5 Haiwan Rasmi Negara Luar Yang Tidak Wujud

Sembang, ZAP

Selain bunga kebangsaan, setiap negara juga mempunyai haiwan kebangsaan. Seperti Malaysia, haiwan kebangsaan kita adalah The Malayan Tiger. Manakala negara jiran kita seperti Thailand adalah Gajah dan Singapura adalah Singa. Seperti Malaysia kenapa Harimau Malaya diambil sebagai haiwan rasmi adalah kerana ianya terdapat di Malaysia. Maksudnya haiwan ini benar-benar wujud. Tapi ada juga negara yang pernah menjadikan haiwan mitos, iaitu haiwan yang tak wujud sebagai haiwan rasmi negara mereka. Walaupun negara-negara tersebut kini dah meletakkan haiwan lain (yang wujud) sebagai haiwan rasmi, tapi suatu ketika dahulu haiwan mitos tetap menjadi pilihan.

PHOENIX – GREECE & LEBANON

Mengikut carian Google, sebenarnya haiwan rasmi bagi negara Greece adalah Dolphine. Tapi sebenarnya Phoenix juga menjadi sebahagian daripada simbolik negara itu dan dikenali sebagai burung rasmi negara Greece dan juga Lebanon. Pada tahun 1828, burung Phoenix diperkenalkan sebagai matawang pertama di era moden kerajaan Greek. Pemilihan itu adalah sebagai simbol kebangkitan negara Greece selepas peperangan dan juga kerana burung Phoenix memang menjadi haiwan mitos negara itu. Jadi tak pelik lah kenapa mereka mengambil haiwan mitos ini kalau kita lihat semula sejarah negara mereka.

DRUK – BHUTAN

Bhutan merupakan sebuah negara kecil yang terletak di antara India dan juga China. Haiwan mitos yang dikenali sebagai Druk ini boleh dilihat dengan jelas pada bendera negara ini. Druk, atau dikenali juga sebagai Thunder Dragon merupakan seekor Naga yang berasal dari sebuah kerajaan lama di negara Bhutan. Pada masa dahulu, bunyi guruh dari langit dipercayai datang daripada seekor Naga yang berada di langit. Maka tercipta lah haiwan mitos ini yang menjadi lambang kebangsaan negara ini.

Kalau lihat pada gambar naga ni, terdapat permata yang dipegang di bahagian kaki yang dipercayai sebagai simbol kemewahan negara itu. Selain itu, rupa Naga yang ganas juga dianggap sebagai pelindung daripada menerima sebarang ancaman. Tapi negara Bhutan juga mempunyai satu lagi haiwan rasmi yang wujud, iaitu Takin.

UNICORN – SCOTLAND

Mungkin haiwan mitos paling popular sekarang adalah Unicorn yang sudah pun menjadi sebahagian daripada popular culture di dunia. Haiwan ini dikatakan telah lama menjadi haiwan mitos di Scotland, iaitu sejak abad ke-12 lagi. Walaupun zaman sekarang ramai yang melihat Unicorn sebagai haiwan yang comel dan boleh dibuat main, tetapi menurut kisah orang zaman dahulu ia sebenar seekor haiwan yang buas. Nampak comel tapi buas. Unicorn juga dilihat sebagai simbol kesucian, kekuatan dan kuasa di Scotland. Selain itu, patung-patung Unicorn yang dijumpai di Scotland akan kelihatan memakai rantai emas. Ia dikatakan untuk menunjuk kekuatan dan kebuasan haiwan itu. Sehingga kini, Unicorn masih menjadi haiwan rasmi bagi negara tersebut.

GARUDA – INDONESIA

Mungkin pada masa kini Indonesia meletakkan Naga Komodo sebagai haiwan rasminya. Tapi satu ketika dahulu negara republik itu pernah menjadikan Garuda sebagai haiwan rasmi dan ini dapat dilihat pada jata negara mereka. Garuda merupakan haiwan yang mempunyai paruh dan kaki seperti burung tetapi tangan dan badan seperti seorang lelaki. Haiwan ini dikatakan muncul sebagai mitos dalam agama Hindu dan juga Buddha, yang mana kedua-dua agama ini mempunyai kaitan yang rapat dalam sejarah Indonesia. Jadi boleh dikatakan Garuda sangat sinonim dengan Indonesia sehingga pernah diangkat menjadi haiwan rasmi negara itu. 

CHOLLIMA – KOREA UTARA

Haiwan rasmi bagi Korea Utara adalah Chollima, iaitu sejenis kuda bersayap yang dikatakan mampu terbang sejauh 1,000 batu dalam masa satu hari. Haiwan ini wujud dalam kisah mitos di Asia Timur, jadi ianya agak sinonim juga di negara China dan juga Jepun. Dengan kehebatan haiwan ini yang dikatakan mampu bergerak dengan kecepatan yang pantas, Presiden pertama Korea Utara, Kim il Sun, mengangkat haiwan mitos ini untuk menjadi haiwan rasmi negara itu. Ia sebagai simbol untuk membangunkan negara Korea Utara dengan pantas selepas mereka menandatangani perjanjian gencatan senjata dengan Korea Selatan. Patung Chollima yang diperbuat daripada gangsa boleh didapati berdiri teguh di Pyongyang, dan ia kekal menjadi haiwan rasmi Korea Utara sehingga kini.

KATALAKI: Walaupun ianya haiwan mitos yang tidak wujud, tetapi ia tetap menjadi simbol kebanggaan negara-negara ini.

Last modified: 28 August 2020