5 Filem Klasik Berdasarkan Permainan Video

Game, Tech

Tahukah korang yang filem Rampage lakonan Dwane “The Rock” Johnson adalah berdasarkan video game Rampage yang dikeluarkan pada tahun 1997? Banyak juga movie-movie lama yang berdasarkan permainan video yang telah dikeluarkan.

Walaupun kebanyakan filem-filem ini menerima kritikan yang teruk, ada juga filem yang menerima pujian yang tinggi daripada semua orang termasuk peminat permainan video tersebut.

Hari ni kitorang nak berkongsikan dengan korang beberapa filem yang berdasarkan permainan video dan bagaimana penerimaan peminat permainan video tersebut terhadap filem itu sendiri.

  1. Super Mario Bros

Super Mario Bros adalah sebuah filem yang berpandukan video game dengan nama sama yang dilancarkan pada tahun 1983. Filem yang diperkenalkan pada tahun 1993 ini berkisahkan 2 adik beradik Mario yang dilakonkan oleh Bob Hoskins dan Luigi yang dilakonkan oleh John Leguizamo.

Mereka yang cuba menyelamatkan Daisy (Samantha Manthis) setelah diculik oleh King Koopa/Bowser (Dennis Hopper).

Walaupun movie ni di kritik dengan teruk, Super Mario Bros merupakan filem pertama yang berpandukan permainan video dan disebabkan filem Super Mario Bros, Lebih ramai pengarah-pengarah filem yang mencuba untuk menghasilkan filem genre yang sama.

  1. Mortal Kombat

Filem yang berpandukan permainan pertempuran Mortal Kombat ini diterbitkan pada tahun 1995. Filem ini telah mengungguli carta U.S Box Office selama tiga minggu dan memperolehi kutipan sebanyak USD122 Juta seluruh dunia.

Filem yang berkisahkan beberapa pahlawan dari bumi iaitu Liu Kang (Robin Shou), Johnny Cage (Lisden Ashby) dan Sonya Blade (Bridgette Wilson) memasuki kejohanan pertempuran diantara Bumi dan Outworld.

Mereka yang telah dipilih oleh Raiden (Christopher Lambert) terpaksa berlawan dengan wakil daripada Outworld seperti Reptile, Sub-Zero & Goro.

Filem ini mempunyai sekuel dengan tajuk Mortal Kombat: Annihilation namun tidak memperoleh kutipan yang memberasangkan seperti filem pertama disebabkan cuma 2 watak dari filem pertama yang dibawa kembali dan jalan cerita yang agak lemah.

  1. Street Fighter

Sebuah lagi filem yang berpandukan permainan pertempuran, Street Fighter diterbitkan pada 1994 setahun sebelum filem Mortal Kombat. Filem ini menelan belanja USD35 juta dan mengaut keuntungan sebanyak USD105 juta.

Filem ini berkisahkan tentang Guile (Claude Van Damme) yang cuba untuk menghentikan rancangan General M.Bison (Raul Julia), seorang diktator daripada menawan dunia dengan askar super genetic-nya.

Walaupun filem ini mendapat kutipan yang banyak, filem ini jugak dikritik teruk oleh peminat-peminat permainan Street Fighter. Antara kritikan yang diterima adalah watak utama yang kelihatan tidak menjiwa watak dan efek filem yang nampak murah.

Namun begitu, watak General M.Bison yand dibawa oleh Raul Julia mendapat pujian dari peminat permainan video itu dan beliau dinobatkan pelakon pembantu terbaik Saturn Award. Raul Julia telah meninggal dunia, dua bulan sebelum filem ini dipertontonkan di pawagam disebabkan penyakit Stroke.

  1. Resident Evil

Resident Evil merupakan sebuah permainan video yang dikeluarkan Capcom pada tahun 1996. Dikenali sebagai Bio Hazard  di jepun dan telah terjual sebanyak 8.63 juta seluruh dunia.

Pada tahun 2002, Sony Picture Entertainment telah mengeluarkan filem pertama yang berpandukan permainan video ini dengan nama yang sama. Setakat ini filem Resident Evil mempunyai 6 tajuk dengan filem terakhirnya yang bertajuk Resident Evil: The Final Chapter yang dipertontonkan pada tahun 2016.

Filem ini berkisahkan Alice (Mila Jovovich) dalam percubaan untuk lari dari The Hive, sebuah makmal genetik yang dikawal oleh Umbrella Corporation. Didalam The Hive, Satu virus berbahaya telah tersebar dan menyebabkan orang yang terdedah dengan virus tersebut bertukar menjadi Zombie.

Sama seperti filem lain yang berpandukan video game, Resident Evil juga menerima kritikan yang teruk daripada peminat permainan video tersebut namun berjaya memperolehi kutipan sebanyak USD103 juta seluruh dunia.

  1. Silent Hill

Sebuah permainan video yang ber-genre Survival Horror, Silent Hill yang dikeluarkan pada tahun 1999 untuk konsol PS1 merupakan permainan video yang mempunyai peminat yang ramai dari seluruh dunia dan mereka menobatkan Silent Hill sebagai “Greatest Video Game Ever Made”.

Pada tahun 2006, Pengarah Christophe Gans telah mempertontonkan filem ini dipawagam setelah 5 tahun mencuba mendapatkan kelulusan daripada Konami, syarikat yang mengeluarkan permainan video Silent Hill .

Filem ini berkisahkan Rose (Radha Mitchell) yang cuba menyelamatkan anak perempuan yang sedang nazak. Rose cuba membawa anaknya berubat dengan Faith Healer (Dukun) namun semasa dalam perjalan kesana, mereka tidak sengaja termasuk dalam dimensi lain dan terkandas di sebuah pekan yang bernama Silent Hill.

Filem ini berjaya memperolehi kutipan sebanyak USD97.6 juta dan satu-satu yang filem berpandukan permainan video yang menerima pujian daripada semua pihak termasuk peminat permainan video tersebut.

KataLaki: Banyak filem yang berpandukan permainan video yang menerima kritikan yang teruk daripada peminat termasuk filem Tomb Raider yang baru dipertontonkan pada June yang lepas.

Last modified: 21 October 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *