5 Filem Seram Yang Membuatkan Korang Terganggu!

Sembang, ZAP

Ianya telah menjadi kelaziman bagi para pencipta filem seram atau horror dimana filem berlandaskan genre tersebut seharus bukan sahaja ingin menunjukkan keseraman semata-mata tetapi ianya juga menguji tahap kreativiti pencipta filem tersebut.

Sudah kita ketahui dimana filem berasaskan seram atau filem yang mampu menaikkan bulu roma ini lagi best bila filem tersebut dijayakan dengan betul-betul sehingga ianya dikata seolah-olah push the bourdaries untuk memberikan tahap keseraman yang lebih padu daripada filem seram yang sedia ada. Lagi seram filem tu, lagi seronok penonton dapat apabila menonton.

Tetapi ada juga filem-filem yang terlampau seram sehinggakan ianya membuatkan para penonton terganggu dan tidak tahan melihat lagi sepenuhnya filem tersebut, terdapat juga filem-filem seram sehinggakan inya dibanned daripada pengeluaran mahupun tayangan di pawagam. Jadi harini kami nak kongsikan dengan korang 5 filem seram yang sangat disturbing.

Ada filem yang dibanned disebabkan alasan-alasan yang munasabah, namun ada juga filem-filem yang terlalu disturbing untuk ditonton oleh masyarakat.

A SERBIAN FILM

Filem ini mempunyai populariti yang dikenali sebagai filem seram paling extreme yang pernah diterbitkan, dan ianya ada populariti yang baik patut diterima oleh pencipta filem ini. Ianya mengisahkan tentang seorang pelakon filem lucah yang telah ditawarkan untuk terlibat dalam sebuah produksi yang sangat sadis. Namun ramai yang mengatakan filem ini mempunyai metafora yang ingin disampaikan dimana ianya bertujuan untuk mengambarkan realiti kehidupan sebenar di Serbia dan bagaimana negara tersebut menyiksa rakyatnya sejak dari kecil lagi.

Namun filem ini terlampau extreme oleh elemen-elemen taboo yang cuba diterapkan dan disampaikan dalam bentuk gambaran yang extreme. Sehinggakan negara-negara lain telah pun di banned di beberapa negara, antaranya di German, Norway, Australia, New Zealand, Singapura dan termasuk juga di Malaysia. Walaupun ianya telah dibanned disebabkan mengandungi babak-babak yang extreme dan sadistic, ianya adalah filem horror yang baik.

SAW VI & SAW 3D

Saw adalah filem trilogi yang memang sudah diketahui tahap keseramannya akan tetapi filem yang memasuki siri filem ke-enam dan 3D ianya telah dibanned di beberapa negara seperti Thailand dan Spain oleh kerana filem ini terlampau ganas dan extreme. Jabatan penapisan filem Spain juga memberikan rating yang selalunya diberikan buat filem-filem porno.

Ramai yang mengatakan pelik kerana filem ke-enam dan filem follow up Saw 3D dibanned sedangkan 5 siri filem ini yang terdahulu diterima baik oleh penonton. Filem Saw ke-7 iaitu dikenali juga sebagai Saw 3D telah dibanned di German oleh kerana tahap keganasan yang melampau.

HOSTEL 1 DAN HOSTEL 2

Filem ini adalah salah satu siri filem yang telah dibanned di negara Ukraine sebabkan beberapa faktor antaranya kerana kekejaman yang terlalu melampau batas. Filem ini juga dikategorikan sebagai filem outlaw yang memang dilarang untuk dimainkan negara tersebut. Namun yang kelakarnya adalah filem ini masih diterima untuk tayangan di Singapura dan Malaysia dengan beberapa adegan yang dipotong untuk menyesuaikan tonton penonton di pawagam.

Beberapa ahli politik di United Kingdom juga telah memberikan pendapat dimana kedua-dua filem ini patut dibanned dan tidak sah untuk tayangan.

KATALAKI: Time tengah stuck kat rumah ni, boleh la korang try tengok filem-filem ni kalau berani. Tapi kami warning awal-awal ya. Sila tonton atas risiko sendiri tau!

Last modified: 22 March 2020