5 Benda Korang Kena Tahu Menjelang MotoGP Qatar Minggu Ni

Aktif, Motorsports

Perlumbaan pertama MotoGP untuk tahun 2019 akan bermula pada 8-10 Mac ni di litar Losail, Qatar. Sama macam tahun-tahun sebelum ni, pelumba MotoGP akan berkampung selama 3 hari di litar lumba, hari pertama free practice, hari kedua sesi ujian masa atau qualifying dan hari ketiga hari perlumbaan.

Korang dah cukup info ke belum nak layan MotoGP tahun ni? Kali ni kami sediakan 5 benda penting yang korang kena tahu pasal MotoGP musim terbaru tahun 2019. Ayuhh.

1. Kalendar Perlumbaan Dah Confirmed.

Takde perubahan litar lumba baru yang akan digunakan tahun ni. Semua litar lumba yang digunakan tahun lepas, akan digunakan juga untuk tahun ni dan dalam turutan yang sama. Cuma date je yang berubah. Setakat ni ada dua je track daripada negara Asia Tenggara, Malaysia dan Thailand. Korang boleh usha date perlumbaan MotoGP kat bawah ni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MotoGP (@motogp) on

2. Tiket MotoGP Sepang Dah Boleh Beli

Tunggu last minute tiket habis, korang gak yang melopong nanti. Masa tahun 2018, tiket perlumbaan kat Sepang banyak yang sold out. Tak pernah-pernah sold out. Korang dah boleh beli siap-siap tiket perlumbaan MotoGP kat Sepang sekarang ni. Siap ada discount lagi tu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sepang Circuit® (@sepangcircuit) on

3. Hafizh Syahrin Masih Team Sama, Tapi Motor Baru

Satu-satunya pelumba MotoGP negara kita buat masa ni, Hafizh Syahrin masih lagi bersama dengan team tahun lepas, Tech3.

Tapi untuk tahun 2019 ni buat pertama kalinya, Tech3 menggunakan jentera baru daripada KTM. Hafizh Syahrin akan bergandingan dengan teammate baru, Miguel Oliviera naib juara untuk kejuaraan Moto2 tahun 2018. Tahun ni juga tahun pertama Miguel Oliviera beraksi dalam MotoGP.

4. Team MotoGP Pertama Dari Malaysia

Tahun 2019 ialah tahun bersejarah untuk sukan permotoran di Malaysia apabila buat pertama kalinya ada team dari Malaysia yang akan bertanding dalam sukan motor nombor satu di dunia, MotoGP.

Petronas Yamaha Sepang Racing Team akan menggunakan kehandalan Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo sebagai pelumba untuk membuktikan gabungan Petronas, Yamaha dan Sepang International Circuit boleh mencabar nama-nama besar dalam MotoGP antaranya Repsol Honda, Mission Winnow Ducati dan Yamaha Factory Racing.

5. Senarai Motor Yang Digunakan Dalam MotoGP 2019

Ada 6 jenama motor ternama yang akan terlibat dalam MotoGP 2019 untuk menyediakan enjin yang padu untuk team masing-masing. Korang boleh tengok kat bawah ni.

Sumber: www.motogp.com

KATALAKI: Selain daripada Hafizh Syahrin, korang dah decide ke belum nak sokong rider yang mana? Kita sokong Franco Morbidelli kali ni. VR46 & MM93 is too mainstream.

Last modified: 5 March 2019