5 Gadget Yang Flop & Tak Berguna!

Gadget, Tech

Kita sekarang ini hidup didalam zaman serba canggih. Boleh dikatakan semua benda yang kita buat setiap hari semuanya berkait rapat dengan teknologi. Dengan adanya teknologi-teknologi canggih macam ini, hidup kita boleh dikatakan lebih teratur dan lebih senang.

Tapi tak semua teknologi dan gadget zaman sekarang ini berguna. Banyak gadget-gadget yang ada zaman sekarang ini lebih kepada pembaziran dan lupa juga pelik daripada segi bentuk dan penggunaan dia. Jadi hari ini aku nak share dengan korang, 5 gadget yang bagi aku flop dan sangat tak berguna!

UMBRELLA DRONE

Korang penat bawa payung hari-hari pergi office? Apa kata korang cuba usya Umbrella Drone ini. Mula diperkenalkan pada CES 2017, Umbrella Drone menerima kritikan yang sangat teruk daripada semua orang. Bukan sahaja orang kutuk daripada segi penggunaan dia tapi disebabkan harga dia yang tak masuk akal. Umbrella Drone dijual pada harga USD1,714!

Battery untuk Umbrella Drone ini pun cuma mampu bertahan sehingga 30 minit sahaja. Bayangkan korang tengah jalan dalam hujan tiba-tiba battery habis. Memang basah kuyuplah korang.

VACUUM CLEANER SHOE

Malas nak sapu rumah? Rumah korang banyak sangat habuk sampai sakit pinggang nak vacuum setiap hari? Mungkin Denso Vacuum Cleaner Shoe boleh tolong korang. Denso, syarikat pengeluar alat ganti kereta dari Jepun telah memperkenalkan Vacuum Cleaner Shoe bagi membantu suri rumah mengemas rumah.

Tapi terdapat satu masalah dekat sini, Mostly orang Jepun macam orang Malaysia, kita mana pakai kasut dalam rumah! Lagi satu, bagi memastikan kasut ini dapat menyedut habuk dengan lebih ekfisyen. Korang kena seret kasut ni dekat kawasan yang ada habuk. Kalau aku pakai memang kena chop orang gilalah dengan family aku sebab moonwalk dalam rumah hahaha!

MOUSE TALK

Bayangkan korang tengah buat kerja depan laptop dekat rumah, sekali phone rumah korang berdering. Korang nak bangun angkat phone confirmconfirm malas punya. Jangan risau sebab Sony Vaio ada satu produk yang sesuai dengan korang.

Sony Vaio Mouse Talk adalah satu wired mouse dan juga VoIP phone yang disambungkan kepada pc or laptop korang. VoIP ini macam korang guna Skype dan Whatsapp Call lah yang mana korang membuat panggilan menggunakan internet. Bentuk dia yang macam flip phone pun dah nampak pelik bagi aku.

FINGER DANCE MAT

Kadang-kadang bila tengah buat kerja dekat office mesti korang rasa bosan and rasa pishang kejapkan? Nak ajak member sebelah berborak takut nanti bos nampak pula. Apa kata korang usya USB Finger Dance Mat!

Kalau korang peminat game Dance Dance Revolution, USB Finger Dance Mat ini mungkin sesuailah dengan korang. Dengan hanya menyambungkan kepada laptop or PC korang menggunakan USB, korang dah boleh start menari dengan menggunakan jari dekat USB Finger Dance Mat ini. Nampak macam menarikkan? Just pastikan member-member korang tak nampak korang gunakan benda nilah sebab kalau tak confirm kena bahan tak sudah punya!

GOOGLE GLASS

Ahhh Google. Satu syarikat yang semua orang tahu serba canggih dan futuristic. Tapi itu tak membuatkan Google lari daripada membuat gadget-gadget yang tak masuk akal dan flop 100%! Korang mesti ingat lagi tentang Google Glass kan? Gadget yang Google pernah bagitahu sebagai satu gadget yang paling advanced dekat dunia masa itu.

Well sejak dorang keluarkan Google Glass pada tahun awal tahun 2015, kita tak pernah dengar lagi apa-apa berita tentang Google Glass sampai sekarang. Ramai orang beranggapan Google Glass satu gadget yang creepy dan sangat mahal. Mungkin sebab itu tak ada siapa nak guna Google Glass ini.

Korang ada apa-apa gadget yang bagi korang sangat flop dan tak berguna langsung nak digunakan dekat zaman kita sekarang? Ke korang pernah beli gadgetgadget yang aku dah share ini? Hahaha! 

KATALAKI: Dengar cerita Huawei pun nak keluarkan Huawei Eyewear? Adakah ia akan flop jugak? Kita tengok nanti.

Last modified: 29 March 2019