5 Game Oldskol Gamers Patut Tahu!

Game, Tech

Disebabkan Playstation Classic dah pun mula dijual dipasaran minggu ni, Kitorang nak kongsikan sikit dengan korang 5 game Playstation 1 yang bagi kitorang adalah game yang terbaik dan tak boleh kitorang lupakan masa main konsol Playstation 1 dulu.

Senarai ini adalah pilihan kitorang saja. So kalau korang punya pilihan lain daripada kitorang jangan kecam pulak. Kitakan meraikan perbezaan pendapat, cewahhh!

LEGEND OF MANA

Kalau korang nak tahu, inilah game Playstation 1 pertama yang aku main dan game pertama yang buat aku suka game-game yang ada story.

Legend of Mana pada mulanya diberi nama sebagai Seiken Densetsu: Legend of Mana bila pertama kali dikeluarkan di Japan pada tahun 1999. Permainan video action role-playing game ini dihasilkan dan dikeluarkan sendiri Square Enix, yang dahulunya menggunakan nama Square.

Dalam permainan video Legend of Mana ini, korang boleh memilih antara dua watak dan cuba untuk menghidupkan kembali Tree of Mana sambil mempertahankan Land of Fa’Diel dengan membina bandar-bandar lain di sekelilingnya.

ODDWORLD: ABE ODDYSEE

Bagi aku, game Oddworld: Abe Oddysee merupakan sebuah game yang unik dan cara permainan yang berbeza daripada gamegame yang ada masa zaman kegemilangan Playstation 1.

Oddworld: Abe Oddysee merupakan sebuah permainan video platform yang dihasilkan oleh Oddworld Inhabitants dan dikeluarkan oleh GT Interactive. Permainan video ini dikeluarkan pada tahun 1997. Nama Oddworld: Abe Oddysee ditukar kepada Abe a GoGo bila ianya dikeluarkan untuk pasaran jepun.

Permainan Oddworld Abe Oddysee ini menceritakan tentang Abe, seekor makhluk daripada bangsa Mudokon yang dijadikan sebagai hamba di sebuah kilang gergasi yang diberi nama RuptureFarms Meat.

Bila Abe mengetahui rahsia tentang RuptureFarms yang selama ini membunuh bangsa Mudokon sendiri dijadikan sebagai daging untuk dijual, Abe terpaksa membantu dan menyelamatkan bangsa-bangsa Mudokon yang lain untuk mencari jalan keluar dari RaptureFarms.

TOMBA 2

Permainan video yang femes dikalangan player speed runner (orang yang dapat menghabiskan game dalam masa terpantas) ini adalah sebuah game yang dihasilkan oleh Whoopee Camp dan dikeluarkan oleh Sony Computer Entertainment.

Game yang merupakan sequal kepada game Tomba!, Tomba! 2: The Evil Swine Return merupakan salah sebuah game platform yang dikeluarkan pada tahun 2000.

Dalam game ini, korang akan mengawal watak Tomba, seorang kanak-kanak yang dibesarkan oleh haiwan. Pada suatu hari, teman wanita Tomba telah diculik oleh sekumpulan khinzir yang suka mencari masalah dengan Tomba.

Selain lagu yang catchy yang sentiasa bermain semasa korang main game ini, pelbagai costume yang unik juga merupakan sebab aku minat gile dengan game ini. Salah satu custome yang terdapat dalam game ini adalah custome Flying Squirrel yang membolehkan Tomba glide bila terjun dari tempat tinggi.

TWISTED METAL 4

Hah game ni game yang paling sakit hati bila kau main dengan member. Aku ingat lagi aku sampai bergaduh dengan member sebab tak puas hati kalah main game ni.

Twisted Metal 4 ini merupakan satu permainan combat kenderaan yang dihasilkan oleh 989 Studio dan dikeluarkan oleh Sony Computer Entertainment pada tahun 1999. Twisted Metal 4 merupakan game keempat dalam siri Twisted Metal.

Basically dalam game ni, korang boleh bermain secara solo ataupun sama-sama dengan member korang dengan memilih pelbagai jenis kenderaan yang ada didalam game ini dan cuba untuk memusnahkan kenderaan lawan.

Setiap kenderaan adalah berbeza corak permainan dia dan terdapat pelbagai jenis senjata yang korang boleh dapatkan di setiap map untuk bantu korang musnahkan kereta pihak lawan.

DINO CRISIS

Kalau cakap pasal game Playstation 1 yang di keluarkan oleh Capcom mesti ramai orang akan pilih game Resident Evil. Tapi untuk aku, Aku lebih minat game Dino Crisis. So daripada berlari melawan zombie, aku lagi suka berlari melawan dinosaur!

Bagi korang yang tak pernah dengar tentang game ini, Dino Crisis merupakan survival horror game yang dihasilkan dan dikeluarkan oleh Capcom sendiri. Game pertama Dino Crisis dikeluarkan pada tahun 1999.

Corak dan gaya permainan ini lebih kurang macam Resident Evil. Korang cuma perlu tukar enemy dia daripada zombie kepada dinosaur sahaja.

Game ini menceritakan tentang Regina, seorang special force agent Secret Operation Raid Team (SORT) yang ditugaskan bersama teamnya untuk menyiasat dan membawa pulak Dr. Edward Kirk.

Apa yang Regina dan team dia tak tahu, dekat pulau ini dihuni oleh pelbagai pelbagai jenis dinosaur. Korang bayangkan sajalah awal-awal game korang dah kena kejar dengan T-Rex! Disebabkan itu, Dino Crisis menjadi pilihan aku bila bercerita tentang game yang dikeluarkan oleh Capcom.

Bila dah teringat game-game, rasa best pulak kalau dengar lagu-lagu lama 90s. Nak layan ah playlist lagu-lagu “Throwback Tunnel”.

KATALAKI: Tak sabar nak main Oddworld dekat Playstation Classic nanti

Last modified: 8 December 2018