5 Girl Streamer Malaysia Yang Semakin Popular

Game, Tech

Game Streamer dilihat semakin diterima oleh rakyat umum. Dengan memperlihatkan lebih ramai mampu menjana pendapatan dalam kerjaya streamer yang dahulunya boleh dikatakan dimonopoli oleh lelaki, tidak terkejut bila sekarang kita dapat melihat lebih ramai gadis-gadis yang mencuba nasib dan berjaya dengan gelaran Girl Streamer.

Hari ini kita akan berkenalan dengan 5 girl streamer dari Malaysia yang menjadikan bidang game streaming ini sebagai hobi mahupun kerjaya.

 

  1. ThatBreyDude

Aubrey Yong ataupun lebih dikenali dengan gelaran ThatBreyDude adalah seorang streamer yang semakin meningkat naik. Walaupun baru mula dalam game streaming sejak 2 tahun lepas, minat Aubrey dalam video game sebenarnya telah bermula sejak berumur 8 tahun apabila pertama kali bermain permainan Pokemon Red di konsole Nintendo Gameboy Colour.

Pada usia 14 tahun, Aubrey mengatakan yang beliau lebih serius dalam video game terutamanya dalam permainan video bersifat RPG(RolePlay Game). Ketika ditanya apakah percapaian yang paling membanggakan, Aubrey memberitahu dia gembira apabila mampu mengangkat nama ThatBreyDude tanpa sebarang jenama besar dibelakangnya.

Aubrey juga terkejut apabila lebih ramai penonton berbahasa malaysia yang mula mengenali diri beliau walaupun Aubrey adalah streamer berbahasa inggeris.

Korang boleh mengikuti stream ThatBreyDude di Twitch dan Facebook.

  1. RadUnicorn

Merupakan salah seorang ahli NerdGamingMalaysia, RadUnicorn atau nama sebenarnya Sabrina Zainal telah mula mengenali dunia video game sejak berumur 4 tahun apabila ayah dan abang beliau mengenalkan dia dengan permainan video klasik seperti Super Mario, Pacman dan Mega Man.

Sabrina yang kini baru berusia 20 tahun mula menjadi ahli NerdGamingMalaysia pada awal tahun 2015 dan mula serius dalam game streaming pada pertengahan 2017 dengan melibatkan diri dengan lebih banyak E-Sport event.

Ketika ditanya apakah cabaran yang diterima sejak mula serius dalam bidang game streaming, Sabrina memberitahu yang persepsi orang ramai banyak memberi kesan bila selalu digelar “Fake Gamer” atau sengaja mencari perhatian hanya kerana dia seorang wanita.

Sabrina juga menyatakan yang bidang game streaming ataupun E-Sport bukan untuk satu jantina sahaja, tetapi untuk semua orang tidak kira jantina dan bangsa.

Korang boleh follow RadUnicorn dia Youtube, Twitch & Facebook.

  1. ChibiAtreides

Gadis kecik molek yang membawa nama ChibiAtreides atau nama sebenar Syara merupakan seorang Girl Streamer yang aktif dalam permainan MOBA seperti League of Legends(LoL).

Syara berkata yang permainan video merupakan salah satu benda penting dalam kehidupannya bila ianya merupakan satu aktiviti yang mengeratkan lagi ahli keluarganya.

Bermula dengan melihat kakak dan abangnya bermain permainan video Zelda di konsole klasik Nintendo 64, telah menimbulkan minat yang lebih mendalam terhadap permainan video didalam diri Syara.

Syara yang sebelum ini pernah bertugas sebagai Official Moderator di Anime Expo untuk Twitch berkata beliau masih lagi belajar tentang dunia E-Sport dan berharap suatu hari nanti dia dapat melibatkan diri dengan lebih serius didalam bidang E-Sport.

Syara memilih Twitch sebagai platform utama beliau untuk game streaming tetapi korang jugak boleh Follow Syara di Youtube untuk content selain daripada gaming.

  1. Kambing Golek

Streamer seterusnya ni memilih nama yang agak pelik iaitu Kambing Golek. Yep, Kambing Golek atau nama sebenarnya Azean Malik yang menumpukan streaming dari permainan video di konsole PS4.

Dia tidak menyangka dengan sekadar ingin mencuba untuk streaming di Youtube, telah membawa pelbagai kenangan indah kepada dirinya.

Azean yang baru saja mengumpul lebih 30,000 Subcribers di Youtube walaupun channel-nya baru berusia 2 tahun, Masih berasa terkejut dengan penerimaan orang luar yang rata-rata gembira dan terhibur dengan streaming-nya.

Azean yang dilihat lebih terkenal dengan streaming permainan video GTA V & Fortnite berkata, dia lebih mementingkan usaha dan kerja keras untuk berjaya dan dikenali dari mendapat perhatian hanya kerana dia wanita.

Bagi Azean, didalam komuniti gamers itu tidak perlu wujud perbandingan diantara jantina dan semua orang seharusnya menyokong dan membantu satu sama lain tidak kira jantina dan bangsa.

Kalau korang nak tengok aksi gelagat Kambing Golek, korang boleh usya di Channel Youtube beliau.

  1. Lylia Tan

Michelle Tan atau lebih dikenali dengan nama Lylia merupakan seorang yang tidak asing lagi dalam dunia streaming di Malaysia. Beliau yang merupakan bekas Shoutcaster untuk permainan video MOBA Garena League of Legend telah mula streaming sejak dari tahun 2014 lagi.

Beliau jugak merupakan salah seorang founder untuk Fundeavour, komuniti gaming terbesar di Malaysia yang ditubuhkan sejak tahun 2016.

Ketika ditanya mengenai cabaran yang biasa diterima oleh streamer wanita, Lylia tidak menidakan yang pandangan orang awam terhadap Streamer lelaki berbeza dengan streamer wanita.

Akan tetapi, Lylia melihat penerimaan orang awam pada masa sekarang terhadap streamer Wanita mula kearah positif berbanding dahulu dan berharap akan terus bertambah baik pada masa hadapan.

Kalau korang nak tengok Stream dari Lylia, jangan lupa untuk follow beliau di Twitch dan juga di Facebook. 

KATALAKI: Hah amacam? Ada Streamer di atas yang korang dah Follow ke?.

Last modified: 2 November 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *