Aku bukanlah seseorang yang tahu sangat tentang muzik tapi aku tahu yang instrument seperti gitar bukanlah satu instrument yang murah. Aku dulu pernah terfikir nak beli gitar tapi memandangkan aku ini jenis tangan tak function, aku terus lupakan niat tersebut.

Image Via: https://www.rollingstone.com
Bila tanya dengan member-member yang main gitar, ramai diantara dorang yang impikan gitar-gitar yang pernah dipakai oleh legend–legend seperti Eric Clapton, John Lennon dan ramai lagi. Jadi hari ini aku nak share dengan korang beberapa gitar yang pernah dipakai oleh legend–legends ini dan berapakah harganya sekarang!
GIBSON SG 1964
Pada tahun 1966 sehingga 1969, gitar Gibson SG 1964 ini telah dikongsi oleh dua orang legend iaitu George Harrison dan John Lennon daripada band the Beatles. Semasa sesi rakaman dan tour untuk album Revolver, George Harrison selalu menggunakan gitar Gibson SG 1964 ini.

Image Via: https://www.pinterest.com
John Lennon pula dilihat menggunakan gitar Gibson SG 1964 ini semasa mereka merakam album Yellow Submarine atau lebih dikenali sebagai The White Album. Semasa gitar Gibson SG 1964 ini dilelong, semua pemain gitar berlumba-lumba untuk mendapatkan gitar ini yang mana akhirnya terjual pada harga USD570,000!
FENDER STRATOCASTER “BLACKIE”
Gitar Fender Stratocaster “Blackie“ ini agak rare berbanding gitar-gitar lain kerana ini sebenarnya merupakan gabungan dengan beberapa gitar Stratocaster yang lain. Gitar Fender Stratocaster “Blackie“ ini adalah kepunyaan Eric Clapton, gitaris yang telah diangkat sebanyak tiga kali di Rock and Roll Hall of Fame.

Image Via: https://www.bloomberg.com
Semasa dia beralih dari gitar Gibson ke Stratocaster, dia telah membeli enam buah gitar Fender Stratocaster vintaj dan menghadiahkan tiga daripada gitar tersebut kepada George Harrison, Pete Townshend dan Steve Winwood. Dia kemudianya mengambil tiga gitar yang lain dan mengabungkan beberapa bahagian gitar daripada tiga gitar tersebut untuk dijadikan sebagai satu gitar. Gitar tersebut akhirnya diberi nama Blackie. Gitar ini telah dilelong pada harga USD959,500.
WASHBURN 22 SERIES HAWK
Orang kata kalau gitaris legend itu tidak mempunyai banyak gitar semasa dia hidup, harga gitar kepunyaannya akan melonjak pada harga yang sangat tinggi. Inilah yang telah terjadi kepada gitar Washburn 22 Series Hawk kepunyaan ikon Reggae terkenal iaitu Bob Marley.

Image Via: https://www.pinterest.com
Semasa dia masih hidup, Bob Marley cuma mempunyai tujuh buah gitar sahaja dan semasa dia meninggal dunia, kerajaan Jamaica telah mengisytiharkan sebahagian barang milik Bob Marley dijadikan sebagai aset negara. Gitar ini dianggarkan bernilai USD1.2 sehingga USD2 million!
FENDER STRATOCASTER 1968
Aku rasa semua orang kenal siapa dia Jimi Hendrix. Jimi Hendrix boleh dikatakan sebagai antara gitaris paling hebat dan paling legend diantara semua gitaris yang pernah wujud. Seperti mana Jimi Hendrix, gitarnya juga dianggap sebagai satu gitar paling legend yang pernah wujud.

Image Via: https://guitar.com
Gitar Fender Stratocaster 1968 ini telah digunakan oleh Jimi Hendrix semasa dia melakukan persembahan di konsert Woodstock pada tahun 1969. Gitar ini kemudiannya telah dibeli oleh salah seorang pengasas Microsoft iaitu Paul Allen. Dia dikatakan telah membeli gitar Fender Stratocaster 1968 ini pada harga USD2 million.
REACH OUT TO ASIA FENDER STRATOCASTER
Ok gitar ini agak unik sikit dan berbeza dengan gitar-gitar yang lain sebab ianya bukan milik gitaris-gitaris legend. Pada tahun 2005, pihak kerajaan Qatar telah membeli sebuah gitar dan telah meminta beberapa gitaris legend yang lain untuk menandatangan gitar ini.

Image Via: https://www.vintageguitarprice.co
Antara gitaris legend yang menurunkan tandatangan pada gitar ini adalah seperti Eric Clapton, Jimmy Page, Paul McCartney, Def Leppard dan ramai lagi. Selepas mendapatkan tandatangan daripada mereka, pihak kerajaan Qatar telah melelong gitar ini pada harga USD2.7 million dan duit ini telah disumbangkan ke Reach Out For Asia bagi membantu mangsa-mangsa Tsunami pada tahun 2004!
KATALAKI: Aku nak gitar yang Kyle Gass guna dalam movie Tenacious D in The Pick of Destiny hahaha!