5 “Do’s And Dont’s” Time Hari Raya!

Sembang

Ayuh let’s rayaaa…

Ketibaan bulan Syawal merupakan bulan amat dinantikan oleh seluruh muslimin dan muslimat di seluruh dunia setelah sebulan menempuhi Ramadan. Dalam kita menyambut keriangan di Hari Raya Aidilfitri pada 5 June 2019 nanti. Thelaki nak sertakan disini 5 do’s and dont’s penting untuk kita sama-sama take note dan saling ingat dan mengingati.

Do(s)

1. Ziarah

Hari Raya Aildilfitri bukan saja hari untuk kita bermaaf-maafan tapi ianya adalah hari untuk kita ziarah-menziarahi dan juga mengeratkan lagi silaturahim. Jadi bila tiba hari kemangan buat umat islam di seluruh Malaysia ni, adalah lebih baik untuk kita berjumpa dengan sanak saudara.

Bersempena pula dengan musim cuti yang panjang ini, kan lebih elok kalau kita menziarah keluarga-mara yang berjauhan. Kalau dah lama tak balik kampung, pergi la balik kampung. Kalau korang jenis yang takde kampung, apa salahnya kalau buat trip berkunjung ke kampung member korang jugak. Plan hari raya roadtrip, mesti member korang pun syok dan terharu bila korang melawat kampung diorang kan?

2. Simpan Telefon

Semasa berziarah ke rumah tetamu tu, lebih elok dan afdal untuk korang simpan je smartphone korang dalam poket. Tengok smartphone korang bila perlu sahaja contohnya bila nak ambil gambar ataupun selfie. Jangan korang pergi beraya tapi duduk lepak main PUBG atau tengok TV je pulak.

Bersembang atau beramah mesra lah dengan tuan rumah. Cuba cari point-point untuk korang bersembang contohnya sembang pasal cuaca ke, jalan jam ke atau apa saja yang dapat membuahkan berbualan yang menarik.

Image via: Says.com

3. Pakai Yang Elok-elok

Pakai T-Shirt time beraya is actually a big no no. Seeloknya kalau kita pergi beraya tu, pakailah Baju Melayu, kalau tak nak pakai full set pun takpe. Janji korang sarong je Baju Melayu dengan seluar skinny korang tu. Apa yang penting sekali, korang nampak kemas dan segak.

Jangan lupa iron Baju Melayu ataupun Kurta korang. Supaya bila time nak ambik gambar nanti akan sentiasa nampak lawa.

4. Puasa Sunat

Nak tambah lagi banyak point pahala, teruskan pulak dengan berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Atleast bila korang dah puas melantak makanan dan juadah selepas hari raya pertama tu. Korang boleh la jaga dietkan badan korang balik. Tapi kena ingat, hari yang dilarang untuk berpuasa adalah pada 1 Syawal tauu.

5. Sedekah

Kita diingatkan supaya untuk sentiasa bersedekah. Bukan saja pada bulan Ramadan ataupun Syawal. Kalau korang tak pernah bagi duit raya, apa kata tahun ni korang try pulak kongsi rezeki yang ada dengan memberi duit raya. Kalau takut bajet lari, takpe. Ce try bagi duit raya kat orang-orang yang lebih berusia seperti Ibu dan Ayah korang, adik-beradik ataupun atok dan nenek mahupun golongan-golongan emas. Bukan saja dengan bersedekah ni dapat generate extra pahala untuk korang, ianya juga dapat memberikan keberkatan dalam rezeki yang korang terima. Jadi bersedekah lah ya gais.

Kalau kat atas ni aku dah kongsikan 5 benda yang korang disarankan untuk buat. Kat bawah ni pulak senarai untuk benda-benda yang korang tak seharusnya buat. Ayuh follow.

Don’t(s)

Image via: Says.com

1. Makan Terlampau

Kita dinasihati untuk menjamah hidangan Hari Raya Aidiilfitri apabila kita pergi beraya tapi jangan pulak korang melantak dan melanyak terlampau banyak makanan ya. Kena beringat jugak tentang kondisi perut korang. Bila makan terlampau banyak nanti, takut ianya akan menjejas system pencernaan korang pula di saban hari. Makan mengikut kemampuan diri ya kawan-kawan. Kang payah pulak korang nak cari toilet disebabkan hasil pelaburan yang banyak. Heh!

 2. Bazirkan masa

Macam juga yang terdapat pada carta no.2 Do(s) diatas. Time raya nanti jangan korang bazirkan masa dengan PUBG lah, tengok TV main game dan tengok movie memanjang atau tidur terlalu lama. Ya aku tau, bila time raya nanti konfirm banyak cerita yang best-best kat TV tu.

 3. Jangan Menunjuk-nunjuk

Dah beli kereta baru? Dah ada smartphone yang paling latest. Dapat gaji atau bonus yang lumayan? Seeloknya jangan lah kita menunjuk-nunjuk time raya ni. Setiasa beringat untuk stay humble.

4. Lepak Terlalu Lama

Ya, walaupun korang ada member yang dah lama tak jumpa. Tapi jangan pulak korang lepak terlalu lama semasa pergi beraya. Walaupun tuan rumah okay je kalau korang nak lepak lama. Tapi jangan lah sampai terlalu lama. Beringat lah yang tuan rumah tu pun perlu berkongsi masa mereka dengan melayan tetamu-tetamu yang hadir.

5. Jangan Main Mercun

Last sekali yang aku nak ingatkan korang adalah untuk tidak bermain mercun. Memang seronok time hari raya ni dapat sambut dengan meriah dengab permain bunga api ataupun mercun meriam. Tapi jangan main mercun sehingga dapat meletakkan risiko kepada diri korang.

Kalau nak main mercun ataupun bunga api, jangan sampai membuatkan jiran tetangga korang marah pulak nanti. Pastikan semuanya selamat dan pantau kawasan disekeliling. Carilah kawasan yang lebih selamat seperti di taman permainan atau kawasan yang luas. Jangan pulak korang bantai pergi main mercun kat rumah orang. Stay safe guys.

KATALAKI: Apa-apa pun yang penting sekali jangan lupa have fun time berhari raya gais

Last modified: 3 June 2019