5 Benda Ni Kena Bawa Pergi Stadium Sabtu Ni

Aktif, Bola

Sumber : goal.com

Dua hari berturut-turut, 26 & 27 November 2018, FAM dah announce yang 40,000 ribu tiket dah pun terjual dalam masa dua hari! Hebat rakyat Malaysia. Sokongan macam ni yang kita perlukan untuk bagi semangat dekat Harimau Malaya yang akan bertemu Thailand di separuh akhir pertama Piala AFF pada 1 Disember ni di Stadium Nasional Bukit Jalil!

Yang tak berjaya beli tiket secara online tu jangan nak menangis teresak-esak sangat. Khamis ni, 29 November 2018 korang dah boleh beli dekat kaunter tiket yang disediakan dekat Stadium Nasional Bukit Jalil. Dah settle bab tiket, make sure korang bawa 5 benda ni masa nak ke stadium sabtu ni okeh!

Bendera Atau Mafla Harimau Malaya

Kalau yang dah ada tu bagus. Tak kisah la dah macam belacan ke baru beli sabtu lepas ke. Yang penting korang bawa! Kalau takde lagi, kat area stadium masa game sabtu nanti ada banyak jual. Bawa je duit. Jangan mengada nak beli guna debit card sudah. Kenapa nak kena ada bendera atau mafla Harimau Malaya? Senang sikit kita nak amuk bila Harimau Malaya score nanti. Malaysia score je, korang melonjak la sambil kibarkan bendera atau mafla. Nak kibar sepanjang game pun boleh kalau larat. Macam Ultras Malaya yang  tak henti-henti kibarkan bendera Malaysia. Power!

Powerbank

Sumber : techradar.com

Dah memang confirm masa ni la korang nak record video, tangkap gambar, selfie dan macam-macam lagi lah yang korang nak buat dengan smartphone masa hari pertarungan Harimau Malaya. Tu semua kenangan untuk korang juga yang merasa turun ke stadium demi tanah air tercinta!

Tapi korang kena ingat, kalau dah ramai orang kat stadium, internet line memang confirm congested. Nak post story ke gambar ke lepas game pun okay. Yang paling penting korang enjoy game Harimau Malaya dan support bermati-matian!

Baju Hujan

Tak cool la tengok bola pakai payung kan. Mana la tau kot-kot hujan masa game sabtu ni. Malaysia sekarang ni pun musim hujan. Korang standby awal-awal baju hujan kalau perlu. Kalau rasa leceh nak bawa, henjut je la kalau hujan pun. Basah pun basah la kalau hujan. Demi Harimau Malaya! Tapi kalau yang bawa chinggey tu, jangan bagi chinggey pakai baju warna putih, hujan kang basah habis belanja. Harimau Malaya pun boleh hilang fokus kat dalam padang.

Warna Baju

Warna baju yang korang pakai pun penting gak masa game Harimau Malaya nanti. Kalau pakai jersi Malaysia memang cun! Tapi kalau takde jersi, pakai baju hitam paling selamat. Mafla lilit kat leher. Settle. Korang kena aware juga apa warna jersi pihak lawan. Macam apa yang terjadi masa game lawan Myanmar hari tu. Ada yang pakai baju merah. Kami pun konfius brader tu sokong Harimau Malaya ke sokong Myanmar.

Nafsu Harimau Malaya

Nafsu Harimau Malaya ni maksudnya semangat yang membara ibarat jiwa yang meronta-ronta untuk sokong Harimau Malaya nanti. Jangan tinggal kat rumah lak semangat tu. Masuk je stadium, sorak habis-habisan. Nak jerit sampai terkeluar anak tekak pun jerit je! Harimau Malaya memang perlukan sokongan dan semangat kita semua. Bagi Thailand pula yang terketar-ketar kat Stadium Nasional Bukit Jalil nanti. Ekor!

All the best untuk Harimau Malaya yang akan turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil sabtu ni. Harimau Malaya kena bawa bekalan gol yang selesa untuk perlawanan separuh akhir kedua dekat Stadium Rajamangala nanti!

GIVEAWAY: Sepasang Tiket Separuh Akhir Pertama Di Stadium Bukit Jalil Untuk 5 Pemenang!

Choppp! Kalau pergi stadium takde tiket tak guna gak bosskurr. Istimewa untuk korang yang singgah baca artikel Thelaki, kitorang nak bagi sepasang tiket untuk korang tengok match Malaysia VS Thailand kat Stadium Nasional Bukit Jalil sabtu ni! Acaner korang nak menang tiket ni? Klik SINI

KATALAKI: Ada yang dah plan nak turun ke Stadium Rajamangala?

Last modified: 3 December 2018