5 Jenis Bunga Paling Mahal Di Dunia!

Sembang, ZeKool

Zaman Cretaceous merupakan sebuah tempoh geologi yang kira-kira berlangsung dari sekitar 145 hingga 66 juta tahun yang lalu, ianya juga dikenali sebagai tempoh ketiga dan terakhir dalam era Mesozoic dan juga merupakan tempoh yang sangat lama. Berlanjutan dari zaman Cretecous tersebut menurut kajian sejarah, pada ketika itu juga tumbuhan berbunga mula muncul dan pokok berbunga pertama ialah daripada tumbuhan yang dikenali sebagai Angiosperm.

Dikenali sebagai bunga sepatu, sepatu kembang, bunga daripada Hibiscus rosa-sinensis ini juga lebih popular dan dikenali ramai sebagai Bunga Raya yang juga merupakan bunga kebangsaan negara kita, Malaysia. Menurut sejarah, sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, pihak Kementerian Pertanian pada ketika itu telah diarah mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih dan diangkat sebagai bunga kebangsaan Malaysia. Pada akhir tahun 1958, pihak Kementerian Pertanian telah menyenaraikan sebanyak tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu.

Bunga Raya atau Hibuscus Cina yang merupakan tumbuhan daripada baka Malvaceae ialah pokok renek yang berasal dari Asia barat. Bunga raya ini juga turut dikenali sebagai mawar China atau bunga Kasut dan ianya ditanam secara meluas, disebabkan bentuk dan tona kemerahan serta kuning, Bunga raya ini juga ditanam sebagai hiasan diseluruh kawasan tropika dan separa tropika. Antara keunikkan bunga raya ini adalah bentuknya yang besar serta keras dan tidak berbau.

Antara bunga yang dicadangkan daripada tujuh yang disenaraikan adalah Bunga Kenanga, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Cempaka, Bunga Tanjung dan Bunga Mawar. Hasil daripada perbincangan yang telah dianjurkan pada 28 Julai 1960, dengan sebulat suara telah mengisytiharkan Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu.

Okay, itu sedikit sebanyak daripada sejarah dan juga fakta tentang bunga kebangasaan Malaysia yang kami boleh terangkan dengan jelas dan ringkas. Berkaitan dengan bunga juga, kami nak kongsikan dengan korang tentang lima jenis bunga yang dilaporkan mempunyai nilai paling mahal di dunia. So ayuh jom kita usha!

SAFFRON CROCUS

Untuk pengetahuan korang dan mungkin juga ramai yang tak tahu, Saffron merupakan antara jenis rempah yang paling mahal di dunia dari segi berat Saffron tersebut. Disebabkan itu juga untuk memilik hiasan tanaman asli bunga Saffron Crocus ini saja sudah tentu sekali mahal. Bila kami maksudkan mahal, seseorang itu harus berbelanja sebanyak $1,500 per pound untuk memiliki tanaman Saffron CrocusJadi kalau nak penuhkan ruangan tanaman korang dengan bunga Saffron Crocus ni memang kena ber pound pound duit yang dilaburkan. Untuk menghasilkan sebanyak 500 gram rempah Saffron ini saja, ianya memerlukan sebanyak 80,000 bunga Saffron Crocus. Jadi disebabkan itu Saffron Crocus ini tergolong sebagai bunga paling termahal di dunia.

ROTHSCHILD’S ORCHID

Kalau korang rasa beli bunga ros biasa biasa je dah mahal. Cuba bayangkan pulak kalau korang kena belanjakan sebanyak $5,000 untuk bunga Rothschild’s Orchid ini.

Walaupun bunga ini tidak kelihatan seperti bunga typical yang cantik dengan bentuk yang sedap mata dipandang. Tetapi antara sebab kenapa Rothschild’s Orchid ini mempunyai nilai yang tinggi adalah kerana bentuknya yang kelihatan sukar untuk digambarkan serta ianya hanya boleh didapati di satu lokasi sahaja di dunia dan memakan bertahun-tahun untuk bunga di kembang. Disebabkan itu juga ada yang sanggup menawarkan nilai yang tinggi untuk memiliki bunga ini.

SHENZHEN NONGKE ORCHID

Sebuah lagi tanaman daripada baka atau spesis keluarga Orchid. Apa yang kami boleh katakan tentang Shenzhen Nongke Orchid ini adalah ianya tidaklah nampak seperti bunga yang mahal atau menarik. Cuma bunga ini mempunyai nilai yang tinggi kerana ianya mempunyai demand daripada pembeli yang sanggup membayar harga yang tinggi melampau.

Shenzhen Nongke Orchid ini dilaporkan telah diciptakan di sebuah makmal dalam tempoh hampir 8 tahun, dan disebabkan itu juga terdapat beberapa individu yang ingin memiliki bunga yang dianggap “rare” buat sesetengah pihak. Kalau korang ada duit lebih sebanyak $202,000 untuk dibelanjakan, mungkin boleh la try beli bunga ni.  

JULIET ROSE

Mungkin agak sukar untuk diterima akal kalau ada yang sanggup membelanjakan sebanyak $5 juta untuk memiliki tanaman bunga Juliet Rose ni. Tapi kenapa ianya tergolong diantara tanaman bunga yang paling mahal didunia adalah disebabkan Juliet Rose ini memerlukan tempoh sebanyak 15 tahun untuk dihasilkan. Juliet Rose ini adalah hasil tanaman daripada seorang perternak bunga mawar bernama David Austin.

Selama 15 tahun, David Austin telah meluangkan masa dan tenaga untuk menghasilkan tanaman yang ramai katakan sebagai antara bunga tercantik di dunia. Tak lupa juga, David Austin telah membelanjakan sebanyak $5 juta untuk menghasilkan Juliet Rose ni.

KADUPUL FLOWER

Bunga yang terakhir dalam senarai bunga termahal di dunia ini adalah bunga yang dikenali sebagai Kadupul Flower. Bunga ini boleh didapati hanya di Sri Lanka. Kadupul Flower ni bukan sahaja cantik, malah boleh di consider sebagai rare dan ianya adalah spesis bunga yang sangat sangat dilindungi, dan disebabkan itu juga bunga Kadupul Flower ini tidak boleh dibeli dan tidak ternilai. Bunga ini hanya kembang hanya sekali setiap tahun dan ianya hanya berlaku pada pertengahan malam.

Jadi ramai pencinta dan peminat bunga yang sanggup travel ke Sri Lanka untuk menyaksikan kecantik bunga Kadupul Flower ini depan mata. Disebabkan bunga ini terlalu dijaga dan harganya tidak ternilai, dikatakan sesiapa yang dijumpai memetik atau cuba menyeludup bunga ini bakal dikenakan tindakan.

KATALAKI: Tak sangka pulak mahal sampai tak ternilai…

Last modified: 18 August 2020