5 Cara Nak Kekal Selamat Dalam PUBG

Game, Tech

Kena bunuh dalam PUBG tu dah jadi benda biasa. Yang tak biasa tu bila dapat winner winner chicken dinner, betul? Tapi, kalau korang memang dah gempak main PUBG, mungkin main PUBG guna sebelah mata pun korang dah boleh menang dan bertahan sampai habis game.

Kalau korang yang jarang merasa winner winner chicken dinner, cuba korang try 5 cara yang kami sediakan ni untuk korang kekal selamat dalam PUBG sampai habis game.

1. Guna Headphones

Selain daripada untuk menjaga ketenteraman awam masa korang main PUBG tu, headphones atau earphones juga penting untuk korang dengar bunyi tapak kaki enemy yang dah dekat dengan korang dan boleh dengar bunyi firing dari arah mana, sama ada dekat atau jauh. Selain tu, korang boleh gak la berinteraksi dengan teammate korang untuk bergerak dan serang secara berkumpulan.

2. Guna Kereta

Kalau korang nak bergerak dengan laju atau pun ke tempat yang jauh, guna kereta yang ada dalam PUBG boleh membantu korang bertahan daripada ditembak enemy. Korang boleh cari kereta kat area rumah atau bangunan yang ada dalam PUBG. Ada banyak jenis kereta yang ada, sama ada kereta biasa, ATV, buggy atau pun jeep.

Motor pun ada gak kalau korang nak guna. Kenderaan yang lebih kecik macam ATV, buggy dan motor lebih laju bergerak tapi senang terkena tembakan kalau enemy tembak. Kenderaan yang lebih besar bergerak agak slow tapi keselamatan korang dalam tu lebih terjamin daripada kena tembak dan boleh naik 4 orang terus. Korang kena pandai pilih ikut situasi okeh.

3. Jangan Tamak

Kalau korang dah cukup barang dan senjata untuk bertempur, jangan tamak nak curi lagi barang dan senjata enemy yang korang dah berjaya bunuh. Kadang-kadang enemy tu bergerak secara kumpulan, dorang dah standby dah nak tembak balik siapa yang bunuh teammate dorang. Tips yang orang selalu guna kalau nak ambik barang ialah ambik barang sambil prone atau meniarap.

Nak ambik barang kat crate yang jatuh daripada kapal terbang pun jangan melulu. Ramai yang berebut tu.

4. Jimat Nyawa

Jangan sia-siakan nyawa korang dengan benda yang tak sepatutnya. Jatuh dari tempat yang tinggi dan kena langgar kereta boleh kurangkan nyawa korang. Keluar dari dalam kereta masa tengah drive pun boleh buat nyawa korang berkurang. Make sure gak korang aware pasal blue zone dalam map. Berbulu je nanti mati sebab nyawa habis dalam blue zone.

5. Menyorok Kalau Ada Red Zone

Kalau korang ada dalam lingkungan radius red zone, korang kena menyorok dalam bangunan untuk elakkan daripada terkena bom red zone tu. Semua dah tahu dah rasanya kot kan? Sebab tu kena selalu aware dengan apa yang ada kat map. Kalau tak nak menyorok, nak lari dari red zone pun boleh, tapi takut kang tengah gopoh berlari tu terserempak lak dengan enemy yang lain.

KATALAKI: Kalau boleh elakkan landing kat tempat tumpuan ramai contohnya macam Paradise Resort atau Bootcamp. Tak sempat nak ambik senjata dah kena tembak.

Last modified: 16 April 2019