier Serum untuk menghasilkan Captain America.

Didalam komik, selepas berakhirnya world war II, Howard Stark difitnah kerana mengedar senjata kepada musuh Amerika Syarikat. Bersama rakannya Peggy Carter, beliau berjaya mencari bukti kebenaran yang menyatakan beliau tidak bersalah. Beberapa tahun selepas itu, bersama rakan baiknya, Peggy Carter, mereka menubuhkan agensi pertahanan yang dikenali sebagai Strategic Homeland Intervention, Enforcement, and Logistics Division atau S.H.I.E.L.D.

ODIN

Odin Borson adalah bekas Raja sebuah alam atau dunia lain yang dikenali sebagai Asgard, beliau juga merupakan pelindung Sembilan Alam atau Nine Realms, dan Odin juga adalah bapa kandung kepada Hela dan Thor hasil perkahwinannya bersama Frigga, iaitu bekas Ratu Asgard.

Pada zaman kuno, Odin disembah sebagai dewa kebijaksanaan oleh penduduk Bumi. Odin ini juga merupakan salah satu watak yang digeruni dan dihormati oleh para penduduk Asgard kerana beliau adalah pahlawan terhebat didalam kesemua sembilan alam atau Nine Realms. Selama berabad-abad Odin belajar bagaimana menghargai kedamaian, namun akhirnya mengusir puterinya sendiri ke alam yang dikenali sebagai Hel ketika puterinya itu berusaha menaklukkan seluruh alam semesta.

Odin juga pernah mengunakan kuasanya untuk menarik semula kuasa kekuatan yang dimiliki oleh Thor dan mendamparkan Thor ke bumi ketika Thor hampir mencetuskan perang baru dengan Frost Giants of Jotunheim. 

KATALAKI: Banyak juga sejarah bapak-bapak superhero ni, bukan biasa biasa lah…

Last modified: 18 June 2020