5 Iklan TV Buat Lelaki Menangis Meronta

Sembang

Ramai yang cakap memang susah nak tengok lelaki menangis. Korang lelaki pun mesti setuju korang bukan senang nak menangis kan? Bro hati kental la senang cerita. Kena tinggal dengan chinggey pun relaks je lagi. Ke nangis?

Kali ni aku nak uji level kejantanan korang dengan iklan yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat ternama untuk mempromosikan brand dorang. Cara promosi yang berbeza, buat iklan sedih, orang tengok boleh nangis. So bila ada impak dekat orang yang tengok, makanya brand dorang pun disebut-sebut lah kan.

Jadi, mari kita tengok iklan-iklan bawah. Korang boleh nangis ke tak? Standby tisu.

Closer

Iklan dari Thailand ni mengenai seorang gadis yang dalam keadaan sedih dan murung selepas baru je kehilangan ibunya. Kini tinggal berdua je dengan ayahnya. Korang boleh tengok macam mana keadaan ayah dia.

Time To Come Home

Seorang ayah yang uzur, setiap tahun meraikan hari Krismas sorang-sorang. Setiap tahun ada je alasan anak-anak dia tak nak balik. Tiba-tiba anak-anak dapat tahu ayah dia dah meninggal. Baru menyesal.

Find New Roads

Seorang suami yang baru kehilangan isteri. Seorang anak yang kehilangan ibu. Masa dah nak pindah rumah, dorang teringat balik kenangan-kenangan masa bahagia sekeluarga kat rumah tu. Kalau tisu habis, ambik tisu baru dulu baru tengok video kat bawah ni.

Wayang Sayang

Kat Malaysia ni iklan paling sedih yang dinanti-nanti mesti lah iklan raya kan? Dalam iklan raya pada 2017 ni, bro yang pernah bersengketa dengan yang tersayang mesti menusuk jiwa dan raga lepas tengok iklan ni.

Iklan Raya 2006

Nahh. Iklan raya legend. Disiarkan di TV pada tahun 2006. Ramai yang dah familiar dengan iklan ni. Takpe layan sekali lagi. Supaya kita selalu beringat hargai orang tua kita sementara dorang masih ada.

Iklan mana yang korang rasa paling sedih? Menceceh tak air mata tu?

KATALAKI: Kalau ada iklan yang lagi sedih boleh la suggest.

Last modified: 6 November 2018