5 Game Klasik Yang Pernah Dikeluarkan Untuk Nintendo!

Game, Kool Site, Tech

Pada 15 July 1983, dua jenama gaming terbesar pada masa itu telah mengeluarkan console terbaru mereka. Console tersebut adalah SG-1000 daripada Sega dan Nintendo Entertainment System (NES) daripada Nintendo. Walaupun kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing namun NES telah menjadi pilihan setiap orang pada masa itu.

Nintendo Entertainment System (NES) terus menjadi sebutan para gamers sehinggalah sekarang walaupun sudah 36 tahun diperkenalkan. Pada mulanya NES dikenali sebagai Family Computer ataupun Famicom di Jepun namun telah diubah menjadi Nintendo Entertainment System (NES) ketika ia mula dipasarkan luar dari Jepun. Melihat bagaimana NES ini telah mengubah system gaming sehingga sekarang, hari ini aku nak share dengan korang 5 game klasik yang pernah dikeluarkan untuk Nintendo Entertainment System!

CONTRA

Contra merupakan satu permainan video berbentuk run and gun yang dbangunkan dan dikeluarkan oleh Konami. Pada mulanya permainan video hanya dapat dimainkan di gaming arcade sahaja yang mana sangat terkenal sekitar tahun 80an.

Namun pada tahun 1988, permainan video Contra ini telah dikeluarkan dalam bentuk home version untuk console Nintendo Entertainment System (NES). Permainan video Contra ini boleh dimainkan secara single player ataupun multiplayer bersama seorang pemain yang lain.

ADVENTURE ISLAND

Adventure Island atau nama sebenarnya Hudson’s Adventure Island merupakan permainan video berbentuk side-scrolling platform game yang dihasilkan oleh Hudson Soft dan telah dikeluarkan untuk Famicom dan MSX pada tahun 1986 untuk pasaran Jepun.

Namun pada tahun 1992, ia telah dikeluarkan untuk Nintendo Entertainment System (NES) bagi pasaran luar daripada Jepun. Permainan video ini sebenarnya merupakan satu adaptasi kepada satu lagi permainan video yang diberi nama Wonder Boy yang mana cuma boleh dimainkan di gaming arcade sahaja pada masa itu.

PUNCH-OUT!!

Permainan video Punch-Out!! ataupun nama sebenarnya Mike Tyson’s Punch-Out!! merupakan satu permainan video boxing fighting game yang telah dihasilkan dan dikeluarkan oleh Nintendo sendiri untuk console Nintendo Entertainment System (NES) pada tahun 1987.

Setahun kemudian, permainan video Mike Tyson’s Punch-Out!! ini telah di re-branding menjadi Punch-Out!! untuk dikeluarkan secara worldwide. Dalam permainan video ini, korang akan berlawan dengan ramai boxer lain dan pada peringkat akhir, korang akan berlawan dengan Mike Tyson sendiri!

ICE CLIMBER

Permainan video Ice Climber merupakan satu permainan video berbentuk vertical platform yang dihasilkan dan dikeluarkan oleh Nintendo sendiri untuk Nintendo Entertainment System (NES) pada tahun 1985. Dalam permainan video Ice Climber ini korang boleh bermain secara solo ataupun dengan seorang kawan korang yang lain.

Terdapat dua watak dalam permainan video ini yang boleh dimainkan iaitu Popo yang berwarna biru khas untuk player one manakala untuk player two pula akan mengawal Nana yang berwarna merah jambu. Tugas korang adalah menghancurkan bahagian atas ice cube dan terus mendaki sehingga ke atas sambil melawan musuh yang ada pada setiap level!

EXCITEBIKE

Aku rasa permainan video yang terakhir ini mesti semua orang pernah main ataupun sekurang-kurangnya pernah nampak orang lain main. Excitebike merupakan satu permainan video berbentuk motocross racing game yang dihasilkan oleh Nintendo.

Permainan video Excitebike ini pertama sekali diperkenalkan untuk platform Famicom pada tahun 1984 di Jepun dan kemudiannya telah menjadi launch title untuk Nintendo Entertainment System (NES) semasa ia mula diperkenalkan pada tahun 1985!

KATALAKI: Game Contra tu paling best kalau main dengan member!

Last modified: 3 December 2019