5 Cara Tidur Kat Office Dengan “Selamat”

Collab, Sembang, SuperDeals

SuperDeals

Manusia dan tidur memang tak dapat dipisahkan. Robot je yang tak payah tidur. Untuk orang dewasa, tidur yang secukupnya memerlukan 7 hingga 8 jam sehari. Tapi disebabkan dunia teknologi dan media sosial sekarang ni, tidur manusia semakin mudah diganggu. Dah tutup lampu semua, tiba-tiba nak layan Netflix la, group Whatsapp berbunyi la, wife ajak bersenam tengah malam la, belum kira lagi yang kaki PUBG, sampai 3, 4 pagi baru nak tidur!

So, bila masuk office, mesti ada yang mengantuk dan tak cukup tidur terhangguk-hangguk depan PC atau laptop. Ni lah masanya untuk korang gunakan beberapa cara tidur atau power nap yang selamat dan tanpa sebarang gangguan masa kat office. Jangan sampai 7, 8 jam lak tidur kat office. Power nap kat office yang sesuai ialah sekitar waktu lunch, pukul 12.30 tengah hari hingga pukul 2 petang. Pandai-pandai la korang curi masa bila nak power nap, bila nak makan untuk lunch. Let’s go!

Dalam Kereta

Kalau korang park kereta dekat dengan office, memang bonus la untuk korang. Tidur dalam kereta. Kalau korang tidur dalam kereta guna aircond, make sure buka sikit tingkap tu supaya ada pengudaraan baik yang keluar masuk untuk korang bernafas. Dah banyak dah kes orang tidur dalam kereta lepas tu pergi buat selama-selamanya. Nak tidur pun kena hati-hati geng!

Tandas

Kalau office korang punya tandas macam hotel apa salahnya kan? Kalau dah ngantuk sangat tu, try cari posisi yang boek dan selesa untuk power nap dalam tandas. Kalau ada bau pelik melintas depan hidung, buat tak tahu. Teruskan tidur korang. Tapi macam biasa la, tandas tempat yang bahaya kalau terjatuh ke apa. Nak selesa, bawa bantal siap-siap. Belum cuba belum bau, eh, tahu.

Bawah Meja

Sebab tu kalau korang baru masuk kerja kat office, tempat korang bekerja atau workstation korang tu penting. Pilih port yang baek. Boleh baring bawah meja dengan selesa. Bantal dengan selimut boleh beli simpan siap-siap kat bawah meja. Papehal terus landing. Kawtim dengan member sebelah pun penting gak. Dah habis waktu lunch, member boleh kejutkan. Kang tahu-tahu sampai malam tidur bawah meja.

Kat Meja Pakai Spek Mata Hitam

Laptop atau PC pasang movie atau YouTube, ambik spek mata hitam letak kat mata, settle. Member kat sebelah ingat korang sakit mata, bos pula ingat korang tengah kusyuk buat kerja. Nak bagi nampak meyakinkan lagi, laptop atau PC buka email atau powerpoint. Tangan maintain pegang mouse PC.

Kalau Tak Larat Sangat Balik Je La

Kalau tak cukup power nap, memang jalan pun sampai boleh tertidur, korang balik je tidur kat rumah. Lagi selesa. Try minta kebenaran kat bos. Mintak EL ke. Kalau dapat balik awal tu tahniah, kalau tak dapat, teruskan kerja dengan tekun.

Bila dah selamat dapat power nap tentunya perut kita juga akan mula kelaparan. Nak nak kalau kita tidur tu dalam keadaan yang sangat yenyak. Kalau dah lapar tu, macam-macam benda kita rasa nak makan, betul tak? Haa apa kata korang try special offer “Tony Roma’s Dinner Set for Two”, korang hanya perlu bayar RM50 je untuk set makan malam di restaurant Tony Roma’s. Teringin nak try kan? KLIK KAT SINI.

KATALAKI: Siapa pernah nap pastu mimpi jatuh bangunan, angkat peha!

SuperDeals

Last modified: 30 May 2019