5 Hackers Paling Bahaya Di Dunia

Sembang, ZAP, ZeKool

Pernah tak korang amik smartphone kawan korang lepas tu masuk dalam dia punya media sosial dan update status mengarut? Lepas tu korang gelar diri korang hacker. Itu bukan hacker, tapi biskut cracker yang suka sakat member. Hacker atau penggodam ni merupakan seseorang yang mempunyai skill dan ilmu berkenaan perisian komputer. Hacker mampu untuk mencuri data dan maklumat peribadi korang termasuk kata laluan online banking, dan juga menghilangkan data-data penting pihak berkepentingan seperti kerajaan atau syarikat-syarikat besar. Dalam dunia ni ada banyak hacker, tapi kali ni aku akan ceritakan lima hacker yang paling bahaya dalam dunia.

5. THE AURORA HACKERS

Sekumpulan penggodam yang bertanggungjawab untuk sebuah operasi yang digelar ‘Operasi Aurora’. Mereka telah membuat satu operasi yang kompleks berskala antarabangsa pada tahun 2009, dan mensasarkan 34 syarikat besar termasuk Google dan Yahoo!. Kumpulan penggodam ini dipercayai berasal dari China, dan sebahagiannya daripada kumpulan penggodam Elderwood yang berpusat di Beijing. Kumpulan Penggodam yang berpangkalan di Shanghai dengan gelaran nama PLA Unit-61398 turut dipercayai telibat dengan operasi besar-besaran ini.

Google merupakan syarikat pertama yang menyatakan mereka telah diserang dan sebahagian harta intelek mereka dicuri. Nampak gayanya pada ketika itu kumpulan ini mensasarkan kod sumber syarikat internet gergasi seperti Google dan bukannya maklumat peribadi pengguna. Hacker yang menjalankan ‘Operasi Aurora’ tidak dapat ditangkap dan dikatakan masih aktif menjalankan aktiviti hacking. Hasil dari kejadian ini, syarikat Google mengeluarkan seluruh operasinya dari China.

4. CODY KRETSINGER

Dia merupakan salah seorang ahli kumpulan penggodam LulzSec. Dikenali juga sebagai ‘Recursion’ dalam kalangan rakan penggodamnya kerana skill dia menyelesaikan masalah komputer yang dasyat. Dia dijatuhkan hukuman pada tahun 2013 kerana terlibat dalam penggodaman Sony Playstation pada tahun 2011, di mana dia berjaya mendapatkan data peribadi 77 juta pengguna dan menyebabkan gangguan pada rangkaian selama 24 hari. Agak-agak ada tak data peribadi korang yang kena hack dengan dia ni?

Kumpulan LulzSec sering dituduh bertindak seperti kanak-kanak sebab operasi mereka selalunya tidak mempunyai motif. Mungkin sekadar suka-suka atau sebenarnya diorang sedang mengasah skill hacking diorang. Aktiviti hacking diorang bukan untuk mendapatkan duit, dan 77 juta data yang dicuri tidak digunakan pun bagi tujuan mendapatkan duit. Operasi yang diorang lakukan adalah untuk membuktikan betapa mudahnya data-data pengguna digodam. Kretsinger dijatuhkan hukuman yang agak ringan, dengan hanya satu tahun penjara. Manakala ahli kumpulan yang lain masih bebas beroperasi.

3. JACOB APPELBAUM

Dia merupakan seorang penggodam yang mempunyai kaitan dengan WikiLeaks. Kalau korang masih ingat lagi lah pasal WikiLeaks ni yang banyak membocorkan rahsia-rahsia sulit daripada pihak kerajaan terutamanya. Jacob Appelbaum dikatakan seorang lelaki yang mempunyai masalah masa lampau. Dia pernah diserahkan ke rumah anak yatim oleh ibu bapanya, dan kemudian tinggal bersama bapanya yang ketagihan heroin yang lain-lain jenis dadah. Setelah melalui zaman kanak-kanak yang malang, dia mengfokuskan segala tenaga dan kecergasannya mengasah skill perisian komputer dan kini menjadi wajah utama WikiLeaks di Amerika. Oleh kerana peranannya dalam WikiLeaks, dia ditahan dan disoal siasat mengenai pandangan politiknya. Walaupun ditahan, dia tidak pernah disabitkan dengan kesalahan menggodam. Kini dia tinggal di Berlin, tetapi masih diintip oleh pihak berkuasa kerana dianggap mampu mendatangkan bahaya kepada perisian komputer pihak kerajaan. Waktu tidur pun kena intip juga.

2. KEVIN MITNICK

Kevin Mitnick pernah digelar pengodam paling bahaya di dunia. Tapi sekarang dia merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Dia menawarkan khidmat keselamatan siber kepada syarikat-syarikat yang mahukan servisnya. Rasanya ramai je hacker yang bertukar jadi baik dengan menjadi penasihat cyber security, dan Mitnick salah seorang darinya.

Semasa awal penglibatannya dalam dunia hacking sewaktu masih remaja, dia pernah menggodam sistem bas yang membolehkan dia menaiki bas secara percuma. Selepas itu, dia mula menggodam sistem yang lebih besar seperti rangkaian telefon bimbit dan pembuat komputer utama. Dia mendakwa bahawa semua hacking adalah hasil daripada penggunaan kata laluan yang lemah atau mendapatkan kod melalui scamming. Sebab itu lah kita kena sentiasa berhati-hati dengan panggilan daripada scammer dan tukar kata laluan setiap 6 bulan sekali.

Dia ditangkap pada tahun 1995 selepas menggodam masuk ke komputer Jabatan Kehakiman Negara, dan dipenjarakan selama lima tahun atas kesalahan tersebut. Semasa di penjara, dia diasingkan di dalam kurungan perseorangan selama lapan bulan kerana dikuatiri dapat melancarkan peluru berpandu nuklear dengan memasukkan kod tertentu ke dalam telefon. Walaupun nampak macam exaggerate, tetapi itu lah yang digambarkan oleh pihak berkuasa dan meletakkan Kevin Mitnick ni sebagai seorang hacker paling bahaya di dunia sekitar tahun 1990-an.

1. GARY MCKINNON

Selepas Kevin Mitnick, Gary McKinnon pula muncul sebagai penggodam paling bahaya di dunia. Dia berjaya menggodam komputer Pentagon dan meninggalkan pesanan “sistem keselamatan anda tidak berguna”. Antara tahun 2001 dan 2002, dia berulang kali menggodam komputer tentera AS dan juga NASA dari pangkalannya di London. Tetapi apa yang dilakukannya hanya menghilangkan fail-fail dan menukar kata laluan. Ada satu tahap dia mengakibatkan shutdown terhadap sistem pertahan AS selama 24 jam dan menyebabkan trak peluru berpandu dihentikan.

Dia juga pernah meninggalkan pesanan anti-Amerika yang menyatakan dia akan terus menggodam di peringkat tertinggi. Dia ditangkap pada tahun 2002 dan kini dipenjarakan di Britain. McKinnon dianggap sebagai seorang penggodam yang mahir dan sangat bahaya kerana mampu melumpuhkan seluruh sistem ketenteraan.

KATALAKI: Korang kalau ada skill perisian komputer jangan lah buat kerja hacking, tapi cari kerja dalam bidang keselamatan siber. Untung-untung boleh kerja dengan bank..

Last modified: 21 April 2020