5 Bekas Pemain EPL Yang Kini Jadi Manager

Aktif, Bola

Liga Perdana Inggeris sememangnya diakui antara liga bola sepak yang paling kompetitif dan tinggi nilai komersial. Penentuan takhta juara liga untuk setiap musim sentiasa tidak dapat di ramal apabila Leicester FC berjaya menewaskan pasukan Big Six untuk menjulang juara Liga Perdana Inggeris 2015/2016.

Baru-baru ni, legend Arsenal F.C, Thierry Henry disahkan dah bersetuju untuk membimbing pasukan AS Monaco FC dengan kontrak selama 3 tahun. Sebelum ni, Thierry Henry pernah bermain bersama AS Monaco FC selama 7 tahun, dari 1992-1999.

Kami sediakan lagi 5 bekas-bekas pemain Liga Perdana Inggeris yang sekarang ni tengah busy jadi manager kelab masing-masing. Tapi Suam Suam Kuku, Bukan Level Gareth Southgate!
 

Phil Neville

Sumber Gambar : www.premierleague.com / www.independent.co.uk / getty

Pernah bermain bersama Manchester United dan kapten pasukan Everton, Phil Neville kini diberi tugasan oleh FA England untuk menguruskan pasukan wanita kebangsaan England semenjak Januari 2018. Phil Neville juga sebelum ni pernah bertugas sebagai pembantu jurulatih untuk pasukan Valencia CF pada November 2015.

Ole Gunnar Solskjær

Sumber Gambar : www.twitter.com/manutd – www.espn.com

Salah seorang legenda pasukan Manchester United yang kini melibatkan diri dalam pengurusan kelab, Ole Gunnar Solskjær telah menjadi pengurus kepada 4 pasukan semenjak 2008. Antara pasukan yang pernah dibimbing oleh Ole Gunnar Solskjær, Manchester United Reserves, Cardif City, Clausenengen U19 dan yang terkini, Molde FK di Norway.

Patrick Viera

Sumber Gambar : www.vivaronews.com – www.hudsonriverblue.com

Pengalaman beraksi di kelab-kelab ternama membuatkan Patrick Viera antara nama yang dikagumi pihak lawan suatu ketika dahulu. Pernah beraksi bersama A.C. Milan, Arsenal F.C, Juventus F.C, Inter Milan dan Manchester City, Patrick Viera juga mewakili pasukan kebangsaan Perancis dengan lebih daripada 100 penampilan dan kejuaraan Piala Dunia FIFA 1998, EURO 2000 dan Piala Konfederasi 2001. Kini, Patrick Viera ialah pengurus untuk pasukan OGC Nice di Perancis.

Brad Friedel

Sumber Gambar : www.avfc.co.uk – www.goal.com / troy taormina

Memiliki susuk tubuh yang sasa dan rupa yang bengis membuatkan Brad Friedel antara salah seorang penjaga gol yang digeruni penyerang pihak lawan semenjak menyertai pasukan Blackburn Rovers F.C. pada tahun 2000. Pemain bola sepak profesional sehingga tahun 2015, Brad Friedel bersara di penghujung musim bersama Tottenham Hotspurs F.C ketika berumur 44 tahun. Kini, Brad Friedel ialah pengurus untuk pasukan New England Revolution di Amerika Syarikat.

Frank Lampard

Sumber Gambar : www.thesefootballtimes.co – www.dnaindia.com / adrian dennis, afp

Lebih daripada 400 penampilan, dan 13 piala kejuaraan bersama Chelsea F.C., legenda The Blues ini baru je menandatangani kontrak bersama Derby County F.C. di England pada 31 May 2018. Sehingga 21 September 2018, Frank Lampard telah  berjaya memenangi 4 perlawanan dan 3 kekalahan dalam 8 perlawanan untuk Kejuaraan Liga Bola Sepak Inggeris (EFL Championship).

KataLaki: Kalau korang salah seorang pemain tegar Football Manager mesti korang pun simpan cita-cita nak jadi manager pasukan bola sepak satu hari nanti kan?

Last modified: 23 October 2018

One Response to :
5 Bekas Pemain EPL Yang Kini Jadi Manager

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *