5 Kali Yang Thanos Pernah Ditewaskan… Dalam Komik

Sembang

Avengers: Endgame bakal ditayangkan tidak lama lagi. Macam-macam theory yang kita boleh tengok dekat social media sekarang berkenaan apa yang bakal terjadi dalam movie Avengers: Endgame.

Daripada watak siapa yang bakal dimatikan sehinggalah siapa yang dapat kalahkan musuh utama dorang iaitu Thanos. Dengan movie dan watak terbaru yang diperkenalkan didalam Marvel Cinematic Universe iaitu watak Captain Marvel, semua orang mengharapkan dia untuk kalahkan Thanos.

Tapi korang tahu tak yang sebelum ini, terdapat beberapa watak dalam Marvel yang pernah kalahkan Thanos sampai boleh lunyai jugaklah Thanos dibuatnya. So sementara nak tunggu Avengers: Endgame ditayangkan, aku nak share dengan korang lima watak yang pernah kalahkan Thanos di dalam komik Marvel.

SQUIRREL GIRL

Tak ramai yang tahu tentang watak Squirrel Girl ini. Squirrel Girl atau nama sebenarnya Doreen Allene Green mula diperkenalkan pada tahun 1991 untuk komik Marvel SuperHeroes isu 2. Selain mempunyai superpower seperti superhuman agility dan razor-sharp claws, Dia juga mampu untuk bercakap dengan tupai.

Mesti korang tak percayakan dia pernahkan kalahkan Thanos dengan superpower macam itu saja? Well pada komik khas GLXMAS Special yang dikeluarkan pada tahun 2005, Dalam komik ini Thanos telah berlawan dengan Squirrel Girl onebyone. Walaupun lengkap dengan segala weapon dan armor, Thanos telah kalah dengan Squirrel Girl sampaikan Uatu, salah seorang ahli The Watcher terpaksa turun ke bumi untuk pastikan yang Thanos betul-betul dah kalah!

DEADPOOL

Yep, Deadpool pun pernah bergaduh dengan Thanos. Tapi dorang ini bergaduh bukan sebab nak selamatkan bumi tapi sebab dorang tangkap cintan dengan orang yang sama iaitu Death, salah satu watak didalam Marvel. Thanos cuba untuk memikat hati Death tapi pada yang sama Deadpool pun suka juga dekat Death.

So pada komik Deathpool vs Thanos isu 4 yang dikeluarkan pada tahun 2015, Deadpool dan Thanos sama-sama cuba menunjukan kebolehan masing-masing demi memikat hati Death. Namun dengan menggunakan pelbagai helah, Deadpool akhirnya membuat Death memilih dirinya berbanding Thanos. Kesian Thanos, berlawan kalah bercinta pun kalah!

DOCTOR DOOM

Musuh ketat kepada Fantastic Four iaitu Doctor Doom juga merupakan antara watak dalam Marvel yang pernah mengalahkan Thanos. Didalam komik Secret Wars yang dikeluarkan pada tahun 2015, Doctor Doom telah menjadi makhluk yang paling berkuasa bila dia telah menyerap segala kuasa daripada Beyonders.

Dengan superpower ini, dia telah menukar namanya menjadi God Doom dan telah menghancurkan segala alternate realities yang wujud dan ini menyebabkan Thanos datang untuk mencabar dia. Tapi ini adalah satu kesilapan yang paling Thanos menyesal sebab dengan sekali tumbuk sahaja, badan Thanos telah hancur sampai tinggal tengkorak sahaja!

LOCKJAW

Lockjaw merupakan seekor anjing besar yang sinonim dengan cerita Inhuman. Kalau korang perasan, dulu ada siri Inhuman yang dikeluarkan di Netflix namun cuma mampu bertahan sehingga season satu sahaja sebab kurang mendapat tontonan.

Lockjaw yang mampu untuk teleport kemana sahaja dan menggunakan kuasa inilah Lockjaw berjaya mengalahkan Thanos dalam komik Lockjaw And The Pet Avengers yang dikeluarkan pada tahun 2009. Lockjaw telah menggunakan kuasanya dan menghantar Thanos ke galaxy lain tanpa boleh balik ke bumi.

THANE

Korang tahu tak yang Thanos sebenarnya ada anak kandung dia sendiri. Berbeza dengan Gamora dan Nebula, Thane merupakan anak kandung Thanos hasil percintaan Thanos dengan salah seorang ahli Inhuman.

Mula diperkenalkan pada tahun 2013, Thane mempunyai superpower untuk mengurung musuhnya didalam state of living death. Ketika Thanos datang ke bumi untuk membawa pulang Thane, Thane telah melawan dan mengurung Thanos menggunakan kuasa ini. 

KATALAKI: Korang dah book belum tiket Avengers: Endgame? Dengar cerita semua pawagam penuh huhuhu

Last modified: 15 May 2019