5 Game PS Best Black Friday Sale!

Game, Tech

Bagi bro-bro yang tengah nak cari game baru, time sekarang lah korang nak shopping sebab Playstation Store tengah buat Black Friday Sale sekarang ni.

Terdapat lebih dari 400 games yang tengah sale sekarang. Bagi bro yang subscribe PSPlus, korang akan dapat special offer sehingga 90% diskaun untuk Black Friday Sale ni. Hari ni kitorang nak share game apa yang patut korang grab sempena sale ni.

RED DEAD REDEMPTION 2: ULTIMATE EDITION

Untuk bro yang tengah panas tengok member-member lain tengah main Red Dead Redemption 2, inilah time nya untuk korang bagi member korang pulak panas hati.

Untuk Ultimate Edition ni, korang akan dapat exclusive content seperti kuda Dappled Black Thoroughbred, The Nuevo Paraiso Gunslinger Outfit dan 3 weapon percuma.

Harga untuk Red Dead Redemption 2: Ultimate Edition sebelum diskaun adalah RM399 tapi korang boleh dapatkanya sekarang dengan harga RM359.10!

GOD OF WAR

Nak tahu macam mana Kratos jadi seorang duda anak sorang? Kalau nak tahu korang kenalah beli God of War!

God of War kali ini menceritakan tentang Kratos selepas beberapa tahun dia bunuh Zeus dan semua dewa-dewa dekat Mount Olympus. Dan story kali ini korang akan mengembara ke tempat baru bersama-sama dengan anak Kratos iaitu Atreus.

Korang boleh dapatkan God of War sekarang dengan harga RM89.40 sahaja berbanding dengan harga asal RM149.

FIFA 19

Bagi bro-bro yang kaki bola, korang jangan risau sebab FIFA 19 pun tengah sale sekarang. Ade 3 versi yang tengah on sale sekarang so pilihlah dengan bijak.

3 versi yang tengah sale sekarang adalah FIFA 19 Standard Edition, FIFA 19 Champions Edition dan jugak FIFA 19 Ultimate Edition. Untuk Standard Edition korang boleh dapatkan dengan harga RM174.30, Champions Edition dengan harga RM227.40 dan Ultimate Edition dengan harga RM239.85 sahaja.

CALL OF DUTY: BLACK OPS 4

Untuk bro yang kaki First Person Shooter (FPS), Korang kena try game terbaru daripada Activision iaitu Call of Duty: Black Ops 4 ni.

Untuk Standard Edition ni korang akan dapat 1100 Call of Duty Point dan Bonus Items. Harga untuk Call of Duty: Black Ops 4 sekarang ni cuma RM187.20 sahaja di Playstation Store.

NIOH: COMPLETE EDITION

Tak sabar nak tunggu Sekiro: Shadows Die Twice keluar? apa kata korang practice dulu dengan main game yang ade elementelement samurai daripada Team Ninja iaitu Nioh.

Nioh merupakan action roleplaying game yang mana korang akan bermain sebagai William, seorang samurai berbangsa Irish. Cam pelik je tiba-tiba orang Irish jadi samurai kan? hah kalau nak tahu lebih lanjut korang kena lah main game Nioh ni.

Untuk game Nioh ni korang akan dapat Nioh Armor dan 5 Exclusive Nioh Weapon. Harga untuk game Nioh ni cuma RM125.40 saja sekarang di Playstation Store.

Oh bagi korang yang dah tengah cari PSPlus, korang boleh dapatkan PSPlus 12 bulan subscription dengan hanya RM103 sahaja sekarang bro!

KATALAKI: Apa game yang korang akan borong nanti? cuba share sikit.

Sumber : MyGameOn

Last modified: 28 November 2018