5 Filem Penting Sebelum Layan Spiderman: Far From Home

Sembang

Filem terbaru Marvel, Spiderman: Far From Home akan mula ditayangkan kat Malaysia pada 3 Julai 2019. Dah ada ke yang beli tiket wayang filem ni? Kat luar negara, dah ada pawagam yang tayangkan filem Spiderman: Far From Home sebenarnya. Lepas kami study pasal filem terbaru Spiderman ni, ada 5 filem yang korang kena tengok dulu sebelum layan filem Spiderman: Far From Home kat wayang nanti.

Avengers: Endgame

Image Via : screengeek.net

Rasanya majoriti peminat filem Marvel dah tengok filem Avengers: Endgame. Filem Spiderman: Far From Home berlaku selepas kejadian dalam Avengers: Endgame. Dalam filem Spiderman: Far From Home, ada ditunjukkan macam mana kematian Tony Stark memberi impak yang besar kat Peter Parker. Dalam trailer filem Spiderman: Far From Home pun kita boleh nampak macam mana murungnya Peter Parker selepas tragedi kematian Tony Stark. Ada satu benda penting yang ditinggalkan oleh Tony Stark yang membuatkan tercetusnya semangat Peter Parker dalam Spiderman: Far From Home.

Spiderman: Homecoming

Untuk korang ingat balik watak-watak penting yang ada dalam Spiderman: Far From Home, korang kena tengok balik filem Spiderman: Homecoming. Salah satu babak penting yang korang kena tengok dalam Spiderman: Homecoming ialah masa Peter Parker pertama kali datang ke Washington DC bersama kawan-kawannya.

Captain America: Civil War

Image Via : comicbookmovie.com

Dalam filem Captain America: Civil War lah kita boleh tengok Captain America bergaduh dengan Iron Man. Tapi korang kena tengok balik 30 minit pertama filem Captain America: Civil War sebab ada banyak benda yang berkait rapat dengan filem Spiderman: Far From Home.

Captain Marvel

Image Via : ign.com

Captain Marvel takde dalam filem Spiderman: Far From Home. Tapi watak superhero dan penjahat yang ada dalam filem Captain Marvel sangat penting dalam filem Spiderman: Far From Home. Make sure korang betul-betul familiar dengan watak yang ada dalam filem Captain Marvel.

Iron Man

Satu benda yang korang kena tahu apa kena-mengena filem pertama Iron Man dengan Spiderman: Far From Home ialah lagu-lagu favourite Tony Stark yang ditunjukkan dalam filem Iron Man. Korang boleh tengok balik filem Iron Man untuk tahu apa lagu favourite Tony Stark.

KATALAKI: Sama-sama la kita standby dengan elemen surprise yang akan ada dalam Spiderman: Far From Home nanti.

Last modified: 12 July 2019