5 Hotel Paling RARE Di Dunia!

Sembang

Sekarang ini dah nak masuk bulan Disember dan bila nak masuk hujung tahun, inilah masa terbaik untuk kita start cari tempat yang best untuk pergi holiday betul tak? Tapi tak bestlah kalau pergi tempat yang biasa-biasa, korang mesti nak pergi duduk dekat hotel yang lain daripada orang lainkan?

Jangan risau sebab hari ini aku akan share dengan korang lima hotel paling rare di dunia! Korang jangan lupa share article ini dengan kawan-kawan korang. Ajak kawan-kawan sekali baru syok nak pergi holiday!

JUMBO STAY

Kalau cerita tentang tidur dalam kapal terbang, rasanya ada saja antara korang yang dah pernah merasakan? Tapi yang ini lain sikit sebab ini adalah hotel sebenar yang dibina Jumbo Jet! Hotel Jumbo Stay ini menggunakan kapal terbang jenis Jumbo Jet Model 747-212B yang dibina pada tahun 1976.

Kapal terbang ini sepatutnya dibina untuk Singapore Airlines tapi telah diubah menjadi hotel budget yang membolehkan pelanggan untuk tinggal dan tidur di dalam hotel kapal terbang Jumbo Stay ini. Hotel Jumbo Stay ini sekarang terletak di Lapangan Terbang Arlanda, Sweden.

SUN CRUISE RESORT

Kalau korang rasa tinggal dalam kapal terbang tak cukup rare, apa kata korang try pula tinggal dalam kapal cruise. Kejap, mesti korang akan cakap “alah tu benda biasa mok“. Dengar memang macam biasa tapi aku nak tanya korang, pernah ke tidak korang tinggal dalam kapal cruise yang terletak atas bukit?!

Mesti korang pelik kenapa kapal cruise boleh ada atas bukitkan? hah itulah yang membuatkan hotel Sun Cruise Resort ini lain daripada hotel lain. Hotel yang terletak dekat Jeongdongjin, Korea Selatan ini telah dibina betul-betul dekat tebing bukit. Sun Cruise Resort ini mempunyai 211 bilik, dua condominium dan bermacam-macam lagi. Kalau korang jenis nak tinggal dalam cruise ship tapi mabuk laut, maybe boleh try tinggal dekat hotel ini hahaha!

GIRAFFE MANOR

Hotel exclusive Giraffe Manor ini terletak di sebuah bangunan lama di Nairobi, Kenya. Bangunan ini telah dibina sejak dari tahun 1930 semasa rombongan pertama dari Eropah datang ke Timur Afrika untuk melihat sendiri haiwan-haiwan liar yang terdapat di safari Afrika. Tapi hotel ini mempunyai satu lagi benda yang unik!

Dekat hotel Giraffe Manor ini terdapat beberapa ekor zirafah yang jinak. Setiap pagi dan petang, zirafah ini akan muncul dekat tingkap semasa korang tengah makan sarapan pagi dan minum petang. Korang jangan terkejut pula sebab zirafah ini akan memasukkan kepala dia ke dalam tingkap sambil meminta korang menyuapkan roti dekat dorang! Memang kenalah dengan nama dia, Giraffe Manor!

TREEHOUSE LODGE RESORT

Nak merasa tidur dan tinggal dalam hutan hujan Amazon? Hotel Treehouse Lodge Resort ini mungkin sesuai dengan korang itupun kalau korang larat nak pergi ke sana. Hotel Treehouse Lodge Resort yang terletak di Peru ini memerlukan korang menaiki bot selama satu jam sebelum memanjat pokok setinggi 67 kaki sebab hotel Treehouse Lodge Resort ini terletak dekat atas pokok tersebut!

Banyak aktiviti yang korang boleh buat dekat sini. antaranya adalah melihat haiwan-haiwan liar seperti monyet, sloths, pelbagai jenis burung kakak tua dan haiwan-haiwan liar yang lain. Tidak dilupakan korang juga akan dibawa untuk melihat river dolphin dan melawat perkampungan orang asli yang tinggal di hutan hujan Amazon!

THE MURAKA

Ok sekarang ini aku dah tunjuk macam-macam hotel yang rare dekat korang. Ada hotel atas pokok, dalam kapal terbang dan macam-macam lagi. Untuk hotel yang terakhir ini apa kata korang check out hotel The Muraka pula. Kalau korang nak tahu, The Muraka ini merupakan hotel dalam laut pertama di dunia!

The Muraka ini merupakan salah satu hotel mewah yang terletak di Maldives. Bukan semua orang boleh tinggal di hotel ini sebab kos untuk menetap dekat hotel The Muraka ini boleh menelan belanja sebanyak USD50,000 untuk satu malam sahaja! Hotel ini siap dengan private butler dan juga chef yang akan melayan dan memasak makanan khas untuk korang sahaja!

KATALAKI: Macam best je stay dekat Treehouse Lodge Resort tu tapi bila dengar kena panjat pokok setinggi 67 kaki, lemah lutut bro!

Last modified: 25 November 2019