7 Google Tricks Yang Korang Boleh Try

Sembang

Sejak kemunculannya pada tahun 1997, Google adalah adalah enjin carian yang paling banyak digunakan di World Wide Web di semua platform sama ada desktop, laptop, tab, atau smartphone sekali pun.

Kehidupan kita semua telah dimudahkan dengan kewujudan entiti yang bernama Google. Cakap je nak buat assignment? Nak cari resepi? Nak betulkan apa saja. Kalau tak tahu atau nak belajar apa saja, Google adalah benda pertama yang kita cari dahulu. Betul tak?

Senang cerita, Google kini bukan sahaja sekadar platform enjin carian yang diguna ramai. Malah evolusi Google daripada melebar kepada email, storage, Youtube, hingga lah ke barangan keperluan di rumah seperti Google Home.

Okay cukup lah mukadimah kami tentang Google. Untuk artikel kali ini kami nak tunjuk trick Google yang korang boleh try.

DO A BARREL ROLL

Image via: https://blogs.wsj.com

Trick pertama sekali mungkin ada yang dah tahu or dah pernah cuba, trick ni paling femes untuk trick-trick Google yang ada. Trick ni kalau korang type “do a barrel roll” kat search bar dalam Google.com. Dengan sekelip mata je page korang akan flip 360 darjah. Tak caya, sila lah try..

GOOGLE GRAVITY

Image via: http://nice-tutorials.blogspot.com/

Korang nak tengok page Google jatuh ke bawah tak? Korang pergi kat Google, lepas tu type kat search bar “Google Gravity” lepas tu korang klik butang “I’m Feeling Lucky” lepas tu baru korang boleh tengok apa yang terjadi kat page tu hihihi

THANOS

Image via: Thelaki.com.my

Ni antara trick yang masih lagi kira cool ada kat Google untuk para peminat Avengers. Kalau korang search Thanos kat Google, dekat bahagian tepi sekali korang akan nampak Infinity Gauntlet yang dipakai oleh Thanos. Apa yang korang perlu buat adalah klik pada Infinity Gauntlet tu dan ianya akan memetik jari dan dengan sekelip mata akan menghilangkan separuh daripada apa yang ada di search page tersebut. Pretty cool lah.

SUPER SONIC!

Image via: https://sites.google.com/

Ini antara trick Google yang terbaharu yang cool jugak. Kalau korang pergi kat search bar dan typekan “Sonic the Hedgehog”, korang akan nampak ikon gambar watak Sonic disebelah nama Sonic the Hedgehog. Cuba klik ikon tersebut. Dia akan bergerak-gerak. Nak lagi cool? Cuba korang try klik 25 kali tanpa henti.

SPINNER

Image via: Thelaki.com.my

Ingat lagi tak zaman semua tengah mengila main fidget spinner? Aaaa kat Google pun ada fidget spinner juga tahu. Kalau nak try fidget spinner di alam maya ni, korang just type “spinner”. Lepas tu main la pusing-pusing sampai puas haha

TIC TAC TOE

Image via: Thelaki.com.my

Kalau nak buang masa korang boleh try game Tic Tac Toe. Caranya memang mudah, type je Tic Tac Toe, nanti akan keluar terus game Tic Tac Toe. Ada 3 mode yang korang boleh cuba iaitu easy, medium, impossible dan korang boleh lawan dengan member dalam mode Play against a friend.

ELGOOGLE

Sebenarnya ada berlambak lagi trick yang boleh korang try kat Google ni tapi kebanyakkan trick yang dihasilkan oleh Google dah di telan zaman dan tak berfungsi lagi. Tapi ada sebuah website yang masih lagi membenarkan trick-trick Google diguna pakai. Korang boleh pergi ke website Elgoogle.im. Kat situ ada bermacam-macam trick Google yang mereka masih lagi simpan. So enjoy…

KATALAKI: Tak sah kalau kita tak guna Internet tanpa membuka Google. Betul tak?

Last modified: 21 February 2020