5 Billionaire Yang Tidak Tersenarai Dalam Forbes!

Sembang, ZeKool

Korang ingat lagi tak article yang aku tulis tentang 5 Billionaires Paling Muda Di Dunia & Perkerjaan Awal Jutawan Di Malaysia? Dalam article itu aku ada share beberapa orang billionaires yang berjaya disenaraikan dalam senarai Forbes Most Rich People tapi rupanya-rupanya ada beberapa orang billionaires yang tak dimasukkan di dalam senarai ini.

Mesti korang pelikkan, kenapa dorang ini tidak tersenarai dan siapakah dorang ini? Jangan risau sebab hari ini aku akan share dengan korang lima billionaires yang tidak tersenarai dalam Forbes!

ALI ABDULLAH SALEH

Kalau korang nak tahu, Ali Abdullah Saleh merupakan bekas President Yaman yang mula berkuasa dari tahun 22 May 1990 sehingga 27 February 2012. Dia merupakan President Yaman yang pertama selepas People Democratic Republic of Yemen dan Yemen Arab Republic bergabung untuk membentuk Republic of Yemen.

Semasa Arab Spring yang berlaku pada 2011 terjadi, Ali Abdullah Saleh telah dibuang dari menjadi President Yaman dan telah diganti oleh Abdrabbuh Mansuh Hadi. Sepanjang dia memegang jawatan sebagai President Yaman, dia dikatakan berjaya mengumpul harta daripada kerajaannya sendiri yang dianggar bernilai kira-kira USD30 Billion sehingga USD62 Billion. Pada 4 Disember 2017, dia telah dibunuh oleh penembak tepat yang diupah oleh Houthi Movement!

ZINE EL ABIDINE DEN ALI

Seorang lagi billionaire yang tidak tersenarai adalah Zine El Abidine Den Ali ataupun lebih dikenali sebagai Ben Ali. Seperti Ali Abdullah Saleh, Ben Ali juga merupakan seorang bekas president tapi untuk negara Tunisia dan telah dikeluarkan selepas Arab Spring berlaku. Dia telah menjadi president untuk negara Tunisia dari tahun 1987 sehingga 2011.

Dia dikatakan mempunyai harta dan aset yang tersembunyi sebanyak USD17 Billion yang mana sebahagiannya merupakan harta kerajaan Tunisia. Semasa Arab Spring berlaku, Ben Ali dan keluarganya bertindak untuk melarikan diri ke Arab Saudi namun berjaya diberkas oleh Interpol dan telah disabitkan atas kesalahan money laundering dan drug trafficking!

VLADIMIR PUTIN

Kalau korang nak tahu, Vladimir Putin sebenarnya merupakan orang yang paling kaya di dunia dan mempunyai harta yang lebih banyak daripada Bill Gates. Namun disebabkan harta yang dimilikinya telah dirahsiakan dan disembunyi di beberapa account bank rahsia seluruh dunia, dia tidak diberikan gelaran tersebut. Dia dianggarkan mempunyai harta sebanyak USD200 Billions!

Vladimir Putin telah menjadi President of Rusia dari tahun 2002 sehingga tahun 2008 sebelum jawatan itu telah diambil oleh Dmitry Medvedev yang mana telah menjadi President of Rusia sehingga tahun 2012. Namun jawatan itu sekali lagi telah diberikan semula kepada Vladimir Putin!

BASHAR AL-ASSAD

Seorang lagi President dan juga diktator yang tidak disenaraikan dalam Forbes adalah Bashar Al-Assad. Bashar telah menjadi President of Syria sejak dari tahun 2000 lagi manakala keluarganya telah memerintah Syria sejak dari tahun 70-an.

Dia telah diangkat menjadi President of Syria pada tahun 2000 selepas ayahnya meninggal dunia. Seperti diktator-diktator yang lain, dia juga mempunyai harta tersembunyi yang berjumlah lebih dari USD120 Billion walaupun kekayaan rasmi yang dilaporkan sekitar USD1.5 Billion sahaja.

HOSNI MUBARAK

Kalau korang perasan, semua nama yang aku share ini mempunyai persamaan iaitu sama ada dorang bekas president sesebuah negara atau pun masih lagi menjadi pemerintah. Billionaire terakhir yang aku nak share ini juga merupakan bekas president iaitu Hosni Mubarak.

Juga sama seperti pemerintah dari timur tengah yang lain, Hosni Mubarak juga telah digulingkan semasa Arab Spring yang berlaku pada tahun 2011. Dia merupakan President Mesir yang keempat dari tahun 1981 sehingga 2011. Dia dikatakan mempunyai harta sebanyak USD70 Billion namun ada yang menyatakan yang harta dia sebenarnya melebihi USD700 Billions!

KATALAKI: Senang je nak jadi billionaire, korang just perlu jadi seorang pemerintah kuku besi je hahaha!

Last modified: 17 December 2019