5 Lokasi Selamat Untuk ‘End Of The World’

Sembang, ZeKool

Kalau apa-apa terjadi kat dunia ni, korang dah ada prepare? Dah ada plan dah duduk kat mana? Dah ada bekalan makanan dan kelengkapan yang mencukupi?

Tak dinafikan dunia pada harini semakin hari semakin tenat. Sejak kita memasuki tahun 2020 ni dah bermacam-macam krisis sudah yang kita hadapi, dan masih lagi hadapi dengan rantaian penularan wabak Covid-19 yang masih lagi tidak putus.

Terdapat juga bermacam-macam jenis individu mahupun kumpulan yang telah pun meramalkan tentang pengakhiran di dunia ini bagaimana. Ada yang meramalkan dunia bakal menghadapi zaman zombie apocalypse serta gempa bumi dashyat yang bakal terjadi bila-bila masa saja.

Tak kisah lah bagaimana atau pun sekali pun yang senario yang bakal terjadi, golongan-golongan ini sudah pun membuat persediaan yang terdahulu sekiranya berlaku apa jua jenis krisis di dunia. Jom kita usha 5 bunker keselamatan yang dibina untuk ‘end of the world’. Ada yang pernah dibina dan juga ada yang masih lagi wujud.

MOUNT WEATHER

Mount Weather atau juga dikenali sebagai Mount Weather Emergency Operations Center adalah lokasi kemudahan ketenteraan awam yang terletak dipertengahan negeri Virginia, Amerika Syarikat. Ianya juga adalah lokasi yang digunakan sebagai pusat operasi agensi penguurusan kecemasan persekutuan atau Federal Emergency Management Agency.

Dibina pada seawal tahun 1959, ianya juga adalah pusat kemudahan penempatan semula untuk pegawai awam dan tentera tertinggi sekiranya berlaku bencana negara. Ianya juga adalah salah satu lokasi persediaan untuk doomsday sekiranya berlaku di Amerika Syarikat. Lokasi ini juga dibina ketika perang dingin atau Cold War.

BURLINGTON BUNKER AKA COLD WAR CITY

Image via: https://www.atlasobscura.com/

Berlokasi di Corsham Wilshire, United Kingdom. Bunker ini terwujud sejak tahun 1950an dan lokasinya seluas 35 ekar. Ianya adalah bunker yang dibina untuk menempatkan seramai 4,000 orang sekiranya berlaku serangan nuklear. Penduduk akan dapat tinggal disini selama tiga bulan, dibawah tanah sedalam 100 kaki.

Ketika perang dingin berakhir, tapak 3 digunakan sebagai laman umpan sehingga tidak diklasifikasikan lagi pada tahun 2004. Sejak itu, ianya tidak pernah digunakan dan ketika lokasi ini dijual, ianya masih lagi menyimpan barangan lama seperti set teh, perabot dan banyak lagi barang yang tidak dikemas dan tidak digunakan.

Bunker sepanjang hampir satu batu ini mempunyai tasik bawah tanah, pejabat doktor dan pergigian, dan semua maklumat yang diperlukan untuk usaha membina semula negara dalam peta, buku, dan database. Perdana Menteri juga mempunyai suite sendiri disini.

BEIJING’S UNDERGROUND CITY

Dengan niat untuk menempatkan setiap rakyat di Beijing dengan populasi sebesar 6 juta, pemerintah Mao Zedong mula membina Dìxià Chéng atau lebih dikenali sebagai Underground City yang dibina bermula pada tahun 1969. Lokasi ini juga dikenali sebagai The Underground Great Wall dan merangkumi 33 batu persegi berselang seli antara 30 dan 60 kaki di bawah tanah. Lokasi ini juga dikatakan kalis air, kalis gas, dan dibina untuk menahan serangan biologi dan nuklear.

Lokasi keselamatan ini sangat besar sehinggakan waktu kegemilangannya, bunker ini mempunyai kelengkapan seperti bunker dari negara luar seperti kemudahan perubatan, termasuk juga restaurant, panggung wayang dan juga kilang serta ladang. Underground City ini juga terdapat hampir 90 pintu masuk yang diketahui dan dikhabarkan bahawa ia jauh lebih banyak.

CONCRETE-CLAD FORTRESS

Untuk lokasi yang terletak di Denison Texas Amerika Syarikat ini pula, jika korang ada duit pocket setebal tiga juta USD, korang boleh duduk disini dengan selamat selama lebih kurang enam bulan atau sama dengan jumlah masa yang diperlukan oleh mesin diesel untuk menghidupkan rumah bunker ini tanpa memerlukan pengisian semula.

Dalam pada masa yang sama, dinding bertetulang konkrit dan keluli, 80 panel solar, dan sistem penapisan air osmosis semula memberikan keselamatan dan bekalan haba dan air yang berterusan kepada penduduk.

VIVOS XPOINT

Bertempat di Black Hills di negeri South Dakota, Amerika Syarikat. Ianya adalah lokasi terbaharu komuniti survival bawah tanah yang menampilkan bunker berasingan untuk menempatkan kira-kira 575 keluarga dan isi rumah dengan kebolehan untuk menampung populasi bawah tanah ataupun underground kira-kira sebanyak 5,000.

Gundukan atau kelompok di lanskap South Dakota ini dibentuk oleh ratusan bunker tentera yang berasaskan daripada konkrit, yang digunakan kembali untuk mewujudkan komuniti perlindungan terbesar di dunia. Bunker yang terdapat dilokasi ini dikatakan telah dibina pada tahun 1942 sebagai depoh penyimpanan barangan dan keperluan tentera yang dikenali sebagai Fort Igloo, namun ianya dimansuhkan pada tahun 1967.

Kini, lokasi ini diambil semula oleh syarikat perlindungan Vivos untuk menjadikan semula sebuah kompleks perlindungan terbesar seluas besar sekitar 18 batu persegi. Menurut Vivos, setiap bunker boleh penempatkan sebanyak 10 sehingga 20 orang dengan bekalan keperluan yang mampu bertahan selama setahun. Yang menarik sekali, didalam bunker ini terdapat skrin LED yang terletak di dinding untuk mensimulasikan perubahan pandangan dunia luar, sebagai penganti tingkap sebenar.

Dilokasi ini juga turut dilengkapkan dengan kedai runcit, klinik perubatan, shooting range, dan spa hot tub jika dan bila ianya selamat untuk digunakan. Untuk keselamatan, kompleks perumahan ini juga dilengkapkan dengan pengawal terlatih, sistem kamera dua puluh empat jam.

KATALAKI: Mungkin kita tak pernah terfikir apa yang akan terjadi, nak-nak lagi kalau betul la ada serangan zombie tu kan? huhuhu…

Last modified: 27 May 2020