Hari tu kecoh jap pasal pemain Southampton, Shane Long berjaya catat rekod terbaru, gol terpantas yang berjaya dijaringkan dalam Premier League. Shane Long berjaya jaringkan gol untuk Southampton dalam masa 7 saat brader. Goalkeeper tak sempat keluar peluh, gol dah bocor.

Image Via : dailyecho.co.uk
Sekarang ni kita dah tahu siapa yang pegang rekod gol terpantas dalam Premier League. Tapi korang tahu tak pemain mana yang dah berjaya catat rekod gol terpantas sebelum ni? Jom kita tengok balik siapa dan macam mana gol tersebut dijaringkan.
1) Shane Long, Southampton, 2019
Catatan masa : 7.69 saat
2) Ledley King, Tottenham Hotspurs, 2000
Catatan masa : 9.82 saat
3) Alan Shearer, Newcastle United, 2003
Catatan Masa : 10.52 saat
4) Christian Eriksen, Tottenham Hotspurs, 2018
Catatan masa : 10.54 saat
5) Mark Viduka, Leeds United, 2001
Catatan masa : 11.90 saat

Image Via : Twitter
KATALAKI: Mustahil la kot kalau lepas ni ada yang berjaya jaringkan gol kurang dari 7 saat.