5 Game Zombie Yang Korang Kena Try!

Game, Tech

Siapa je yang tak minat game yang perlukan korang lawan dan tembak zombie. Lagi-lagi bila korang buat game macam ni sebagai game nak lepaskan geram.

Dekat luar sana banyak game-game yang ade unsur-unsur zombie ni tapi hari ni kitorang nak share dengan korang 5 zombie game yang korang kene cuba try test sekarang!

THE LAST OF US

The Last of Us merupakan permainan video Playstation exclusive yang dihasilkan oleh Naughty Dog, Syarikat yang sama bertanggungjawab dalam permainan video Uncharted.

Game ni dikeluarkan pada tahun 2013 untuk konsol PS3 dan di remastered semula pada tahun 2014 untuk konsol PS4.Game ini menerima pujian dari semua peminat dan video game kritik dan tersenarai dalam “The Greatest Video Game Of All Time” oleh semua pihak.

The Last of Us ni mengisahkan tentang satu virus outbreak yang telah berlaku di United Stated. Manusia yang terkena virus ni akan berubah menjadi ganas dan dikenali sebagai Infected. Joel, Watak yang korang akan kawal telah kehilangan anak perempuannya semasa kejadian outbreak ni berlaku.

20 tahun selepas Joel kehilangan anak perempuan dia, Joel telah diamanahkan untuk menjaga dan membawa Ellie, seorang remaja perempuan yang dikatakan penawar untuk melawan serangan daripada Infected.

HOW TO SURVIVE 2

How to Survive 2 merupakan sequel untuk How to Survive. Game ni membawa genre survival horror action role-play nampak berbeza dan unik daripada game zombie yang lain.

Game yang dihasilkan oleh EKO Software ni membolehkan korang bermain secara co-op bersama 3 orang lagi kawan korang. Dalam game How to Survive 2 ni, korang bukan setakat nak lawan zombie je, korang kene lawan buaya dan ayam yang dah berubah jadi zombie jugak!

How to survive 2 ini dah dikeluarkan di konsol PS4, Xbox One dan jugak PC.

PLANT VS ZOMBIE : GARDEN WARFARE 2

Plant VS Zombie: Garden Warfare 2 merupakan game third-person shooting yang dihasilkan oleh PopCap Games dan dikeluarkan oleh Electronic Art. Game ni dikeluarkan pada tahun 2016 untuk konsol PS4, Xbox One dan jugak PC.

Game ni berbeza dari game Plant VS Zombie korang pernah main dulu. Dalam game ni corak permainan dia macam korang main Overwatch. Ada banyak karekter yang korang boleh pilih dan setiap karekter ni berbeza-beza skill dan power dia.

Plant VS Zombie: Garden Warfare 2 ni bagi aku adalah game yang sesuai untuk semua golongan umur dari kanak-kanak sampailah orang tua berbanding dengan game-game zombie lain.

DYING LIGHT

Dying Light merupakan sebuah game open world survival action yang dihasilkan oleh Techland dan dikeluarkan oleh Warner Bros Interactive Entertaiment pada tahun 2015 untuk PS4, Xbox One dan jugak PC.

Dalam game ni korang akan bermain sebagai Kyle Crane, seorang undercover agent yang dihantar untuk menyeludup masuk ke satu quarantine zone bernama Harran. Dekat Harran ni banyak zombiezombie yang berkeliaran dan ganas giler!

Zombie-zombie dalam game ni berubah-ubah mengikut waktu. Contohnya kalau korang keluar waktu malam, zombie-zombie yang korang jumpa kemungkinan besar lebih ganas dan lebih bahaya daripada zombie-zombie yang keluar waktu siang.

LEFT 4 DEAD 2

Kalau cerita pasal game zombie memang tak cukup syarat kalau aku tak masukan game dari siri Left 4 Dead ni. Left 4 Dead 2 ni merupakan game first person shooting yang dihasilkan dan dikeluarkan oleh Valve pada tahun 2009 untuk PC dan Xbox 360.

Dalam Left 4 Dead 2 ni korang boleh bermain secara solo atau pun secara co-op dengan 3 lagi kawan korang untuk survive dari serangan zombie sampailah ke map yang terakhir untuk diselamatkan oleh tentera.

Zombie-zombie yang terdapat dalam game ni pun ada macam-macam jenis. Ada zombie jenis Hunter yang suka attack korang secara tiba-tiba, Spitter yang suka ludah acid dekat korang dan Tank yang suka sondol korang macam babi hutan.

Paling aku cuak sekali adalah Witch, zombie perempuan yang suka menangis sorang-sorang dan akan kejar korang sampai dapat kalau korang tertembak or tersuluh lampu dekat dia. Bila korang terdengar suara perempuan menangis dari jauh tu berdoa jelah korang tak terserempak dengan dia.

KataLaki: So mana satu game zombie pilihan korang? Ada game zombie lain yang kitorang terlepas tak? Cuba share dekat komen.

Last modified: 14 November 2018