5 Benda Perlu Tahu Sebelum Beli Rumah Untuk Orang Muda

Collab, Life x Tips, Sembang

Antara impian kita semua bila dah menjangkau usia yang lebih matang ni tentunya ingin memiliki sebuah rumah idaman. Dengan adanya rumah sendiri, bayangkan betapa bangganya perasaan bila memiliki sebuah rumah sendiri. Amat berbeza perasaan memiliki sebuah rumah sendiri berbanding dengan rumah sewa. Perasaan menumpang tu tidak lagi wujud, dan yang paling best, bila ada rumah sendiri, boleh buat macam-macam seperti menghias dengan cantik dan lawa, boleh ajak sanak saudara atau kawan-kawan datang singgah. Memiliki rumah sendiri juga tak rugi kerana ada peningkatan harga dari masa ke semasa pada sektor hartanah, jadi rumah semakin tahun semakin meningkat.

Untuk mereka yang bercadang untuk mula pelan untuk membeli rumah, Thelaki nak ingatkan 5 perkara yang perlu tahu dalam proses pembelian rumah. Moga-moga tips dan cadangan ini berguna untuk semua yang ingin memiliki, khususnya rumah pertama.

1. FINANCIAL CHECK LIST

Antara perkara yang penting dalam pembelian rumah, tentunya adalah financial status seseorang. Jadi, apa yang kena pastikan terlebih dahulu adalah financial check list. Senaraikan komitmen bulanan yang sedia ada, seperti bill bulanan, duit kereta, PTPTN, duit untuk ibu dan ayah, atau keluarga. Once kita dah senaraikan komitmen ini, baru kita boleh buat kira-kira untuk rumah idaman yang kita nak beli tu.

Perkara yang paling penting juga yang kita kena ingat, untuk membeli rumah ini perlukan kos duit yang banyak, seperti persiapan duit loan, duit stamp duty, lawyer, renovation dan sebagainya. Maka pastikan jangan belanja berlebihan sebab takut nanti tiba-tiba banyak pula perlu diperuntukan untuk rumah idaman tu. Kami cadangkan, sebelum proceed membeli rumah, pastikan korang sudah ada duit simpanan yang secukupnya, duit simpanan ini boleh digunakan sebagai financial back-up jika perlu digunakan semasa proses pembelian rumah.

2. DOKUMEN PENTING

Ramai yang tak tahu, untuk proses pembelian rumah, ianya memerlukan bukan satu dua dokumen. Tetapi banyak jenis dokumen yang diperlukan untuk melancarkan proses pembelian rumah. Dokumen-dokumen lengkap ini diperlukan untuk membuat permohonan dalam pembiayaan rumah.

Jadi bila dah set nak beli rumah jenis apa, pastikan korang siap sediakan dokumen-dokumen seperti dibawah ini:

Senarai dokumen diperlukan untuk yang bekerja dengan syarikat swasta.

1. Salinan photostat IC.

2. Slip gaji terkini untuk 3 bulan.

3. Penyata bank terkini untuk 3 bulan.

4. Penyata tahunan EPF.

5. EA Form (jika perlu).

6. Surat pengesahan pekerjaan daripada tempat bekerja.

7. Dokumen sokongan seperti penyata ASB, tabung haji dan lain-lain.

Senarai dokumen diperlukan untuk yang bekerja sendiri:

1. Salinan photostat ic.

2. SSM.

3. Borang B dengan resit cukai.

4. Penyata akaun semasa terkini untuk 6 bulan (Audit 2 tahun).

3. SIMPAN ALL IN ONE

Bila dah ada semua dokumen-dokumen penting, resit, surat dan dokumen daripada bank dan lawyer. Pastikan ianya disimpankan dalam satu file folder yang sama supaya taratur dan tiada dokumen atau surat penting hilang atau misplace. Pastikan juga file folder ini disimpankan ditempat yang selamat dan mudah untuk kita rujuk jika diperlukan. Nak lagi best, pastikan juga korang aturkan surat/dokumen penting ini in alphabetical order atau sort it mengikut senarai pilihan yang teratur.

4. CARI PEMAJU YANG POWER

Zaman sekarang ni, ada banyak cara yang terbaik untuk kita mencari rumah untuk dibeli secara online antaranya seperti di Mudah.my, iProperty, atau di Facebook mahupun di Twitter dan Instagram. Jadi sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah, pastikan anda selidik pemaju atau penjual rumah tersebut, pastikan mereka adalah syarikat yang berdaftar dan mempunyai bukti penjualan yang kukuh.

Pastikan juga pemaju atau penjual rumah yang kita inginkan itu adalah yang bertauliah atau senang citer, power lah. Antara pemaju yang power, antaranya seperti pemaju rumah UDA Property. Kalau korang nak tahu info lebih lanjut tentang rumah-rumah dengan harga yang berpatutan serta mampu milik dibawah senarai pemaju UDA Property, korang boleh check out event Absolut Food Festival 2019. Dekat situ, bukan hanya ada bermacam jenis pilihan makanan, tetapi boleh juga check out rumah-rumah menarik yang di tawaran oleh UDA Property. UDA Property juga turut membawakan seluruh produk hartanah dari seluruh Malaysia (Terengganu, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor)

Dalam kolaborasi UDA Property bersama Absolut Brand, mereka membawakan acara Absolut Food Festival. Bukan saja menampilkan jamuan makanan-makanan yang melazatkan, di acara Absolut Food Festival ini juga para pengunjung dapat melihat dan mencari rumah yang bersesuaian dengan harga yang berpatutan, tak lupa juga consultation rumah yang diberikan secara percuma selain tawaran discount untuk pakej pembelian rumah yang menarik yang boleh didapati hanya di Absolut Food Festival. Jadi jangan lepaskan peluang yang terbaik ini untuk mencari rumah idaman, datang je ke Absolut Food Festival pada 6 hingga 8 September 2019, bertempat di Padang B, Angsana, Johor Bahru Mall.

5. BEFORE AND AFTER

Jangan ingat keadaan kewangan akan kembali seperti normal selepas berjaya membeli rumah. Kerana dalam pelan untuk membeli rumah, kewangan sebelum dan selepas harus diambil kira juga. Contoh, sebelum proses membeli rumah, kena pastikan bajet yang mencukupi seperti duit muka/down payment, yuran guaman, insurans pinjaman perumahan, bayaran progress dan proses pembinaan siap, deposit utiliti dan kos penyelenggaran.

Bajet kewangan selepas selesai proses serahan kunci harus di ambil kira juga. Antaranya seperti bajet untuk renovation rumah untuk perkara basic seperti pemasangan kipas, lampu, grill/pintu dan kabinet dapur dan sebagainya, bayaran bulanan pinjaman rumah, cukai taksiran/cukai tanah. Bajet kewangan selepas pembelian rumah juga harus di ambil kira ya kawan-kawan. Oh ya, tak lupa juga kalau ada bajet extra, boleh masukkan sekali major renovation seperti floor tiles, plaster ceiling. Salah satu tips yang terbaik adalah untuk catatkan kronologi pinjaman rumah dari awal sehinggalah proses siap serahan kunci.

KATALAKI: Haa sambil datang makan kat Absolut Food Festival 2019, boleh juga usha rumah idaman kat sana. Menarik ni…

Last modified: 4 September 2019