5 Benda Yang Korang Belum Tahu Pasal Bryan Cranston & Breaking Bad

Sembang

Ramai yang mula tercari-cari siapa sebenarnya Bryan Cranston selepas impak lakonan hebat sebagai Walter White dalam drama bersiri Breaking Bad yang mula ditayangkan pada tahun 2008. Tapi sebenarnya, Bryan Cranston yang dilahirkan pada tahun 1956 sebelum ni memang dah popular dalam dunia lakonan menerusi siri komedi Seinfeld pada tahun 1994 dan Malcolm in the Middle pada tahun 2000.

Image Via : businessinsider.my

Selain daripada terlibat dalam berpuluh-puluh drama bersiri, Bryan Cranston pernah gak berlakon dalam filem ternama antaranya Saving Private Ryan (1998), Drive (2011), John Carter (2012) dan Argo (2012). Jadi, disebabkan filem terbaru El Camino: A Breaking Bad Movie baru je ditayangkan kat Netflix sekarang, ini 5 benda yang mungkin korang belum tahu lagi pasal Bryan Cranston dan drama bersiri Breaking Bad.

Image Via : imdb.com

PERNAH TERLIBAT DENGAN POWER RANGERS

Selain berlakon, Bryan Cranston juga aktif menyumbangkan suara untuk beberapa watak dalam drama dan filem. Pada tahun 1993, Bryan Cranston pernah terlibat dalam drama bersiri Mighty Morphin Power Rangers dan menyumbangkan suara untuk watak Twinman dan Snizard.

Image Via : inverse.com

Pada tahun 2017, Bryan Cranston sekali lagi terlibat dalam franchise Power Rangers untuk filem Power Rangers yang ditayangkan pada tahun 2017, memegang watak sebagai Zordon.

PENGEBUMIAN WALTER WHITE

Pada tahun 2013, selepas episod terakhir Breaking Bad ditayangkan, seramai 200 orang peminat Breaking Bad berkumpul di Albuquerque Sunset Memorial Park untuk mengadakan pengebumian olok-olok sempena memperingati watak Walter White yang mati dalam episod terakhir Breaking Bad.

Image Via : nypost.com

Image Via : abqjournal.com

LAMAN WEB WALTER WHITE MASIH LAGI AKTIF

Kalau korang boleh ingat lagi, dalam salah satu episod Breaking Bad, anak kepada Walter White iaitu Walter Jr. ada cipta sebuah laman web untuk mengumpul dana bagi menampung kos rawatan kanser Walter White. Sehingga kini, laman web www.savewalterwhite.com masih lagi boleh diakses.

WALTER WHITE & JESSE PINKMAN SEHIDUP SEMATI

Sejak digandingkan bersama dalam Breaking Bad pada tahun 2008, persahabatan Bryan Cranston dan Aaron Paul bukan kekal dalam Breaking Bad je, tapi masih lagi berkawan baik sehingga menubuhkan sebuah syarikat minuman yang dikenali sebagai Dos Hombres pada tahun 2019.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bryan Cranston (@bryancranston) on

Ini antara ayat-ayat manis Jesse Pinkman dan Walter White menerusi caption yang dimuat naik oleh Aaron Paul di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

#TBT To a time that feels like only yesterday but also feels like a lifetime away. My god how time flies. Having a new show premier last night got me thinking about the show that changed everything for me. Not only was I working on a show that would change the face of television but I was also working with people that would change me entirely. To quote the man himself “Drink that bottle of wine. Burn that special candle. You don’t know how long you will be here so you might as well enjoy the things that you have.” Bryan my beautiful friend…thank you for your wise words and thank you for your friendship. I have learned so much from you my friend. Hugs and kisses all over that beautiful face of yours. Until the next one.💣🔫💊🍗✈️⚖☠🚬⚗⚗⚗⚗⚗⚗💎

A post shared by Aaron Paul (@aaronpaul) on

 

View this post on Instagram

 

Congratulations to my dear friend and mentor of mine Bryan Cranston on his brand new Tony Award. So happy for you brother.

A post shared by Aaron Paul (@aaronpaul) on

LEGENDA MENINGGAL PADA HARI TAYANGAN

Pelakon legenda Robert Forster mula terlibat dalam Breaking Bad pada tahun 2013 memegang watak Ed Galbraith, seorang lelaki tua yang menjual penyedut habuk dan dalam masa menawarkan servis mencipta identiti baru untuk orang yang memerlukan.

Image Via : deadline.com

Dalam filem terbaru El Camino: A Breaking Bad Movie, Robert Forster kembali memegang watak Ed Galbraith dan merupakan salah satu watak penting yang menyelamatkan Jesse Pinkman untuk mencipta identiti baru. Pada 11 Oktober 2019, kali pertama filem El Camino: A Breaking Bad Movie mula ditayangkan kat Netflix, Robert Forster disahkan meninggal dunia.

KATALAKI: Korang dah tengok ke belum filem El Camino: A Breaking Bad Movie? Puas hati ke tak? Korang boleh baca jap pasal El Camino: A Breaking Bad Movie kat sini.

Last modified: 26 October 2019