5 Cara Bersenam Mudah di Tempat Kerja!

Collab, Sembang

Tahukah korang yang duduk terlalu lama semasa dipejabat ataupun semasa membuat kerja boleh mengakibatkan pengaliran darah dan oksigen ke otak menjadi perlahan dan menjejaskan kemampuan kita untuk berfikir sebetulnya. Ini juga boleh mengakibatkan kita sakit kepala semasa membuat kerja.

Selain itu, posisi kita semasa duduk juga memainkan peranan yang penting kerana kalau tersalah posisi, ia akan mendatangkan kesan tekanan yang hebat pada leher terutamanya pada bahagian tulang yang bersambung kepada kepala kita.

Jadi untuk hari ini, aku nak share dengan korang beberapa senaman mudah yang korang boleh lakukan semasa di pejabat yang mana korang tak perlu ruang yang besar pun. Cukup korang ada dekat meja pejabat korang pun dah boleh buat dah senaman mudah ini.

TRICEPS DIPS

Untuk melakukan senaman ini, apa yang korang perlukan adalah sebuah kerusi. Pastikan kerusi yang korang gunakan itu tidak beroda. Semasa sedang duduk, korang perlu kedepankan badan korang dan pastikan korang memandang ke depan.

Selepas itu korang cuma perlu mencangkung sedikit dengan tangan kebelakang memegang bahagian tempat duduk kerusi korang. Selepas itu bengkokkan siku korang dan kebawahkan bahagian tubuh badan korang sedikit. Pastikan bahagian tubuh badan korang dekat dengan kerusi korang. Ulang step ini sebanyak 20 kali.

ARM PULSES

Senaman ini sangat bagus bagi merenggangkan bahagian bahu dan juga pada bahagian triceps korang. Cara untuk lakukan senaman ini adalah sangat mudah. Apa yang perlu lakukan adalah cuma berdiri sahaja di meja pejabat korang.

Selepas itu apa yang korang perlu lakukan adalah pastikan tangan korang lurus disisi dan tapak tangan korang menghadap kebelakang. Kemudian perlahan-lahan tarik tangan korang kebelakang dalam keadaan lurus sentiasa selama 20 saat. Lakukan senaman ini sebanyak 20 kali juga.

OBLIQUE TWIST

Untuk melakukan senaman ini, korang kena pastikan korang mempunyai kerusi yang boleh berpusing-pusing. Apa yang korang lakukan adalah korang perlu duduk dalam keadaan badan yang lurus dan pastikan kaki korang tidak mencecah lantai.

Kemudian luruskan tangan korang dan pegang bahagian tepi meja korang. Selepas itu, dengan menggunakan tangan dan daya tolakan, korang perlu memastikan badan korang bergerak ke kiri dan ke kanan. Senaman ini sangat bagus untuk merenggangkan otot pada bahagian pinggang korang. Lakukan senaman ini sebanyak 15 kali.

LEG LIFT

Satu lagi senaman yang korang boleh lakukan semasa korang duduk adalah Lower-Abs Leg Lift. Pertama sekali yang korang perlu lakukan adalah pastikan korang duduk dalam keadaan badan yang lurus. Pastikan kedua-dua kaki korang juga lurus dan memijak lantai.

Kemudian korang perlu angkat kaki korang satu persatu secara perlahan-lahan. Jangan lupa untuk tarik nafas setiap kali korang angkat kaki korang. Kalau korang nak lebih cabaran, korang juga boleh angkat kedua belah kaki korang secara serentak. Lakukan senaman ini sebanyak 20 kali.

WRISTS AND FINGERS STRETCH

Kebanyakan kerja pejabat memerlukan korang melakukan aktiviti seperti menaip dan menulis. Lagi-lagi kalau korang penulis seperti aku, senaman yang aku tunjukan ini sangatlah berguna kepada korang. Pertama sekali apa yang korang perlu lakukan adalah berdiri tegak dan pastikan kedua-dua tapak tangan korang diletakkan pada meja.

Kemudian pusing sedikit demi sedikit bahagian hujung jari korang mengadap bahagian badan badan korang. Jangan lakukan terlalu cepat dan memaksa. Pusing tapak tangan korang sampai korang dapat rasakan tekanan pada tangan korang.

Perkeso [email protected] Challenge 2019!

Hah ini ada satu benda menarik yang korang boleh kongsikan dengan bos dan juga rakan sekerja korang. Perkeso telah melancarkan satu campaign yang dipanggil Perkeso [email protected] Challenge 2019. campaign ini merupakan satu kerjasama antara Perkeso dan juga BookDoc.

Dalam challenge ini, korang dan rakan sekerja korang perlu mendaftarkan syarikat tempat korang bekerja. Kemudian korang perlu memuat turun aplikasi BookDoc di App Store dan juga di Google Play. Selepas itu korang dan rakan sekerja korang perlu collect point sebanyak yang mungkin untuk mendapatkan gelaran ‘The Most Active Workplace in Malaysia’ untuk tempat kerja korang.

Macam mana nak collect point? mudah sahaja. Korang cuma perlu banyakkan berjalan. Setiap 3,000 langkah korang akan mendapat 1 point, 6,000 langkah bersamaan dengan 3 point dan 10,000 langkah bersamaan 5 point.

Perkeso telah menawarkan hadiah terkumpul sebanyak RM50,000 untuk korang rebutkan. Selain itu, pemenang juga akan mendapatkan media coverage dan free nutritional and health coaching melalui aplikasi BookDoc selama enam bulan.

Challenge ini akan berlangsung selama tiga bulan bermula daripada 1 Oktober 2019 sehinggalah 31 December 2019. Jadi jangan lepaskan peluang ini dan daftarkan syarikat tempat korang bekerja untuk Perkeso [email protected] Challenge 2019!

KATALAKI: Sambil jaga kesihatan, boleh menang hadiah jugak bro!

Last modified: 11 October 2019