5 Sebab Kena Beli Fitness Tracker

Collab, SuperDeals, Tech

SuperDeals

Zaman sekarang ini, menjaga kesihatan dan mempunyai tahap kesihatan yang baik sudah menjadi kemestian buat kita semua. Terutama sekali apabila kita dah menjangkau dalam usia remaja dewasa lingkungan 20an ke atas. Tidak selalu bergerak atau jarang bersukan boleh menyebabkan kesan kesihatan yang buruk and lain-lain masalah kesihatan seperti antaranya kesan berat badan, permulaan penyakit kronik dan ianya juga boleh menyebabkan produktiviti yang rendah di sekolah, kerja ataupun kehidupan harian. Antara cara yang terbaik untuk mengatasi semua ini adalah untuk sentiasa bergerak, berjalan atau berlari boleh membantu meningkatkan kesihatan keseluruhan.

Dengan kegunaan Fitness tracker (atau bahasa Google translatenya adalah Pelacak kecergasan) adalah satu cara yang popular di zaman sekarang ini untuk pastikan progress aktiviti pergerakan didalam tubuh badan korang. Bergantung juga pada jenis fitness tracker, si pemakai boleh track berapa jumlah langkah, kalori, jarak perjalanan, pengambilan kalori, dan juga kadar degupan jantung dan juga boleh track aktiviti tidur korang. Harini kami jelaskan 5 sebab yang terbaik dan awesome kegunaan fitness tracker.

BANTU CAPAI GOALS

Selalu kita dengar orang berkata yang kita ni tidak berlawan dengan sesiapa tetapi kita berlawan dengan diri kita sendiri. Benda ini betul dan salah satu cara untuk kita pastikan kita kekal fit dan sentiasa bergerak adalah dengan kegunaan fitness tracker. Dengan adanya fitness tracker, ianya membantu penguna untuk set matlamat ataupun fitness goals. Fitness tracker juga turut membantu untuk check progress fitness goals korang juga. Dengan adanya feature seperti ini ianya secara tidak langsung membantu secara psikologi menggalakkan penguna untuk sentiasa bergerak. Kalau matlamat korang nak berjalan 1,000 langkah dalam sehari, korang boleh set dekat jam fitness tracker korang. Senang dan mudah.

MOTIVASI

 Ya, motivasi di hujung pergelangan tangan korang. Itulah salah satu sebab yang kuat juga kenapa ramai yang sudah mula mengunakan fitness tracker. Nak tahu berapa banyak kalori yang korang dah bakar harini? Berapa langkah yang korang dah ambil  atau nak tahu jugak berapa lama korang bergerak sepanjang hari. Semuanya korang boleh check mengunakan fitness tracker. Faktor motivasi dalam fitness tracker juga ada ianya boleh remind korang untuk bergerak dan sentiasa aktifkan diri.

JAGA WAKTU TIDUR

Kalau zaman dulu, nak track tahap kualiti bila seseorang tidur tu memang payah, sampai nak kena check dengan lab dan cucuk wire sana sini. Tapi sekarang bila dah ada fitness tracker, ianya juga boleh track waktu tidur korang. Ianya bukan sahaja track, tetapi fungsi dalam fitness tracker juga boleh tentukan bila korang dalam keadaan deep sleep atau light sleep. Ianya juga boleh trace pergerakkan korang juga dan memberikan info berapa lama si pemakai tidur dengan lena atau tidur ringan atau erti kata lain, tidur ayam lah.

SUPERDEALS!

Bila dah sembang bab fitness tracker ni. Memang betul, zaman sekarang ada banyak pilihan jenis-jenis fitness tracker yang korang boleh cari dengan pelbagai lagi fungsi-fungsi yang bagus. Tapi kalau korang inginkan fitness tracker yang mudah dan senang untuk korang dapatkannya. Kitorang suggest korang dapatkan JAMFIT High-Quality Bluetooth Fitness Tracker Smart Watch IP67 Water Resistant (Blue) yang korang boleh beli di website rasmi Superdeals.com.my. Dengan harga serendah RM129, korang boleh beli dengan penjimatan harga sebanyak 44% daripada harga asal RM229. Murah tu kan? Kalau dah teringin atau nak upgrade ke fitness tracker yang baharu, korang boleh klik link kat SINI.

Sentiasa Connected!

Salah satu features yang terbaik saya rasa yang terdapat dalam jenis-jenis fitness tracker kebanyakkan sekarang ini adalah ianya bukan sahaja boleh track tahap dan kadar kesihatan korang sahaja tapi fitness tracker juga boleh pastikan korang sentiasa connected dengan smartphone korang. Jadi kalau dapat apa saja jenis notification, korang tak perlu nak buka smartphone korang untuk selalu check notification. Boleh check dengan jam fitness tracker korang sahaja. Kebanyakkan fitness tracker ada fungsi untuk memberikan notification bukan sahaja daripada smartphone korang, tetapi juga notification daripada Whatsapp, Instagram, Facebook mahupun Twitter. Ada sesetengah features juga dimana ianya membolehkan penguna menerima dan menjawab panggilan atau pesanan. Cuma pastikan korang kena sentiasa pair smartphone dengan fitness tracker mengunakan fungsi bluetooth.

KATALAKI: Mudah dan membantu betul kalau pakai fitness tracker

SuperDeals

Last modified: 10 February 2020