5 Billionaires Paling Muda Di Dunia!

Sembang

Bagi orang-orang yang dibawah umur 30, selalunya dorang inginkan duit yang banyak. Tak kiralah dorang nak duit itu untuk selesaikan kos pelajaran ataupun nak berseronok. Aku sendiri dulu lepas habis sekolah terus fikir nak jadi taukeh kedai makan!

via GIPHY

Tapi tak ramai yang dapat apa yang dorang nak. Banyak halangan yang akan datang lagi-lagi time kita tengah muda. Tapi ada juga mereka yang bawah umur 30 tapi dah pun bergelar Billionaires! Korang nak tahu siapa tak dorang ini? Meh sini aku nak share dengan korang!

EVAN SPIEGEL

Korang ada main Snapchat tak? Kalau korang nak tahu Evan merupakan founder kepada aplikasi Snapchat ini. Dia telah mendapat gelaran Billionaires sejak dia berumur 25 tahun lagi pada tahun 2005. Ini membuatkan dia menjadi orang yang paling muda mendapat gelaran Billionaires pada masa itu.

Sekarang ini aset dia telah bernilai lebih daripada 2.1 Billion. Aplikasi Snapchat ini merupakan satu aplikasi perkongsian gambar dan aplikasi ini dilaporkan bernilai lebih daripada USD10 Billion pada tahun 2014. Memang kaya teruk Evan Spiegel ni!

ALEXANDRA ANDRESEN

Alexandra ini merupakan Billionaires yang paling muda pada masa sekarang. Dia sebenarnya adalah anak kepada Johan H. Andresen Jr, owner kepada Ferd AS iaitu syarikat hartanah terbesar di Norway. Dia kini berusia 22 tahun.

Pertama kali dia mendapat gelaran Billionaires adalah pada tahun 2016 yang mana ketika itu dia baru berumur 19 tahun. Sejak daripada itu, dia masih lagi memegang gelaran Billionaires paling muda yang diberikan oleh Forbes sehingga hari ini!

MARK ZUCKERBERG

Image Via: https://evoke.ie

Walaupun boleh dikatakan semua orang tahu siapa dia Mark Zuckerberg, tapi aku rasa aku kena masukkan dia dalam list ini kerana walaupun kebanyakan Billionaires yang ada sekarang mendapat gelaran Billionaires disebabkan harta yang diwarisi, lain pula kisahnya dengan Mark.

Mark Zuckerberg mula menjadi kaya apabila laman social Facebook miliknya mula menjadi mulut orang ramai yang mana ketika itu dia cuma berusia 23 tahun. Setakat hari ini, Mark Zuckerberg dianggarkan mempunyai harta bernilai USD72 Billion!

GUSTAV MAGNAR WITZOE

Gustav Magnar Witzoe merupakan antara pemilik syarikat SalMar ASA iaitu salah satu syarikat pengeluar product berdasarkan ikan Salmon. SalMar ASA boleh dikatakan merupakan syarikat pengeluar product berdasarkan ikan salmon terbesar di Norway.

Menurut laporan Investopedia, Gustaz memiliki net worth sebanyak USD3 Billion dan dia baru berusia 26 tahun sahaja. Dia memiliki kekayaan ini setelah ayahnya, Gustav Magnar Sr mewarisi kekayaan ini kepadanya pada tahun 2013.

JOHN COLLISON

John Collison merupakan owner dan juga co-founder untuk syarikat Stripe, sebuah syarikat yang membina software yang digunakan pada website atau pun aplikasi bagi memudahkan mereka menerima payment melalui credit card ataupun internet banking daripada pelanggan.

Dia dan abangnya, Patrick Collison telah berjaya membuatkan net worth untuk syarikat ini meningkat kepada USD20 Billion. John Collison baru sahaja berumur 28 tahun dan mempunyai net worth sebanyak USD2.1 Billion. Abangnya pula berumur 30 tahun dan mempunyai net worth yang sama dengannya iaitu USD2.1 Billion.

KATALAKI: Bestnya lahir-lahir dah kaya. Aku nak cecah Thousandaires pun susah hahahaha!

Last modified: 7 August 2019