5 Barang Harian Yang Korang Mungkin Tak Tahu Kegunaannya!

Sembang

Pernah tak korang tengok seluar jeans korang lepas itu korang pelik apa sebenarnya kegunaan poket kecil yang ada dekat poket seluar korang? Ataupun masa korang minum air tin, mesti korang perasan ada lubang kecil yang terdapat dekat tab pembuka air tin.

Sebenarnya semua benda-benda ini ada kegunaan rahsia dia cumanya kita saja yang tak tahu. Jadi setelah aku mencari tentang info tentang benda-benda harian yang ada hidden uses, hari ini aku nak share dengan korang 5 barang harian yang korang mungkin tak tahu kegunaannya!

POKET KECIL SELUAR JEANS

Kalau korang tengok seluar jeans standard, dia biasanya akan didatangkan dengan 5 poket sahaja. Dua poket dibelakang, 1 poket dibahagian kiri dan kanan dan satu poket kecil yang terletak dibahagian poket belah kanan.

Kalau korang nak tahu, poket kecil korang pada bahagian kanan itu sebenarnya digunakan untuk menyimpan pocket watch oleh orang dulu-dulu.Selalunya yang simpan poket watch dekat poket kecil ini adalah orang yang menjaga laluan kereta api dan juga pekerja lombong. Tapi disebabkan orang sekarang dan tak guna pocket watch so orang pun dah lupa untuk apa sebenarnya poket kecil ini. Aku biasanya gunakan poket ini untuk simpan lighter aku hahaha!

LUBANG PADA PEMBUKA AIR TIN

Setiap air tin mesti didatangkan dengan tab pembuka. Iyalah kalau tak ada tab ini macam mana korang nak minum air tin itukan? Tapi orang ramai biasanya akan cabut tab tersebut setelah dorang buka air tin tersebut tanpa mengetahui hidden used yang terdapat pada tab tersebut.

Kalau korang nak tahu, lubang yang terdapat pada tab pembuka air tin sebenarnya untuk korang letakkan straw minuman korang. Bila korang dah buka air tin tadi, korang cuma perlu pusing tab tadi dan pastikan lubang dia terdapat diatas lubang air tin korang dan korang boleh letak straw dekat bahagian tersebut supaya straw korang tak hilang.

ARROW DEKAT GAS PUMP INDICATOR

Setiap kali time isi minyak kereta, aku selalu tengok orang yang salah parking kereta dorang time nak isi minyak sampaikan dorang terpaksa tarik getah pump tersebut sebab tempat isi minyak dorang terletak dekat bahagian lain.

Tapi sebenarnya benda ini boleh saja dielakan kalau dorang tengok betul-betul dashboard kereta dorang. Sebenarnya dekat dashboard kereta korang dah tunjuk dekat mana tempat isi minyak korang berada. Di Gas Pump Indicator Light korang akan nampak arrow kecil. Ya arrow tersebut diletakkan disitu untuk bagitahu korang dekat mana tempat isi minyak korang berada!

LUBANG PADA PEMEGANG PERIUK

Aku tak pasti berapa ramai bro-bro yang baca article TheLaki yang selalu masuk dapur. Tapi kalau korang selalu masak lauk sendiri, korang mesti akan perasan dekat bahagian pemegang periuk korang akan ada lubang dekat bahagian hujung dia.

Kalau korang nak tahu, lubang tersebut diletakan dekat situ bukan sahaja untuk korang gantung periuk korang dekat dinding bila dah habis guna tapi ia sebenarnya dicipta untuk korang letak senduk ataupun sudip korang bila korang memasak. Bila letak dekat situ, tak adalah bersepah bila korang tengah memasak!

TWO-TONED ERASERS

Aku rasa masa korang dulu, mesti korang pernah jumpa pemadam yang ada dua warna. Alah yang ada warna putih dan warna biru itulah. Orang cakap bahagian biru tersebut boleh digunakan untuk padam dakwat pen tapi bila aku selalu guna dulu, bukan dakwat sahaja hilang tapi dengan buku-buku aku sekali koyak hahaha!

Tapi sebenarnya, bahagian biru tersebut memang boleh dan memang dicipta untuk padam dakwat pen cumanya ia cuma boleh digunakan pada kertas yang tebal dan bukannya pada kertas pada buku biasa yang kita guna masa sekolah dulu hahaha!

KATALAKI: Setiap benda yang dicipta mesti ada kegunaan dia. Tinggal korang tahu ke tak saja!

Last modified: 26 July 2019