5 Kereta Kalis Peluru Terbaik

Collab, Sembang

SuperDeals

Untuk seorang manusia biasa, kenderaan selalunya digunakan sebagai pengangkutan untuk bergerak ke destinasi yang ingin dituju. Tetapi selain mengunakan kenderaan untuk ke destinasi, ada juga yang memerlukan kenderaan yang dilengkapkan dengan tahap keselamatan yang tinggi.

Antara yang memerlukan keselamatan dan perlindungan adalah seperti selebriti, ahli politik dan badan kerajaan, selain polis dan tentera. Even penjenayah juga mengunakan kenderaan dengan kadar keselamatan yang tinggi. Kenderaan-kenderaan sebegini digunakan untuk menahan tembakan peluru, letupan bomb, dan bermacam lagi jenis serangan penganas.

Ada banyak kenderaan yang sebegini, cuma ada beberapa saja yang diklasifikasikan sebagai yang terbaik. Ayuh kita lihat 5 kenderaan dengan tahap keselamatan yang padu.

BMW X5 High Security – *RM577,387

Dilancarkan pada akhir tahun 2014 di Moscow Motor Show, BMW memperkenalkan siri X5 High Security. Kenderaan ini adalah dikatakan amat sempurna untuk untuk mereka yang pertama kali ingin memiliki sebuah kenderaan perisai. X5 ini juga diberikan sijil perlindungan balistik VR6 yang sangat dihormati kerajaan Jerman. Tetapi X5 ini hanya mampu menahan dan melindung kalis peluru daripada calibers sehingga .44 Magnum.

Menurut BMW, risiko keganasan bersenjata dan, khususnya, serangan dengan senjata automatik seperti AK-47 adalah fakta kehidupan seharian untuk pelanggan tertentu. Untuk perlindungan yang maximum menguna X5 High Security ini, pemilik harus tingkatkan spesifikasi X5 ini dengan Security Plus untuk X5 ini menahan sepenuhannya daripada tembakan machine gun.

Range Rover Sentinel – *RM2,081,637

Range Rover adalah antara jenama kenderaan yang dikenali dengan kenderaan perisai yang tersendiri tetapi ini adalah kali pertama Jaguar Land Rover didatangkan dengan ciri-ciri perlindungan. Sentinel ini tak merugikan apa-apa kerana ianya berada di class yang tersendiri. Daripada segi perlndungan, Sentinel ini mempunyai ciri-ciri yang lebih advance daripada X5 kerana ianya bukan saja kalis peluru, tetapi ianya juga mampu menahan letupan bom tangan.

Ciri-ciri pintar dalam kategori Special Vehicle Operation membezakan kenderaan ini dengan kenderaan perisai yang lain. Jika pemandu atau penumpang terperangkap dan tidak dapat membukakan pintu, ianya mempunyai pintu kecemasan yang tersembunyi dibawah kerusi.

Mercedes S600 Guard – kira-kira RM1,561,227

Untuk Mercedes S600 Guard ini pula, ianya mempunyai enjin 6.0-Litre V12. Untuk keselamatan pula, S600 Guard ini mempunyai ballistic protection VR9 yang tertinggi dan ini membolehkan kereta perisai ini menahan serangan daripada M60 machine gun serta caj letupan. Oleh kerana ketebalan kaca kalis peluru, tingkap S600 Guard ini mengunakan hydraulic lift untuk membuka dan menutupnya. Ciri-ciri lain termasuk sistem penindasan kebakaran, tirai gelap, panic alarm dan lampu polis.

INKAS Mercedes G63 AMG – kira-kira RM1,561,227

Rasa macam X5 dan S600 Guard ni dah lebih bagus untuk korang kan? Kami perkenalkan pula kereta keselamatan dan perlindungan daripada syarikat perlindungan INKAS, kereta berperisai G63 AMG yang dibina khas ini dikatakan sebagai “Tank on wheels” yang didatangkan khas dengan kuasa 544bhp. G63 AMG ini adalah kereta perisai dalam kategori high performance. Ianya dilengkap dengan cermin kalis peluru dan kekebalan luaran yang mampu menahan 7.62mm hand gun dan lantai yang juga mampu menahan serangan letupan grenade.

Dartz Prombron Black Shark – kira-kira RM3,642,535

Yang terakhir dalam carta ini adalah daripada syarikat yang berasal dari Latvia. Kereta perisai ini didatangkan enjin twin-turbo 5.5-litre V8 atau enjin Mercedes twin-turbo 6.0-litre V12. Apa yang membuatkan pemandu dan penumpang merasa lebih selamat adalah ianya juga IED dan sniper resistant. Seluruh body kereta ini dibuat daripada Kevlar dan titanium untuk melindungi kenderaan daripada serangan lombong magnetik.

*Harga exchange rate semasa daripada harga asal, sumber xe.com

Amacam? Kereta-kereta perisai yang kat atas ni semua nampak mengancam kan? Kalau korang dapat miliki sebuah kenderaan yang macam ni. Confirm keselamatan korang akan terjamin tip-top. Tapi masalahnya pula, kenderaan selamat macam ni juga didatang dengan tanda harga yang boleh membuatkan korang telan air liur berkali-kali lah cerita dia.

Tapi untuk korang yang nak jaga keselamatan. Aku nak cadangkan untuk korang lindungkan juga kereta korang daripada ancaman penjenayah dan berlakunya kecurian keatas kereta korang dengan memasang tinted kereta yang sedikit sebanyak dapat melindungi kereta korang. Apa kata korang try 4 Mil Security Car Tinting daripada Superdeals ini. Dengan harga semurah RM119. Korang dapat jimat sebanyak 89% daripada harga asal. Untuk yang berminat, korang boleh usha, klik KAT SINI.

KATALAKI: Harga kereta dah boleh beli berbijik-bijik rumah weyh

SuperDeals

Last modified: 15 November 2019